Kenali Siapa Syahirah Valiant Yang Sebenar

By Nurul Syahirah - Thursday, January 25, 2018

Kenali Siapa Syahirah Valiant Yang Sebenar | Fuhhh ! Ayat engko Nurul, kemain lagi. Hahaha. Kasi chance dekat Nurul pula tau :p Bukan apa, bila dah kekeringan idea, kita boleh update je apa yang terlintas dalam kepala ni. Dan salah satunya adalah ini. 

Tak percaya? BACA SINI untuk ketahui kebenarannya. Hehehe.

Korang hanya kenal Nurul yang ada di dalam media sosial. Mungkin ada yang pernah bersua muka dengan Nurul di event-event. Tapi ! Hehehe. Diri Nurul yang ada dalam media sosial mungkin ada perbezaan sikit bila dah bersua muka.

Sebab seriously ~ Nurul bukanlah jenis seorang yang banyak bercakap dan mudah bergaul. Sangat susah. Dari zaman sekolah sehinggalah sekarang. Kalau yang baru jumpa Nurul, mungkin akan cakap Nurul ni sombong. Ehhh ~ Tak tau. Kita tak sombong.

Hehehe. Cuma Nurul ambil masa sikit untuk mengenali. Dengan sesiapa sahaja. Memang itu perangai dan style Nurul. Nak ubah, tapi tak lepas lagi.

Tapi Nurul suka berkawan. Bak kata pepatah, berkawan biarlah beribu. Disebabkan Nurul ni agak pendiam dan tak reti nak bergaul sangat, Nurul ditakdirkan berjumpa dengan orang yang Nurul rapat yang agak banyak bercakap dan mudah untuk bergaul. Hehehe. Bukan sekarang je. Malah daripada zaman sekolah lagi. Tapi dia yang kecoh boleh ngam dengan Nurul yang pendiam.

Mungkin Allah tetapkan untuk Nurul berkawan dan rapat dengan jenis macam tu supaya Nurul lebih semangat untuk bergaul dengan sesiapa sahaja. Mungkin la kut ~ :p


Jujur Nurul cakap, Nurul agak susah untuk berkawan dengan lelaki. Itu yang sampai sekarang pakwe tak muncul. Eh ! Hehehe. :p

Takde lah ~ Sebab mungkin Nurul tak selesa. Tapi tu cerita zaman sekolah dan zaman kolej dulu. Zaman kolej lagi lah. Nurul diploma selama 4 tahun. Tapi tahun ketiga baru Nurul start bercakap dengan classmate lelaki Nurul. Hahaha. Itu Nurul tak tahu kenapa. And that's me. Nurul hanya boleh ngam dengan orang-orang yang tertentu je. Tapi dah kerja ni, dah ubah sikit perangai tu disebabkan permintaan kerja untuk bergaul dengan kerap.

Image result for serious

Dan kawan-kawan Nurul dulu selalu cakap, "kak, jangan lah serious sangat" Hahaha. Bila pula dah yang aku seriousnya. :p Ayat tu memang kerap sangat-sangat Nurul dengar bila dengan kawan-kawan. Orang je akan nampak serious. Tapi bila tegur Nurul, Nurul ni perangai macam budak-budak sangat. Cuma orang nampak Nurul ni agak matang.

Mana taknya. Nurul bagitahu umur Nurul sebenar, ada yang tak percaya tau. Nampak tua ke aku ni :p Hehehe. Tapi disebabkan Nurul ni seorang yang cepat matang, dan rupa paras Nurul pun nampak tak sesuai dengan umur ~ Hehehe. Biar kannn. Tu semua tak penting. Kan kan? :D

Jadi, Nurul yang sekarang ni banyak perubahannya. Perubahan tersebut Nurul slow-slow ubah sebab sifat yang macam tu, Nurul rasakan tak bawa Nurul ke mana pun. Jadi, apa salahnya kita berubah untuk masa depan yang lebih bagus. Betul tak? Dan, itulah Nurul yang sebenar. Tapi itu dulu. Sekarang kita tinggal polish sikit je lagi :D


  • Share:

You Might Also Like

11 Comments

  1. selamat bkenalan sis cantik ! semoga silaturrahim kira berpanjangan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. Salam perkenalan jugak awak.. In Sha Allah.. jangan malu2 tegur Nurul tau.. hehehe ^^

      Delete
  2. haa mmg ssuai kalo jenis pendiam bkawan dengan byk cakap. sebijik situasi dengan kawan akak. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. yeke kak.. sebab kawan2 Nurul, memang ramai yang kecoh2.. bila dah biasa tu, kita pun join sekali la :p

      Delete
  3. semoga berjaya mempolish nya. kalau akak, biasanya akak easy going, mudah bergaul bila orang tu sama sikap nya dengan akak. kalau dia diam, akak pun jadi diam sebab takut pulak tersalah kata

    ReplyDelete
  4. Baru tahu sape sebenarnya Nurul. Ok faham, nanti mana mana event kena buat2 peramah baru senang nak kenal hehehe..

    ReplyDelete
  5. Hai Nurul salam kenal, tapi rasa dulu2 selalu join giveaway sini. Kalau tak silap...

    ReplyDelete
  6. kita sama la.... first impression mesti failed.. org nmpk kita sombong

    ReplyDelete