9 Tips Kemas Rumah Dengan Mudah Dan Cepat

By Nurul Syahirah - January 30, 2018

9 Tips Kemas Rumah Dengan Mudah Dan Cepat | Tanggungjawab kita seharian kadang-kadang membantutkan kita untuk mengemas rumah. Kalau macam Nurul, keluarga balik petang dan malam tu memang dah penat. Jadi kemas yang simple-simple je. Dan kitaorang akan mengemas secara besar-besaran pada hari ahad sahaja.

Itu pun bercinta juga la. Hehehe. Lepas tu Nurul terfikir. Mesti ada cara untuk kita mengemas rumah dengan mudah dan cepat. Mungkin boleh digunakan oleh ibu-ibu yang sibuk. Memang tak dapat dinafikan, kadang-kadang Nurul nak mengemas tu tak tahu nak start dari mana. Hehehe. So, jom Nurul share dengan korang 9 tips kemas rumah dengan mudah dan cepat.

Image result for house cleaning

9 Tips Kemas Rumah Dengan Mudah Dan Cepat

Hujung minggu merupakan salah satu hari yang ramai orang akan mengemas rumah. Tak kira lah kaum-kaum ibu ataupun satu keluarga ikut kemas sekali. Kalau kita nak harapkan hari-hari kerja, memang takkan sempat nak buat bertambah dengan kepenatan bekerja lagi. Lagi-lagi kalau untuk ibu-ibu yang ada anak kecil yang sangat aktif, memang rumah tu serupa tongkang pecah da. Hehehe.


1. DAHULUKAN KEPERLUAN ANAK KECIL
Kalau ibu-ibu yang ada anak kecil, terutama sekali ada baby, pastikan kalau masa tukar lampin atau pampers tu, atau menyusu ke, selesaikan yang itu dulu. Ini akan mengelakkan baby meragam semasa korang nak mengemas. Kalau dah meragam, memang kena stop lah kerja tu kan. Jadi ianya akan tertangguh lagi.

Bila baby dah lena tu, manfaatkan sepenuhnya untuk mengemas. Dan pastikan senyap-senyap. Hehehe. Kalau terbangun si baby, memang akan tergendala lah kerja kita tu.


2. BASUH BAJU MENGIKUT JADUAL
Ini Nurul dah praktikkan. Bukan sahaja dapat menjimatkan air dan elektrik, tapi jadual kita pun akan lebih teratur. Jenis Nurul, baju Nurul memang Nurul basuh sendiri. Tapi guna mesin la. Hehehe. Tak kuasa guna tangan dah. Zaman dekat kolej je dulu :p

Nurul akan basuh baju Nurul dalam seminggu tu dua kali atau tiga kali. Hari tu Nurul pilih mana yang sesuai. Kalau family besar Nurul pula, prefer basuh baju setiap 2 hari sekali. Tapi kita kena tengok juga cuaca masa tu. Takut-takut kalau hujan, memang lembap lah baju nya.


3. BASUH BAJU AWAL PAGI
Yang ini memang ibu dah pesan awal-awal. Sebab Nurul suka basuh baju malamnya. Esok pagi baru jemur. Hahaha. Ibu kata tak boleh sebab baju dah tak bau fresh. Jadi, kita pun basuh lah pada waktu pagi. Tapi kenapa?

Ok, sebenarnya nak basuh baju ni kita kena tengok cuaca juga. Bila korang basuh baju pada awal pagi, kalau cuaca elok, tak sampai tengahari pakaian tu dah kering. Jimat masa kan. Tapi selalunya Nurul akan buat bila hujung minggu je. Sebab hari lain kita kerja kan. Memang tak sempat.


4. CARA PALING MUDAH URUSKAN PAKAIAN
Kalau bab pakaian ni, Nurul paling tak rajin sangat bila bab melipat baju. Hahaha. Kalau setakat basuh dan jemur tu kira okay la lagi.

Ini Nurul buat untuk baju yang sesuai je tau. Nurul akan jemur menggunakan hanger sebab ianya akan mengurangkan kedutan dan boleh terus simpan dalam almari. Tapi jarang lah Nurul buat sebabnya Nurul akan sangkut macam tu untuk baju kurung je. Baju lain Nurul lipat. Hahaha. Yang ni takde jalan lain. Tetap kena lipat juga.


5. MULTITASKING
Buat beberapa kerja dalam satu masa. Memang agak penat. Tapi kalau nak kerja tu siap cepat, kena lah ada sifat multitasking tu juga kan. Contohnya macam yang Nurul selalu buat, Nurul akan basuh dulu baju dalam mesin basuh. Lepas tu pergi menyapu.

Haaaa. Sementara tunggu mesin basuh tu siap, kita dah siapkan menyapu dah. Atau boleh buat kerja lain sekejap contoh macam mengemop ke. Kemas porch kereta ke. Kita dah buat 3 kerja dalam satu masa ^^


6. MEMBUAT KERJA SECARA SISTEMATIK
Cara ni Nurul selalu tulis dalam planner Nurul. Sebab tu lah weekly planner sangat penting untuk Nurul. Hehehe. Nurul akan buat ikut jadual yang Nurul dah catat. Lepas satu siap, Nurul akan tick menandakan kerja tu dah beres.

Jadi, kerja kita akan lebih teratur dan mudah untuk kita tengok mana yang perlu kita buat lagi. Nurul suka kalau kemas bermula daripada dapur. Dan berakhir dekat luar rumah.


7. BERMULA DARI ATAS KE BAWAH
Tips ni abah Nurul ajar. Hehehe. Kita kalau nak kemas, start dari atas. Memandangkan rumah parents Nurul ni dua tingkat, jadi kitaorang kena kemas dekat bahagian atau dulu. Start daripada bilik sehinggalah ke ruang tamu.

Jadi, bila kita kemas tu, takkan ada kotoran yang tinggal. Sebab kotoran dekat atas kita dah bersihkan. So bahagian bawah takkan terkena sekali.


8. AMBIL PELUANG UNTUK BERSENAM
Nak jogging nya punya lah malas. Nak pergi gym pula tak tahu bila nya yang free. Jadi, Nurul ambil peluang mengemas rumah dalam bentuk bersenam. Hehehe. Tapi memang betul. Aktiviti mengemas rumah ni sebenarnya dapat membantu tubuh kita untuk membakar kalori.

Jadi, boleh lah kita kurus ye. Hehehe. Lagipun mengemas ni setiap hujung minggu. Jadi, setiap minggu kita bersenam ^^


9. GUNAKAN BANTUAN MESIN
Mesin? Robot ke? Hahaha. Bukan lah. Guna vacuum je untuk bersihkan lantai atau karpet. Tak perlu susah-susah lagi nak menyapu. Haaaa. Ini perangai Nurul lah. Hehehe. Dah ada vacuum, kena lah gunakan sebaiknya kan. Jadi memang guna betul-betul :p


So, 9 tips yang sangat mudah kan? Jadi, sesibuk mana pun kita, rumah kita akan tetap kemas dan cantik. Walaupun mungkin kita akan kepenatan. Tapi bila dah tengok rumah kita bersih, memang sejuk je mata memandang. Segala penat tu terus hilang. Serious. 

Dah-dah. Esok cuti kan. Jadi, jom la kita mengemas rumah. :D

  • Share:

You Might Also Like

10 Comments