Blogger Do's And Don'ts Khas Daripada PR Profesional
By Nurul Syahirah - Monday, January 08, 2018
Blogger Do's And Don'ts Khas Daripada PR Profesional | Blogger kebanyakannya akan dapat job daripada PR. Jadi, Nurul ada buat beberapa research dan bertanya dengan beberapa PR tentang apa yang sepatutnya blogger buat dan dilarang untuk mendapatkan sesuatu job.
Dan dalam entri ni ada juga pandangan daripada Nurul. Sekadar info untuk korang tarik perhatian PR. Yang penting, blog tu silalah update secara kerap tau :D

Buat pengetahuan korang, ada sesetengah perkara yang perlu korang ketengahkan semasa berikteraksi dengan Public Relations (PR). Kita memang blogger. Ada hak sebab kita yang buat kerja. Kita boleh demand apa sahaja. Cuma !!!
Cuma ayat kita tu biarlah secara profesional dan PR akan nampak kesungguhan kita untuk membuat kerja. Sebab PR sendiri pun ada kategori yang diperlukan. Bukan main pilih je. Sebab tu lah, Nurul sangat galakkan korang update blog secara kerap dan isi berapa banyak pun input untuk dishare pada sosial media korang.
So sekarang ni Nurul nak share dekat korang perkara-perkara yang perlu korang ketengahkan. Jom lebarkan sayap blog kita lagi. Personal branding itu penting :D
DO'S
HORMAT PADA DEADLINES
Jika sebuah syarikat PR hantar produk dekat korang untuk review, first sekali korang perlu tanya sama ada deadlines atau tidak yang korang WAJIB ikut. Jangan bantai langgar je. Kebanyakan job review memang ada deadlines dan ada PR yang dah sediakan pun jadual untuk korang review.
Untuk jaga nama baik kita, sila ikut deadlines yang telah diberi. Bukan sewenang-wenangnya korang ambil job tanpa ikut syarat yang ditetapkan. PR dah ikut syarat kita, kita pula kena ikut syarat PR. Kalau kita ada problem tentang tarikh yang dinyatakan, sila INFORM PR tersebut dan dengan budi bicara korang dengan PR, PR akan tukar tarikh yang sesuai untuk korang.
BERHATI-HATI DENGAN GAMBAR MEDIA SOSIAL
Fuhhh !~ Ini pun penting tau. Korang boleh je post gambar apa-apa je sebab itu media sosial korang. Nak nampakkan kita aktif. Cumanya ! Korang dilarang sama sekali post gambar yang TAK SENONOH, POLITIK dan ISU AGAMA! Kita kena hormat semua tu.
Kalau korang cuba nak buat personal branding, berhati-hati dengan tindakan korang. Tindakan korang mungkin akan membuatkan korang susah nak dapat job daripada PR.
DON'TS
ETIKA SEMASA DI EVENT
Event merupakan masa yang terbaik untuk korang bersemuka dengan PR dan sesama blogger serta masa yang terbaik untuk korang bina personal branding. Oleh itu, kalau korang dijemput untuk menghadirkan diri ke event, sila pastikan korang jaga tingkah laku ye. Jangan nak buat perangai yang mungkin menyinggung perasaan PR dan blogger lain.
Kita adalah satu komuniti. Duduk sama rendah, dan berdiri sama tinggi. Pegang kata-kata ni. Kalau korang buat perangai yang mungkin PR tak suka, kemungkinan nama korang akan diblacklist daripada senarai media. Kan dah haru ~ Sebab kita bekerja untuk long term.
Dan lagi satu, kalau korang nak bawa kawan sebagai peneman korang ke event, sila minta izin kepada PR terlebih dahulu. Kadang-kadang ada PR yang tak suka kita bawa tetamu selain yang dijemput tau. Sebab diaorang pun ada budget yang tersendiri.
BERTANYA TENTANG BAYARAN DENGAN CEPAT
Payment lambat, tapi kerja dah buat. Memang blogger akan marah. Cumanya kita kena faham, PR ada masa untuk releasekan payment tersebut. Sebab benda tu normal. Kalau PR bayar awal, itu rezeki kita. Kita dah send invoice kan, simpan dan follow up dari bulan ke bulan. Tapi setakat ni, Alhamdulillah semua PR yang Nurul bekerjasama, mereka akan bayar. Cuma masa je tak menentu.
Tapi okay lah. Sebab PR bayar kena pula dengan masa Nurul tengah kering. Hahaha. :P
Cuma benda simple je korang kena buat dan jangan sesekali korang buat. Dah bekerja dengan orang, kita kena jaga tingkah laku. Sebab kita membawa nama kita. Semoga ianya bermanfaat untuk korang ye :D
29 Comments
Siqah tak pernah lagi pergi event untuk blog. Segan nanye dan tak pernah lagi terima jemputan. Hehe. 🙈😅
ReplyDeletehehehe.. Nurul first pun segan.. tapi redah je :D
Deletegood sharing sis !
ReplyDeleteterima kasih sis ^^
DeleteWow..Thanks Nurul untuk tips ni. Semoga ada rezeki untuk kita.. :D
ReplyDeleteamin.. mesti ada tu.. teruskan usaha ^^
Deletewaah pro nie..thnks 4 sharing Nurul
ReplyDeletealamak.. belum pro lagi.. hehehe.. most welcome ^^
DeletePerkongsian yang bagus.. nice..
ReplyDeleteterima kasih kak ^^
Deleteperkongsian yang menarik...Semoga memberi manfaat kepada kita semua.
ReplyDeleteamin.. terima kasih sis :D
DeleteNice tips Nurul. Akan dipraktikkan, hahaha, jarang dapat job tauuu, sedih T_T
ReplyDeleteaippp.. jangan sedih-sedih.. hehehe.. teruskan lagi maii.. rezeki tengah tunggu dekat depan ^^
DeleteBetul..bila dh serius buat keja2 guna blog ni, baru tau pasal tips2 yg nurul update kat entry ni..semua betul.. ;) kita belajar dari semasa ke semasa...
ReplyDeletehehehe.. terima kasih kak.. ^^
DeleteTerima kasih atas perkongsian Nurul...
ReplyDeletesama-sama ^^
Deletenice sharing adik.. bagus untuk rujukan smua blogger.
ReplyDeleteterima kasih kak.. hope ianya bermanfaat ^^
DeleteInsyaAllah..moga baiknya kita..dptlah pulangan yg baik
ReplyDeleteamin.. yang penting kena usaha ^^
DeleteThanks sharing. Akak banyak dapat undangan event tapi masa selalu clash dengan hari treatment. Sedih gila.
ReplyDeletemost welcome kak.. sama la dengan Nurul.. selalu dapat invitation event time kerja.. huhuhu..
DeleteBetul tu..kalau gi event kena la pandai bawa diri kan.
ReplyDeleteyes.. betul tu.. walaupun first time, redah je ^^
DeleteWah, terbaik tips ni.
ReplyDeleteThanks Nurul for the tips. Its begin my life as Fulltime blogger.
most welcome ^^
Deleteit's fun
ReplyDelete