Balm Tasneem Naturel Memberi Kelegaan Seisi Keluarga

By Nurul Syahirah - Friday, January 19, 2018

Balm Tasneem Naturel Memberi Kelegaan Seisi Keluarga | Secara umumnya, seorang bayi akan mengalami 4 masalah tersebut iaitu sukar tidur, suka mengamuk, demam dan batuk berpanjangan serta sakit perut. Jadi sebagai ibu bapa, mesti lah risau kalau anak mereka mengalami masalah tersebut kan. Macam-macam cara yang dilakukan tapi masih tidak berkesan malah dah buntu nak cari jalan penyelesaian.


Tapi ibu bapa jangan lah risau lagi ye. Balm Tasneem Naturel dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut. Balm Tasneem Naturel ni secara amnya mempunyai 4 jenis dan setiap satunya mempunyai fungsi yang tersendiri. Jadi, mudah untuk kita pakaikan si kecil mengikut permasalahan yang berlaku.

Contohnya, kalau anak susah nak tidur, kita boleh sapukan dengan balm sleep. In Sha Allah akan memudahkan untuk si kecil tidur. Malah, Nurul pun pakai tau. Hehehe. 

"Eh, orang dewasa pun boleh pakai ke?" 

Mestilah boleh ~ Hehehe. Dah jadi favourite Nurul tau. Nurul memang jenis yang susah sangat nak tidur ataupun senang terjaga pada pukul 2-3 pagi. Jadi waktu tidur tu sangat-sangat terganggu. Alhamdulillah, bila Nurul sapukan balm sleep sebelum tidur, memang lega dan lena je tidur.

Lagi satu, Nurul pun suka pakai jenis calm time dekat office. Ye la kan ~ Dekat office kan kita tengah stress. So bila sapu calm time, memang rileks sangat disebabkan bau yang menyenangkan. Serious. Balm Tasneem Naturel ni langsung tak berminyak tau. Calm time tu Nurul suka sapukan dekat tapak tangan and boleh hidu. Fuhhh ~ Bau dia memang menyenangkan :D

Jom kita tengok apa bahan-bahan yang ada dalam balm tasneem. Jangan terkejut ye :D



1. ESSENTIAL OIL MENGIKUT JENIS BALM
Setiap balm tasneem naturel mempunyai 7-10 essential oil yang telah dicampukan mengikut dos bayi atau istilah dalam penghasilan minyak pati pokok. Setiap essential oil yang digunakan mempunyai Material Safety Data Sheet (MSDS) yang mana sijil ini diperlukan untuk mendapatkan kelulusan KKM. Malah balm tasneem naturel telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.


2. BEESWAX
Beeswax adalah bahan yang terhasil dan dikeluarkan daripada kelenjar bawah abdomen lebah. Ianya hanya dapat dihasilkan oleh lebah pekerja dan beeswax juga adalah bahan yang menghasilkan sarang lebah yang kukuh. Beeswax adalah bahan yang sinonim dengan rawatan keradangan kulit kering, masalah bakteria pada kulit, masalah jerawat dan juga strechmark pada kulit.


3. SHEA BUTTER
Shea butter terkenal dengan pelembab kulit semulajadi. Banyak produk kosmetik menggunakan shea butter dalam pembuatan produk mereka. Shea butter dihasilkan daripada tumbuhan Shea atau Karite. Shea butter mampu melembabkan kulit kering, menggelupas, sunburn, ruam dan dapat menghilangkan parut.


4. MINYAK KELAPA DARA
Minyak kelapa dara adalah salah satu komponen dalam penghasilan Balm Tasneem Naturel. Minyak kelapa pun dah terkenal dengan mempunyai 1001 manfaat dan ianya dihasilkan daripada isi kelapa.

CALM TIME

Dapat membantu menstabilkan emosi baik kepada bayi dan orang dewasa. Apabila disapu pada anak, ianya akan dapat merilekskan saraf anak yang menegang akibat tantrum atau sesi mengamuk
Kepada ibu bapa yang mengalami masalah anak selalu meragam atau tantrum, kurang fokus dan selalu sangat menangis, memang sesuai sapukan balm calm time ni. Bukan pada kanak-kanak je. Kita sebagai ibu bapa pun boleh pakai kalau tengah stress tu.

SLEEP TIME

Favourite Nurul sebelum tidur. Hehehe. Sleep time dapat membantu memperbaiki hormon tidur kita atau anak. Minyak pati cedarwood yang digunakan dalam sleep time boleh mengimbangkan hormon tidur dan jaga.
Jadi korang yang mempunyai anak yang susah tidur malam, tidur terlalu lama, atau kita sendiri sebagai orang dewasa yang mempunyai masalah tidur, memang sesuai sangat gunakan balm sleep time ni.

TUMMY TIME

Tummy time perlu ada ke mana sahaja setiap ibu bapa berada. Sebab baby kan selalu mengalami kembung perut kan? Jadi, tummy time diperlukan pada saat-saat tu.
Kalau ibu bapa perasan anak-anak mereka mengalami sukar buang air besar, selalu kembung perut, sembelit atau cirit-birit, memang sesuai sangat pakai balm tummy time ni.

COUGHFLU TIME

Coughflu time pun memang sangat-sangat diperlukan dalam kit bayi. Sebab kita pun tak tahu bila anak akan mengalami selsema dan batuk kan. Kita yang dewasa pun memerlukan balm ni bila time demam nak datang.
Banyak sangat kan kelebihan balm tasneem naturel ni. Nurul pun dah suka sangat-sangat dah. Dalam handbag tu memang kena ada setiap kali keluar. Cuma Nurul selalu bawa calm time pergi mana-mana je. Yang lain guna dekat rumah. Hehehe. :D
MAKLUMAT LANJUT :

FACEBOOK : https://www.facebook.com/tasneemnaturelhq/

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/tasneemnaturel/

WEBSITE : https://www.tasneemnaturel.com/


  • Share:

You Might Also Like

13 Comments

  1. Menarik balm tasneem ni,ada pelbagai jenis pulak tu...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. betul tu mama.. memang best sangat2 ^^

      Delete
  3. Bagus balm ni kanak-kanak dan dewasa boleh guna. Bonde pon guna juga..

    ReplyDelete
  4. Anak dara akak suka betul dengan balm ni. Akak pun kekadang tumpang guna hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. Nurul memang Nurul je yang guna :D

      Delete
  5. kita pun pakai yang sleep time tu jugak. best! salam kenal. kita follow ya.

    ReplyDelete