Apa Itu SOHO? - Syahirah Valiant

January 01, 2018

Apa Itu SOHO?

Apa Itu SOHO? | Memandangkan Nurul dah berjaya dapatkan home office Nurul, so nak share dengan korang sikit tentang SOHO ni. Apa benda pula SOHO tu? Hahaha. First time Nurul dengar bila akak-akak dalam group cakap SOHO Nurul cantik, simple. Dah ku pelik. Apa benda pula SOHO tu. :p

Rupanya baru ku tahu. Mungkin ramai dah yang tahu. Hahaha. Kita kan duduk di bawah tempurung, tu jadi macam tu sekejap. Takpe, belajar benda baru. Lepas tu Nurul rasa macam menarik je topik ni. Jadi, terhasil lah entri ni. :D

Related image

Small Office Home Office (SOHO) merupakan ruangan kecil untuk tempat bekerja yang berada di rumah. Eh, faham tak? Ke pelik nau Nurul explain? Hehehe. So itu lah maksud SOHO yang sebenarnya. Kemain lagi kan nama singkatan dia :p

SOHO ni sebernarnya bukan setakat ofis dalam rumah je. Kedai runcit, kedai makan atau tukang jahit adalah contoh yang paling mudah di mana tempat mereka bekerja bersambung dengan rumah. Bagi Nurul la kan, SOHO ni sangat penting untuk sesiapa yang ada kerja part time di rumah. Contoh terdekat adalah seperti blogger.

Dengan SOHO, kerja yang ada lebih teratur untuk disiapkan. Atau kita boleh panggil sebagai kerja secara sistematik. Takde lah kita meniarap buat kerja atas katil. Sakit pinggang kan? Hahaha. Nurul lah salah seorangnya sebelum ada SOHO sendiri. Kemain pulun buat kerja atas katil. Last-last diri sendiri terlelap. Kerja pun entah ke mana. 

Dah ready untuk ada SOHO sendiri? Hehehe. Nak meja cantik-cantik, dekat kedai perabot banyak je. Kalau budget tinggi, boleh lah buat meja bersambung sekali dengan tempat penyimpanan buku-buku. Nanti Nurul akan sharekan macam mana keadaan SOHO Nurul ye. Tapi.... Mungkin di ruangan entri yang lain ~ :D


10 comments:

  1. Suka konsep kerja dari rumah, tak perlu kos tambahan sewa ofis atau kedai kan...

    ReplyDelete
  2. Bestnye kalau dapat ruang kerja atau ruang belajar macam tu. Baru la bermotivasi nak siapkan kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya boleh buat tu.. cuma perlukan kos sikit :D

      Delete
  3. Siqah nak sangat ada SOHO sendiri for blogging. Sampai sekarang tak dapat lagi ni. Hee. InshaAllah akan diusahakan dalam tahun ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah.. Siqah boleh dapatkan tu :D

      Delete
  4. Ingatkan gambar tu SOHO Nurul. Cantik! Nanti share la gambar SOHO Nurul, mesti setanding dgn yang dalam gambar ni kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, bukan lya.. hahaha.. tu cantik sangat.. SOHO kita biasa-biasa je.. Nanti Nurul share ye :D

      Delete
  5. bestnyer kalo ade SOHO cam dlm gambar tu..tenang jer... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... betul tu.. pencahayaan yang penting :D

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D