Blogger Pilihan Nurul Januari 2018

By Nurul Syahirah - Wednesday, January 31, 2018

Blogger Pilihan Nurul Januari 2018 | Ehhhh !~ Tetiba pula nak buat entri ni? Hehehe. Saje nak share dengan korang tentang favourite Nurul :p

Hokayyy ~ Kali ni Nurul nak share dengan korang blogger pilihan Nurul januari 2018. Blogger pilihan ni berdasarkan kekerapan Nurul buka blog beliau. Sebabnya? Sebab selalu muncul dekat facebook, instagram dan komen-komen dekat blog Nurul. So, kali ni untuk bulan Januari. Bukan lah special mana pun entri kali ni. Tapi nak share juga ! :p


Jeng jeng jeng ~ Blogger pilihan Nurul untuk Januari 2018 seramai 5 orang blogger. Hehehe. Actually entry ni pun bertujuan untuk korang boleh blogwalking ke blog lain. Jangan lupa singgah blog mereka-mereka ni juga tau ^^ Dan masa Nurul start berblogging dulu-dulu, memang Nurul selalu buat slot ni. Hehehe. So dah lama sangat tinggal, kita nak start balik. :D




Blog Kak Atie merupakan blog yang kerap sangat Nurul singgah. Sebab apa? Sebab Nurul suka baca ayat beliau. Hehehe. Ayat yang sangat sempoi dan penuh dengan informasi. Dan bila kita jumpa dia depan-depan, penulisan beliau memang menggambarkan diri beliau yang sebenar ^^

Blogger hebat ni tau. Banyak dah menuntut dengan kakak cantik ni. Tapi banyak lagi yang perlu Nurul belajar. Kak Atie pun dah banyak sangat-sangat beri kata semangat dan motivasi. Nurul jenis yang suka ditegur kalau Nurul tahu itu salah Nurul. Sebab Nurul akan fikir, dia sayang kita dan tak nak kita buat salah. Jadi memang kita layak ditegur. 




Blog Kak Fa pun Nurul kerap singgah. Kenapa? Hehehe. Sebab Nurul suka sangat-sangat singgah di ruangan beauty beliau. Best tauu ! 

Yang paling unik tentang beliau, Nurul suka tengok cara dan susun atur percakapan beliau. Tak tahu lah ~ Memang Nurul suka sangat. Start tertarik bila Nurul nampak beliau di rancangan astro. Walaupun tak pernah bersua muka, tapi dari percakapan, beliau seorang yang sangat hebat. :D




Hokayyy ~ Next blogger adalah Yana ! Hehehe. Sebab apa? Nurul suka tengok beliau photoshoot gambar and buat video. Cantik sangat-sangat gambar beliau. Tak tahu la guna kamera handphone apa. Hehehe. Sebab Yana suka photoshoot outdoor.

Kita mampu indoor je sebab dekat Puchong ni tak tahu lah dekat mana ada views cantik-cantik. Nak pergi Putrajaya? Memang idok laaa ~ Bila tengok Yana photoshoot outdoor tu, teringin juga nak mencuba. Tapiii ~ Tak tahu dekat mana. :p




Bahagian ni sebak sikit ~ Masa stoking (meow Nurul) sakit, Nurul memang hari-hari singgah blog Cik En untuk baca tips-tips tentang kucing. Dan Nurul apply dekat stoking. Tapi Allah lebih sayangkan stoking. Jadi dia pergi sebelum Nurul sempat bawa dia ke vet.

Apa yang Nurul suka dekat blog Cik En ni adalah tips-tips yang diberi sangat membantu. Dan sampai sekarang, Nurul akan skodeng blog Cik En kalau-kalau ada tips baru yang Nurul boleh buat untuk si gendut Nurul 2 ekor tu. Hehehe :D




Awalnya Nurul tak kenal beliau. Serious. Hahaha. Nampak tak Nurul duduk dalam gua :p Baru sekarang keluar daripada gua. Hohoho ~ Ok, blog Asyraf pun Nurul selalu singgah sebab, dekat blog ni banyak sangat tips airlines. Tapi apa kena mengena dengan Nurul pula? 

Haaaa ~ Jangan korang tak tahu tau. Daripada kecil sampai sekarang, Nurul suka keadaan airport. Nurul tak tahu kenapa. Nurul suka tengok lapangan yang sangat luas. Rasa luas giler pemandangan masa tu. Jadi Nurul pun baca lah sikit-sikit tips dan info airlines dalam ni. Dan Nurul pun share dekat kawan Nurul yang kerja airlines. Hahaha. Ternyata memang membantu. 


So, itu lah 5 blogger untuk bulan januari. Dah habis bulan 1 kan. Esok dah masuk bulan februari. Sekejap je masa berlalu. Haaaa. Korang jangan lupa singgah tau.

"Macam mana nak jadi blogger pilihan Nurul setiap bulan?"

Senang je awak ~ Cuma munculkan diri je. Hehehe. Takde la ~ Nurul akui memang Nurul ni tak rajin nak blogwalking. Tapi ini kira ikhlas dari Nurul sebab Nurul selalu singgah blog mereka. Jadi kalau korang pun nak, boleh lah selalu munculkan diri dekat media sosial Nurul tauuu :D Mana tahu bulan februari korang pula terpilih. Dan akan ada ramai lagi blogger yang singgah ke blog korang nanti ^^

  • Share:

You Might Also Like

14 Comments

  1. semua blogger hebat tu.. mmg blog diaorg sgt byk info

    ReplyDelete
  2. tahniah blogger pilihan.. ^^

    ReplyDelete
  3. waaaah tahniah buat yang tersenarai =)

    ReplyDelete
  4. thanks nurul for this awesome entry. bagus juga buat entry tentang blog pilihan ni. at least dapat kenal dgn blogger lain and boleh tahu interest dia pasal ape.
    ladylisaa.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. boleh la blogwalking sesama kita :D

      Delete
  5. Wah.. yang tersenarai semua hebat-hebat belaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. mana tahu lepas ni CCL pulak :D

      Delete
  6. Ya Tuhan, blog kita tercalon. Malunya.. Apalah yang istimewa sangat. HerMmm, apapun terima kasih sangat Nurul. Ini buatkan saya rasa semangat lagi share anything about my passion and experiences..

    - masa nak baca dari awal penulisan tajuk tu, dalam hati eh jangan blog aku sudah! Debar rasa.. Hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. and finally ! tercalon jugak kan.. keep blogging asyraf ^^

      Delete
  7. Wah, nanti ika nak singgah la dekat blog dieorang. Ika datang singgah sini. Salam perkenalan.
    https://ikashoid.blogspot.my/2018/01/segmen-jari-jemari-menari-bloglist.html

    ReplyDelete