Kulit Flawless Bila Pakai Masker Muka

By Nurul Syahirah - Wednesday, January 24, 2018

Kulit Flawless Bila Pakai Masker Muka | Semua orang nak cantik. Dan semua orang layak cantik. Cuma, kita kena rajin la ye. Nak dapatkan sesuatu hasil tu, mesti lah kena usaha. Bukan setakat usaha je. Mestilah kena konsisten juga.

Sebenarnya cantik ini adalah subjektif. Tapi cantik ini lah yang akan membuatkan diri kita lebih berkeyakinan untuk tampil di depan orang ramai. Hari ni Nurul nak story dekat korang tentang masker muka. Ataupun dikenali sebagai mask. Siapa suka pakai mask, angkat tangan! Hehehe. Kita geng sebab Nurul memang pengumpul mask muka ni. 

Jom kita tengok apakah manfaat mask muka dan boleh flawless ke kalau guna masker muka ni? :D


Masker muka ni mempunyai pelbagai manfaat yang sangat-sangat bagus untuk kulit muka kita. Antaranya adalah untuk menyegarkan, meremajakan dan mencerahkan kulit wajah supaya kulit muka kita tidak kelihatan kusam.

Nama pun perempuan. Mestilah nak cantik. Salah satu caranya dengan rajin membuat masker pada waktu malam. Tapi kenapa malam? Sebab waktu malam kulit kita tengah rehat. Memang sesuai untuk kita belai-belai dia. Penggunaan masker wajah dilakukan sebagai rutin. Selalunya Nurul akan buat masker muka ni satu hingga dua kali dalam seminggu.

Ianya dapat menghasilkan kulit yang sempurna. Lepas pakai je mask tu, lembut sangat kulit muka kita. Tapi, manfaat yang korang bakal dapat bergantung pada jenis masker yang korang pakai juga tau. Masker muka ni kita boleh buat sama ada di salon atau dekat rumah je. Mudah kan? Sebab masker ni sesuatu yang mudah untuk dibuat. Jadi, kita tak perlu keluarkan modal sangat untuk pergi bermasker dekat salon. Dekat rumah pun boleh. Lebih santai :D



KENALI JENIS MASKER YANG SESUAI UNTUK KULIT MUKA

1. MASKER UNTUK KULIT KERING DAN KASAR
Masker dengan campuran minyak zaitun, kuning telur dan perahan lemon sangat sesuai untuk memberikan kelembapan pada kulit korang yang berjenis kering. Campurkan ke semua bahan sehingga menghasilkan bentuk pasta. Kemudian, oleskan dan ratakan pada kulit muka korang. Biarkan lebih kurang 30-45 minit dan bilas dengan air. 

Jeng jeng jeng ~ Kulit muka korang akan lembap dan lebih tegang.

Madu dan susu tepung yang dilarutkan dengan air pun bagus untuk kulit kering. Campurkan 2 sudu besar madu dengan 4 sudu besar susu tepung dengan sedikit air suam untuk dijadikan masker. Yang menggunakan bahan ni Nurul jarang buat sebab jenis kulit Nurul bukan jenis kering. Tapi korang boleh cuba.

Selain melembapkan wajah korang, masker madu dan susu ini boleh membuatkan kulit muka korang kelihatan lebih cerah bila kita jadikan ianya rutin. Masker campuran yoghurt, almond, madu dan gandum pula sesuai untuk kulit korang yang kasar. Ianya mampu menghaluskan wajah yang kering dan kasar.


2. MASKER UNTUK KULIT BERMINYAK
Pernah dengar tentang oatmeal? Selain daripada baik untuk jantung dan dapat menyerap minyak atau kolestrol berlebihan, oatmeal ni juga bagus untuk mengurangkan minyak di muka tau. Baru tahu? Hehehe. Jadi, oatmeal ni bukan sahaja bagus untuk dalaman kita. Malah bagus untuk kulit muka.

Telur pula memiliki fungsi untuk mengecilkan pori-pori di muka. Pori ni lah yang menyebabkan minyak dekat muka kita ni tau. Bagi nak mengurangkan minyak muka, kita kena kecilkan dulu pori-pori dekat muka. 

Gunakan campuran oatmeal dan putih telur sebagai masker muka untuk rawat kulit muka yang berminyak. Sama je caranya dengan kulit kering. Lepas dah gaul-gaul tu, terus oleskan dekat muka korang dan biarkan ianya selama 30-45 minit. Kemudian, bilas dengan air suam.

Jeng jeng jeng ~ Kulit muka korang akan bebas minyak lepas apply masker ni ^^


3. MASKER UNTUK KULIT KUSAM ATAU MENGALAMI PENUAAN
Penuaan dan kulit kusam merupakan sesuatu yang mengerunkan bagi kita. Putih telur merupakan penyelesaian yang sangat baik untuk atasi masalah ini. Cuma oleskan je putih telur yang korang dah gaul-gaul sampai berbuih ke muka dan leher korang. Memang akan melekit. Tapi nak cantik kan.

Biarkan selama 30-45 minit dan bilas dengan lembut. Belai kulit korang tu sebab bukan selalu dia dapat. Kemudian, korang akan nampak kulit kotang lebih tegang dan jadikan ianya sebagai rutin tau.


Mudah kan? Dan sebenarnya masker yang dibuat sendiri lebih selamat berbanding mask yang kita beli. Hehehe. Tapi kalau dah malas tu, tetap akan beli juga. Macam itu juga lah Nurul. Memang best buat masker sendiri. Tapi kalau dah penat dek bekerja, memang guna yang beli je. :p

Mask yang kita beli pun banyak kebaikannya. Tapi pastikan yang korang beli tu yang betul-betul organik tau. Risau bercampur dengan bahan chemical je. Kesian muka nanti. Elok dah cantik, breakout pula. Jom kita buat masker sendiri je lepas ni ^^


  • Share:

You Might Also Like

10 Comments

  1. Dulu kak ana rajin buat masker telur tu. Best sgt rasa dia. Kulit rasa tegang lps tu. Skrg ni jarang buat. Nak kena amal semula lah. Nak maintain cantik juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. betul tu.. sebab kena jadikan rutin..

      Delete
  2. best nya !! kakak tengah berjinak jinak dengan masker vitamin E.. hee~ harap2 sesuai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. vitamin e tu bagus kak.. Nurul pulak kena selalu guna produk ada vitamin c..

      Delete
  3. kak liezbyk sgt masker tapi tak terpakai...bilaplan nak pakai..dah tertido.. tapi mmg serius sedap jepgg kulit bila lps bermasker...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. sana la kita.. sebab masker ni akan jadikan sejuk je muka kita..

      Delete
  4. Tak pernah study bab masker ni. nampak menarik beli. adudududu
    stok masker beli dekat korea dulu pun tak habis lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. pakai habiskan yang tu dulu :D

      Delete
  5. Replies
    1. alaaaa kin.. tak lawa mana pun laaa.. hehehe :D

      Delete