It's A Wrap 2017

By Nurul Syahirah - January 01, 2018

It's A Wrap 2017 | Pejam celik pejam celik, dah masuk tahun 2018 kan. Sekejap sangat masa berlalu. Tanpa sedar, dah berusia 21 tahun seorang Nurul Syahirah ni. Alhamdulillah. Perjalanan 2017 yang penuh berliku mengajar Nurul untuk terus mencapai kejayaan yang selama ni dah tersemat rapi dalam diri.


Bila kita terfikir tentang masa lampau, rasa tak sangka kita berada dalam keadaan kita yang sekarang kan? Hehehe. Terasa sekejap sangat tempoh 4 tahun Nurul habiskan diploma. Terasa kejap sangat tempoh 4 bulan Nurul habiskan praktikal. Dan sekarang dah hampir 9 bulan Nurul mencari pengalaman dalam pekerjaan.

Dulu duduk dalam kelas je mendengar pensyarah mengajar. Sekarang kita yang kena berdikari sendiri dekat ofis. Fuhhh !~ Sampai sudah tahap ni. Hehehe. So selepas ni macam mana lah agaknya perjalanan untuk 2018 kan. In Sha Allah, semoga apa yang dirancang berjalan dengan lancar.

Ok, kalau tahun baru ni, memang lah famous tentang AZAM kan? Hahaha. Azam Nurul bukan lah azam yang spesifik pun sebab memang jarang lah ku gapai azam tersebut. Last-last sekali terbengkalai seperti bangunan yang usang. Cehhh !~ :p

Tapi memang awal-awal lagi Nurul dah buat wish list tentang apa yang Nurul nak dan akan buat sepanjang tahun 2018. Dan paling penting, mestilah nak ubah diri menjadi yang lebih baik. In Sha Allah. Itu semua atas usaha kita sendiri juga. Kalau bukan kita yang ubah diri kita, siapa lagi kan.


Tapi Nurul nak pada tahun ni, nak kumpul planner banyak-banyak ! Hahaha. Bukan planner fixed tu tau. Planner DIY. So, bila-bila masa kita boleh tukar kalau kita nak. Nak cari ilham gitu ~ Tapi modal juga tu. :p

Dan-dan .... Nak kawal nafsu shopping ! Eh, boleh ke aku ni?? Hahaha. Tak tahu lah korang oiiii ~ Kalau perangai dah suka nyopping, memang payah sikit lah. Nasib baik shopping tu barang yang memang digunakan. So nak dikatakan pembaziran, tak juga lah kan. Sebab kita guna ^^

Dalam aktiviti blogging pun, Alhamdulillah setakat tahun 2017, Nurul memang nampak progress yang berjaya. Nampak hasil dengan apa yang Nurul buat. So, sesiapa yang masih ragu-ragu untuk aktif berblogging, jangan takut ~ Sebab awak akan nampak hasilnya.

Terima kasih juga kepada kawan-kawan blogger Nurul yang sudi lah berborak dengan Nurul dekat event tu. Hehehe. Sebab kita ni dah la agak pendiam. So nak menegur tu take time sikit lah. Tapi Alhamdulillah, ramai blogger yang sudi membantu. :D

Apa-apa pun, semoga tahun 2018 menjadi tahun yang lebih baik daripada tahun 2017 ^^



  • Share:

You Might Also Like

15 Comments