7 Tempat Wajib Pergi Di Korea Selatan

By Nurul Syahirah - Monday, January 22, 2018

7 Tempat Wajib Pergi Di Korea Selatan | Salah satu wishlist yang ada untuk Nurul travel. Hehehe. Sebenarnya nak sangat pergi korea disebabkan Nurul minat sangat dengan zaman-zaman kpop. Tapi sekarang tak lagi lah ~

Hehehe. Dan sekarang memang nak travel ke Korea disebabkan suasana yang cantik. Eh, macam mana tahu cantik? Mestilah kita layan drama kan ~ Hehehe. Yes, lagi-lagi Pulau Jeju tu. Fuhhh ~ Cantik sungguh pemandangannya. Boleh cari ilham untuk menulis. ^^

Image result for korea selatan

7 Tempat Wajib Pergi Di Korea Selatan

Korea merupakan salah satu tempat percutian yang sangat digemari oleh orang Malaysia. Bukan je disebabkan kpop-kpop tu tau. Tapi negara yang mempunyai 4 musim ini tentunya menjanjikan keindahan semulajadi yang sangat unik untuk percutian 4 musim korang.

Rata-rata orang yang dah pergi Korea, akan mengatakan yang kita akan rambang mata kalau dah pergi sana. Termasuklah makcik Nurul sendiri yang dah berkunjung ke sana. Beliau pun kata memang rambang mata untuk shopping. Bukan je untuk shopping, malah untuk berjalan-jalan.

Di sini Nurul nyatakan 7 tempat yang korang kena singgah kalau korang dah sampai sana. Dan 7 tempat ini merupakan pendapat daripada makcik Nurul. Jom kita tengok apa 7 tempat tersebut ^^




1. NAMSAN TOWER

Image result for namsan tower

Aduyaii ~ Namsan Tower jadi nombor satu tau dalam list. Hahaha. Nurul nak sangat pergi sana sebab ada kunci-kunci tu. Hahaha. Photoshoot pun lawa kan. 

Namsan Tower merupakan mercu tanda paling famous di seoul. Kalau dekat Malaysia, kita ada KLCC dan KL Tower kan? Tapi dekat Korea mereka ada Namsan Tower. Merupakan ikon kota Seoul.

Dari ketinggian 236.7m, korang boleh nampak pemandangan kota Seoul secara menyeluruh. Huhuhu ~ Bestnya. Pemandangan yang sangat cantik. Atas puncak Namsan Tower pun terdapat pelbagai cenderahati eksklusif yang korang boleh shopping.

Ini yang Nurul cakap pasal kunci-kunci tu. Hehehe. Sebelum korang balik, jangan lupa tinggalkan kenangan dengan meninggalkan "Love Locks" yang sangat terkenal dekat sana. Tak semestinya  orang bercinta tu boleh guna kunci cinta. Kawan-kawan pun boleh ~ Family lagi lah boleh :D

Dekat Namsan Tower juga ada Muzium Teddy Bear yang mempamerkan anak patung beruang yang menggambarkan kehidupan di Seoul pada masa dahulu dan kini.



2. DONGDAEMUN

Image result for dongdaemun

Dongdaemun pemandangannya sangat cantik pada waktu malam. Disinilah terletaknya rekaan senibina arkitek terkenal Zaha Hadid iaitu Dongdaemun Design Plaza (DDP). Bangunan ini terpilih sebagai salah satu tempat wajib dikunjungi oleh New York Times. Fuhhh ~ Hebat sangat ni. Nurul pun suka dengan reka bentuk tempat ni. Belum lagi pergi sana kan. Hehehe.

Dongdaemun juga terkenal dengan pasar malamnya yang santai dengan adanya pelbagai barangan yang dijual serta aneka street food untuk korang cuba.



3. PULAU NAMI

Image result for PULAU NAMI

Pulau Nami ni pula sangat cantik kalau pergi masa winter. Macam dalam cerita Winter Sonata tu ~ Hehehe. Walaupun ianya terletak agak jauh sikit daripada Seoul, Pulau Nami merupakan lokasi yang korang KENA lawati tau. Terutamanya untuk sesiapa yang gemarkan alam semulajadi. Nak photoshoot pun cantik. Terletak lebih kurang 2 jam dari Kota Seoul, korang boleh pergi Pulau Nami dengan menaiki tren dan teksi. Jimat ^^

Walaupun ianya nampak macam kosong, tapi kosong berisi tau. Korang boleh buat macam-macam aktiviti dekat sini dengan keluarga korang. Untuk masuk ke Pulau Nami, ada dua cara iaitu dengan menaiki feri atau melalui zipline bagi yang sukakan cabaran. 

Dalam Pulau tersebut, korang boleh menaiki basikal, buggy, bot pedal atau melakukan sukan air lasak. Nak lepak-lepak pun boleh ~ Ada juga taman permainan untuk kanak-kanak. Dan paling penting untuk kita umat Islam, mesti lah surau kan. Dekat Pulau Nami pun ada surau. So, boleh la lepak lama-lama sikit ^^



4. ISTANA GYEONGBOKGUNG

Image result for ISTANA GYEONGBOKGUNG

Kalau korang nak tahu sejarah Dinasti Joseon di Istana Gyeongbokgung, ini lah tempat yang paling sesuai. Istana ini dipelihara sejak dahulu lagi sebagai usaha untuk memperkaya nilai tradisi dan kebudayaan masyarakat Korea. Masih utuh lagi istana ni kan. Yang menariknya dekat sini, korang boleh cuba pakaian tradisional Korea iaitu hanbok dan boleh photoshoot di sekeliling istana ini. Hehehe. Bergambar lah korang puas-puas ^^



5. ITAEWON


Itaewon adalah bandar yang terkenal dengan gabungan budaya yang meluas termasuk Islam. Dan dekat sinilah terletaknya Seoul Central Mosque untuk memudahkan umat Islam. Makanan yang dicari oleh pengunjung Islam pun banyak dekat sini sebabnya populasi penduduk Islamnya yang agak ramai.

Cantik sangat masjid ni. Dan jangan lupa tau. Itaewon pun ada menempatkan beberapa kafe yang terkemuka dimana menghidangkan pastri dan kek yang sangat menarik. Haihhh ~ Photoshoot lagi. Hahaha. Korang yang suka bergambar tu boleh ke Line Friends Store iaitu bangunan 3 tingkat yang berkonsepkan karakter Line yang comel ! Suka sangat benda-benda comel ni. :D



6. LOTTE WORLD

Image result for lotte world

Macam Disneyland kan ~ Hahaha. Mana yang bawa anak-anak tu, boleh la singgah sini. Lotte World merupakan taman tema indoor yang terbesar di dunia. Sejak dibuka pada tahun 1989, taman tema ni sesuai dikunjungi seisi keluarga tidak kira musim. 

Dekat dalam Lotte World ni, ada 45 jenis tarikan yang kita boleh cuba untuk seisi keluarga. Try pergi, takkan menyesal ^^



9. PETITE FRANCE

Image result for petite france

Ni pun dah masuk dalam wishlist Nurul. Hahaha. Lokasi penggambaran Running Man. Hehehe. Sebab seni bina dia sangat cantik. Taman tema yang dibangunkan dengan senibina Perancis ini didedikasikan kepada penulis terkemuka Perancis iaitu Saint Exupery. Korang boleh photoshoot dekat The Little Prince yang ada di beberapa lokasi sekitar taman tema ni.


Hehehe. Ketujuh-tujuh tempat ni merupakan hot pick makcik Nurul bila dia bercuti dekat sana. Mungkin korang ada tempat lagi. Tapiiii ~ Pulau Jeju tak termasuk dalam list beliau. Hehehe. Takpe la ~ Tapi Nurul tetap nak pergi juga nanti. So, pilihan korang apa pulak? ^^


  • Share:

You Might Also Like

14 Comments

  1. minat tak grup wanna-be? hahaha...

    ReplyDelete
  2. Xtau la bila dpt pegi korea ni. Hehe

    ReplyDelete
  3. thank you for sharing this info ^^ but me..
    will be JAPAN JAPAN JAPAN for now.. hehe *superbiased*

    ReplyDelete
  4. Cantiknya... Selama ni tahu sikit je tentang Korea ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la.. lagi2 time musim yang lain, lagi cantik :D

      Delete
  5. Whishlist jugak ni. Entah bila nak pegi tak tahu lah ..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. kan ! nak perginya tak tahu bila :p

      Delete
  6. klau ada rezeki,dpt g pulau nami dgn lotte pun dh cukup.. nak fefeeling winter sonata dan bagi anak2 happy

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. bawak anak2, mesti diaorang suka jugak kak ^^ In Sha Allah ada rezeki tu nanti..

      Delete
  7. harap ada rezeki dapat jejak korea pulak

    ReplyDelete