Cara Melembapkan Wajah Yang Kering Secara Semulajadi

By Nurul Syahirah - Friday, January 12, 2018

Cara Melembabkan Wajah Yang Kering Secara Semulajadi | Kulit wajah yang bagus bukan je terbatas oleh kriteria putih dan flawless je ye. Kulit yang sihat adalah yang memiliki kelembapan yang sesuai sehingga kulit tidak menjadi kering dan juga tidak terlalu basah atau berminyak.

Tidak dinafikan yang ramai wanita memiliki kulit yang kering. Dan Nurul juga salah seorang daripadanya. Cuma kulit Nurul ada pada bahagian tertentu seperti kawasan tepi hidung. Dekat situ memang kerap menggelupas sampai pakai bedak pun still nampak.Wajah yang kering ni memang sangat mempengaruhi kita untuk berdepan dengan orang ramai.

Image result for dry face skin

Dan semestinya lah tak best kalau kulit kita kering. Dan pakej sekali dengan kusam. Tak berseri je nak berdepan dengan orang ramai kan. Jadi, jom Nurul share dengan korang cara Nurul nyahkan kulit kering ni :D Yang penting, ianya secara semulajadi tau.

Untuk korang yang suka sangat menukar skincare, sebaiknya korang check betul-betul dulu produk tu sebelum menggunakannya. Pernah dengar kan orang pakai skincare jenama xxx menyebabkan kulit mukanya breakout. Dan tentunya kita tak nak kan. Muka adalah part yang orang paling sayang. Hehehe. Nurul pun :D


Sebelum korang nak lembapkan balik kulit muka, kita kena tahu dulu penyebabnya daripada mana. Kalau kita dah tahu penyebabnya daripada mana, lebih mudah untuk kita elakkan muka kita terhindar daripada perkara tu.


BEBERAPA PENYEBAB KULIT MENJADI KERING

1. Cuaca yang sejuk biasanya menjadikan kulit kita kering.

2. Penggunaan penghawa dingin yang kerap.

3. Mandi dengan menggunakan air hangat yang terlalu kerap.

4. Terlalu lama terkena sinaran matahari.

5. Penggunaan pencuci muka yang tidak sesuai dengan keadaan kulit kita,


CARA MELEMBAPKAN WAJAH YANG KERING SECARA SEMULAJADI

1. LIDAH BUAYA

Cara Melembabkan Wajah Yang Kering
Lidah buaya atau aloe vera banyak manfaatnya untuk kecantikan. Korang pun pernah dengar kan. Dan ada juga produk kecantikan yang berasaskan aloe vera ni. Dengan menggunakan aloe vera ni, kulit korang akan kekal lembap walaupun seharian korang keluar. Cumanya kena konsisten la ye. Nurul pun guna ni cumanya Nurul beli yang sudah dijual. Selalu pakai pada waktu malam. Dan percayalah, esok pagi bangun lepas cuci muka, kulit muka memang lembut je :D


2. MINYAK ZAITUN

Cara Melembabkan Wajah

Nak lembapkan kulit muka pun boleh menggunakan minyak zaitun. Minyak zaitun sangat bermanfaat untuk mengembalikan kelembapan yang hilang dari kulit wajah kita tu. Cara nak guna pun senang je. Campurkan minyak zaitun dengan kuning telur dan sedikit air perahan lemon. Then korang lumurkan pada muka korang. Kiranya jadikan ia sebagai masker muka. Lepas kering sepenuhnya, korang bilas dengan air suam. Lakukan sebagai rutin ye. Korang akan dapat hasil yang memang menakjubkan.


3. MADU

Cara Melembabkan Wajah Yang Kering Dan Kusam

Madu pun ada banyak kebaikannya untuk kesihatan kulit. Madu boleh jadikan kulit kita daripada anti penuaan, mencegah infection kulit, melembapkan kulit dan dapat menyembuhkan luka pada kulit. Caranya korang cuma lumurkan madu ni dekat muka dengan rata. Biarkan selama 15-20 minit biar madu tu meresap dalam kulit korang. Kemudian, bilas dengan air suam.


4. PISANG

Cara Melembabkan Wajah Secara Alami

Nurul pun pernah dengar pisang pun boleh melembapkan kulit. Dan kita pun cuba lah kan. Dan hasilnya memang betul :D Caranya pun sangat sangat lah senang. Korang ambil satu pisang tu, then tumbuk atau blender sampailah halus. Lepas tu korang boleh campurkan dengan madu atau minyak zaitun dan jadikannya sebagai masker sebelum kita tidur. Esok pagi bangun dan terus bilas dengan air suam ye.


5. OATMEAL

Cara Melembabkan Wajah Secara Alami Cepat Dan Mudah

Cara yang lain adalah dengan menggunakan oatmeal. Tapi Nurul jarang guna oatmeal sebab selalu kena marah dengan ibu. Hehehe. Katanya oatmeal tu mahal, pergi guna untuk facial pula. :p

Kalau korang nak guna pun boleh. Cuma cara dia agak complicated sikit tau.

Caranya :-

1. 2 sudu oatmeal kemudian kisarkan sehingga halus.
2. 1 sudu madu
3. 2-4 sudu susu yang suam
4. 1 sudu kacang almond yang suda diblender.

Then dah dapat barang-barang ni semua, korang campurkan semua. Lepas tu lumurkan dekat muka jadikan sebagai masker. Kemudian biarkan ia selama 15-20 minit. Then bilas :D


Mudah kan? Nak cantik tak perlu nak mahal-mahal sangat. Tapi nak cantik perlukan kerajinan kita untuk buat semua tu. Jadi, korang try la ye ^^


  • Share:

You Might Also Like

8 Comments

  1. Replies
    1. a'ah.. ramuan yang selalu orang guna ^^

      Delete
  2. Pernah guna kulit pisang jadi masker. Lembut je muka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. betul tu.. kulit pisang pun boleh guna..

      Delete
  3. Kolin jenis berminyak. Senang betul naik jerawat. Selalu pakai mask la nak bagi kurang sikit kan. Tapi produk aloe vera mmg selalu jadi pilihan la

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. muka Nurul pun jenis berminyak.. senang naik jerawat.. muka berminyak mask paling sesuai :D

      Delete
  4. Semua tu akak tak pernah cuba lagi. Nanti bolehlah akak try

    ReplyDelete