Cara Memulakan Blog Dan Buat Duit Dengan Blog

By Nurul Syahirah - January 27, 2018

Cara Memulakan Blog Dan Buat Duit Dengan Blog | Yeahhh! Nurul kembali lagi dengan tips blog untuk jadikan blog korang sukses. In Sha Allah, kalau korang buat dengan konsisten, blog korang akan confirm sukses. Percayalah ~

Okay, sebelum tu. Berapa banyak tips dan info yang korang dah baca tentang blog? Berapa banyak post tentang buat duit dengan blog? Rata-rata semua sama kan. Dari segi pilih niche blog, beli domain, macam mana nak dapatkan job dan lain-lain lagi. Sekarang ni Nurul decide nak share dengan korang cara lengkap untuk setup blog korang dan sekaligus cara untuk buat duit dengan blog. Setup blog ni lebih kepada untuk sesiapa sahaja yang baru nak ada blog. :D



LANGKAH 1 : PILIH NICHE BLOG

Apa itu Niche?

Niche merupakan topik blog tertentu. Ianya boleh jadi sebagai bidang yang luas. Contohnya seperti niche parenting di mana ada blogger yang hanya spesifikkan niche tersebut kepada kanak-kanak. Ataupun spesifikkan kepada ibu bapa. Kiranya niche parenting ni sangat luas. Kalau korang nak guna parenting tanpa spesifikkan pun boleh.

Dan pilihan niche blog Nurul ni adalah beauty dan lifestyle. Tapi Nurul more on lifestyle. Sebab bagi Nurul lifestyle ni bidang dia sangat luas. Dan beauty Nurul spesifikkan kepada kesihatan dan kecantikan.

Niche ni juga memudahkan korang untuk korang tahu bidang apa yang sesuai untuk korang. Ada blogger yang spesifikkan untuk makanan sebab dia selalu buat review makanan. Dan ada yang spesifikkan kepada travel sebab selalu pergi bercuti. Lumrah niche pusing-pusing macam tu je.


KELEBIHAN ADA NICHE BLOG
  • Ia sangat baik untuk pengoptimum enjin carian.
  • Pembaca berminat dengan keseluruhan blog korang.
  • Korang akan diiktiraf sebagai pakar niche tersebut.

Best kan? Jadi, blog korang perlu ada niche yang korang perlu pilih. Apa-apa pun boleh. Itu terpulang pada kesesuaian dan kepakaran korang.

Tapi kalau ada banyak niche yang kita minat macam mana?

Takpe, jangan risau ~ Takde peraturan yang menyatakan korang kena tulis tentang satu niche untuk blog korang. Malah ramai blogger yang mempunyai niche lifestyle yang dah berjaya sebab dalam niche tersebut mereka selitkan dengan perlbagai aktiviti lagi seperti fesyen, DIY, shopping dan sebagainya. Ianya lifestyle dan bebas.

Kalau boleh, gunakan niche blog mengikut keperibadian dan minat korang. Dan apa yang Nurul nampak, niche lifestyle ramai orang yang gunakan sebab ianya lebih meluas.

Dan lagi satu, lepas korang dah pilih niche tu, korang kena setkan dalam diri bahawa korang kena menulis untuk pembaca dan orang ramai tahu. Menulis untuk orang ramai tahu ini merupakan teknik yang sangat berkesan untuk mantapkan lagi blog korang. Ini kerana semua orang memerlukan maklumat.

Bila korang sedang menulis tu, pastikan korang letakkan diri korang sebagai pembaca dan cara ini korang akan tahu tajuk apa dan content apa yang pembaca perlukan.


LANGKAH 2 : TENTUKAN JENAMA (BRANDING)

Apa itu JENAMA?
Jenama kita sebagai blogger adalah 'public figure'. Kiranya kita ni macam menjual diri dan nama kita. Tapi untuk kebaikan tau ! Hahaha. Itu semua tujuan untuk kita dapatkan job dan orang lebih kenal kita. Jual diri dan nama tu bermaksud korang berinteraksi dengan orang lain, bagi bisnes kad korang dan kenal antara satu sama lain.

Sebab itu bila pergi event, bisnes kad tu sangat penting. Dan kita sebagai blogger, nak atau tidak, orang akan nampak branding kita melalui penulisan. Tak kiralah dalam blog ataupun media sosial. Sebab daripada penulisan tu lah orang akan kenal diri kita ni macam mana.


JENAMA KITA SEBAGAI BLOGGER ADALAH :
  • Keperibadian
  • Pengalaman pembaca

Lepas kita dah buat branding kita, pernah tak terfikir sekuat mana branding kita tersebut? Bila korang dah tahu macam mana caranya pembaca tengok cara branding korang, tak kira lah sama ada melalui penulisan ke, pergi event ke, job atau interaksi kita dekat media sosial, kita kena kembangkan lagi cara yang korang selesa supaya branding korang akan disebut selalu. 

Dan secara automatik, ianya akan jadikan blog korang lebih dikenali oleh semua orang. Pembaca pun automatik akan berinteraksi dengan korang. Just like a magic kan? Ianya semua bergantung pada diri kita sendiri. Kita perlu lebih banyak berinteraksi untuk orang mengenali kita.


LANGKAH 3 : KENALPASTI CARA KORANG BUAT DUIT DENGAN BLOG

Okay, kita teruskan dengan macam mana kita nak buat duit dengan blog. Umunya buat duit dengan blog ni dari dulu sampai sekarang sama je. Pergi event berbayar, review, pengiklanan, affiliate dan macam-macam style lagi yang korang boleh buat. Ikut pada keselesaan korang. 

Tapi untuk peringkat awal, cuba kita fokus satu dahulu. Contoh macam korang boleh fokus kepada review. Korang fokus benda tu dulu. Kemudian, lepas progress yang korang buat makin meningkat, korang dah boleh buat dengan cara lain.

Sebab fasa ni kita nak ukur di mana tahap kemampuan kita sebenarnya. Contoh macam Nurul, Nurul buat duit hanya dengan review, pergi event dan advertorial yang berbayar. Affiliates Nurul tak buat sebab itu bukan kepakaran Nurul. Hehehe. Dan Nurul tak tahu sebenarnya nak buat benda tu.

Jadi, Nurul akan fokuskan dekat mana yang Nurul dah mahir. Apa yang penting, kena konsisten dan sabar. Sebab awalnya memang payah. Tapi lama-lama nanti, makin mudah korang lakukan bila dah mahir nanti.


ANTARA CARA BUAT DUIT DENGAN BLOG :
  • Affiliate Marketing
  • Sponsored Post
  • Brand Awareness
  • Services
  • Freelance Writing
  • Coaching
  • Buat Kursus
  • Tulis E-book

Ni antara je. Sebenarnya banyak lagi. Tapi ini mostly yang ramai orang dah berjaya buat duit dengan blog. Korang boleh lah cuba. Tapi ingat, pada peringkat awal ni korang cuba fokus kepada satu bab dahulu.


LANGKAH 4 : PILIH PLATFORM BLOGGING

Semua orang ada pendapat tersendiri tentang platform blogging ni. Sama ada platform blogger ataupun wordpress. Sebenarnya dua-dua sama je. Tapi ada kelebihan dan kekurangannya sendiri.

Tapi itu semua tak penting sangat pun. Kalau korang nak gunakan wordpress pun boleh. Tapi wordpress ni akan lebih berbaloi kalau korang keluarkan duit sikit sebab template dia pun kena bayar kalau nak cantik-cantik.

Tapi untuk platform blogger, template mostly free dan kita kena pandai menggunakan coding je. Hehehe. See, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Tapi pada pendapat Nurul, Nurul lebih prefer untuk gunakan platform blogger sebab dah biasa. 

Tapi apa-apa pun, benda ni tak jadi masalah pun sebenarnya. Korang hanya pilih platform yang sesuai dengan korang je. Lepas tu boleh lah sign up apa semua. Sangat mudah ^^


LANGKAH 5 : NAMAKAN BLOG

Nama blog ni sangat penting untuk orang mengenali siapa kita. Sebab itulah kena cari nama yang melambangkan itu kita. Itu korang. Dan kalau boleh la kan, jangan kerap atau jangan lah tukar nama blog tu untuk memudahkan orang lain ingat tentang blog kita.

Korang fikir dan cari ilham nak letak nama blog korang tu apa. Ambil masa yang lama sikit pun takpe janji jangan tukar-tukar lagi dah. Nak tahu nama blog apa yang memudahkan orang untuk ingat? Haaaa ~ Baca lagi yeeee. :D

NAMA BLOG YANG MUDAH DIINGAT 

1. Pendek dan ringkas. Antara 2-4 patah perkataan sahaja. Dan bukan itu sahaja, pastikan ayat yang korang guna tu memudahkan orang lain untuk eja.

2. Kalau korang ada impian nak berkolaborasi pada peringkat antarabangsa, pastikan maksud nama tersebut takkan memalukan korang. Hehehe. Memalukan macam mana? Haaaa. Semak dulu maksud dan frasa yang korang nak gunakan tu. Sebab kita tak tahu orang lain akan faham apa.

3. Dan kalau korang nak nama blog korang tu special, pastikan takde siapa pun yang gunakan nama tersebut. Kira nama tu adalah hak korang.


CARA NAK PILIH NAMA BLOG 

1. Kalau boleh, gunakan nama sendiri. Bila korang guna nama sendiri sebagai nama blog, automatik orang akan ingat siapa kita dan siapa pemilik blog ni. Takkan tak bangga dengan nama sendiri kan? Dan yes Nurul letak nama "Syahirah" sebagai nama blog Nurul. Sebab nama Nurul adalah NURUL SYAHIRAH. Hehehe. Ada yang tertanya kenapa tak kenalkan diri sebagai Syahirah? Sebabnya, orang susah nak sebut dan akan sebut Syirah je. Hahaha. Tak mau nama tu. Jadi, better panggil Nurul. Nurul tu kan cahaya :D

2. Tapi kalau nama kita dah ada orang pakai macam mana? Haaaa. Senang je. Korang letak la belakang nama tu lain sikit. Dah sampai masanya untuk korang fikir secara kreatif. Contoh macam Nurul letak, nak letak nama blog nurulsyahirah.blogspot.com. Ni dulu lagi la masa nak buat blog. Tapi dah ada. Sebab tu tercetusnya idea letak nama syahirahvaliant.com. Ni masa dah ada domain. Mudah je sebenarnya kan?

Dah siap pilih nama? Haaaa. Dah sampai masanya untuk korang setup blog korang. Tak kira lah dari segi editing ke, widget ke ataupun boleh terus update post. Bila dah siap tu, jangan lupa la ye promote blog korang yang awesome tu ^^


Itu sahaja 5 langkah mudah untuk tips kali ni. Nurul pun masih belajar dan masih try and error tentang dunia blog. Kalau kita tak buat, macam mana kita nak dapat apa yang kita nak. Betul tak? Jadi, mana yang mampu Nurul share, Nurul akan share dengan korang. Semoga ianya bermanfaat untuk korang ye. ^^



  • Share:

You Might Also Like

18 Comments