Blogger? Kenapa Tidak? - Syahirah Valiant

January 05, 2018

Blogger? Kenapa Tidak?

Blogger? Kenapa Tidak? | Blogger? Hurmmm ~ Tak pernah terlintas dek akal nak menjadi seorang blogger. Mungkin blogger terkenal dan berjaya. Serious. Hahaha. Sebab dulu Nurul blogger hingusan je. Setakat jadikan blog ni sebagai diari harian. Budak-budak lagi kan masa tu. Mana nak fikir dengan blog ni kita boleh jadi seorang blogger yang berjaya. Malah sekarang ni blogger boleh jana income yang sangat lumayan.

bloggers, fashion, and jewelry image

Okay, sebelum Nurul mulakan bebelan Nurul yang panjang lebar, Nurul nak share sikit dengan korang siapa Nurul. Korang kenal Nurul hanya melalui penulisan Nurul di blog, dalam instagram dan facebook kan? (Ceh ~ Macam la orang nak kenal engko :p) Hahaha. Sekadar perkongsian la ye macam mana perjalanan Nurul menjadi seorang blogger.

Nurul bukanlah seorang yang hebat. Sekarang pun masih banyak lagi benda nak belajar. Ramai orang-orang yang hebat dekat luar sana. Tapi Nurul fikir, diaorang boleh, takkan aku tak boleh. Takkan kita tak boleh. Betul tak? 

Firstly Nurul start blog Nurul hanya untuk diari. Macam Nurul cakap awal-awal tadi. Dan post-post yang lepas pun dah banyak Nurul delete sebab rasa nak tergelak bacanya. Hohoho ~

Then masa tu Nurul tak aktif langsung dengan blog ni. Setakat share bila ada cerita je. And suka sangat tukar-tukar template blog dulu. Macam-macam template yang Nurul guna. Dan Nurul pun pernah guna template blogskin. Hahaha. Budak darjah 4 kan masa tu. Suka tengok benda-benda comel. Tak dapat tunjuk dekat korang template tu sebab dah tak simpan ~ :p


Dan sekarang, blog dan media sosial Nurul pun makin lama makin jadi matang. Seperti orangnya juga. (Eh, yeke? :p) Hahaha.

Macam mana Nurul terjebak dengan blogger ni? Sebab Nurul tengok dekat facebook, kenapa ramai sangat blogger iklan kan ni, iklankan tu. And one day Nurul pun rasa nak MENCUBA. Nurul buat muka tebal tanya blogger-blogger yang Nurul kenal. Sebab dulu Nurul tak kenal sangat blogger ni. Mana taknya. Sebab tak bertegur kan.

Nurul pun sebenarnya baru bermula. Baru bermula nak tolong ibu abah dengan hasil blog pada bulan september 2017 yang lepas. Baru sangat kan? Yes, memang masih mentah dalam dunia ni. Dulu Nurul buat bisnes. Tapi Nurul rasa lelah dengan whatsapp dan ragam customer yang nak sukat air masak 3 liter sehari pun memilih ! Lantak engkoo ~ Macam mana orang nak tolong kalau diri sendiri tak nak tolong kan. 

Bila jadi blogger, masa Nurul banyak dihabiskan ke blog, media sosial pun sekarang dah jarang dan paling kerap sekali sekarang ni adalah dengan buku ! Hehehe. Sebab kena sedar diri, penulisan kita pun tak semantap lagi. So kena lah timba ilmu lagi kan?


Dan ini lah blog Nurul yang terkini. Dan serious Nurul pun dah falling in love dengan design blog sendiri. Hahaha. Sebab ada warna favourite kan. 

Blogger? Kenapa tidak?

Kenapa kita takut? Takut nak share ilmu dengan orang lain? Takut orang khianat kita? Takut orang caci maki kita? Abaikan. Nurul pun sebenarnya takut juga. Tapi percayalah ~ Tu semua ujian untuk kita terus berjaya. Mula dari bawah. In Sha Allah, awak akan naik.

Tapi ! Nurul jadi blogger bukan berjaya seorang diri. Ada kawan yang naikkan Nurul. Betul apa yang kita dengar selama ni. Cari kawan yang sudi tegur kesalahan kita. Ada yang sudi betulkan kesalahan kita. Dan ada yang sudi share ilmu dengan kita. Alhamdulillah. Nurul dah jumpa kawan tu dan inilah Nurul yang sekarang. Walaupun masih mentah lagi, tapi Nurul dapat kawan-kawan yang dah expert. So, korang pun boleh. Kena pandai pilih k :)


Coretan ni Nurul tulis sebab ada yang bertanyakan Nurul pasal benda ni. So kita sharing sikit la ye. Niat kita nak berjaya, usaha dan doa, hasilnya kita akan berjaya. Cuma masa yang akan menentukan bila kita akan kecapi kejayaan tersebut.

Terima kasih untuk pembaca dan followers Nurul support Nurul sampailah sekarang. Ikhlas dari hati, memang Nurul appreciate sangat-sangat. Keep support me ya ^^


20 comments:

  1. sama lah dulu pun update bila nak je, tak sangka tahun lepas berjaya jana income even sikit tapi happy sebab minat kita boleh bagi manfaat & tolong poket kita jugak. Keep it up Nurul! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. mula-mula memang sikit.. nanti lama-lama jadi banyak tu :D

      Delete
  2. Bestkan jadi blogger..ramai kawan alam maya, nanti jumpa kawan baik pulak. Hehe

    ReplyDelete
  3. Rasa terharu baca post nie haha. Teringat zaman mula2 bwat blog, tukar template, bermain dgn coding, guna short form bila tulis entry.. hahahaha .. Alhamdulillah sgat ketara peningkatan blog Nurul berbanding sy haha. Byak benda lgi yg perlu diperbaiki. It's nice to see your writing. Lama dah x dtg blogwalking kan huhu T^T ..

    Semoga Allah limpahkan rezeki ke atas Nurul, (nama kita sama so rasa pelik bila sbut nama sendiri hahaha), semoga diberikan kesihatan yg baik, semoga terus maju dlm dunia blog. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis.. hehehe.. takpe, semua tu permulaan untuk kita berjaya.. yang penting kena konsisten buat :D

      Delete
  4. Hihihi Mai belum tahap berjaya lagi, just hobby, haha.

    ReplyDelete
  5. Suka design blog Nurul. Simple dan warnanya menarik perhatian. Pastel color, my fav color <3

    ReplyDelete
  6. the main point utk jdi blogger, kena rajin update blog..bila selalu update, baru ramai org berkunjung ke blog kita..terutama klu blog kita byk info2 yg menarik dan dicari..Dari situ org kenal kita.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes.. betul tu kak.. terlalu banyak info yang kita boleh share :)

      Delete
  7. Best jadi Blogger ni.

    All in one lah kita. Kerjaya macam orang media tapi taraf blogger lagi special tapi apapun kena sentiasa berhati hati dalam setiap penulisan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. kena titik beratkan penulisan kita juga :)

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D