January 17, 2018

5 Tanda Orang Yang Berbohong

5 Tanda Orang Yang Berbohong | Berbohong? Hampir semua orang pernah buat. Tak kira lah golongan orang dewasa atau yang masih kanak-kanak. Tapi kita semua pun tahu berbohong ni merupakan salah satu perilaku yang sangat-sangat tak baik. Cumanya kita yang perlu tahu bagaimana tanda orang yang berbohong supaya kita tidak ditipu.

Malah berbohong bukan sahaja berlaku dikalangan kita-kita atau keluarga, tapi berlaku juga dalam kalangan perniagaan atau perkhidmatan. Ni lagi haru. Jom kita terjah bagaimana kita nak tahu seseorang itu berbohong ataupun tidak ^^

Image result for liar

1. GUGUP
Berbohong mempunyai gejala yang hampir sama dengan ketegangan. Kalau dalam masa tu kita ada niat nak berbohong, kita akan mudah rasa gugup. Sekaligus masa tu lah seseorang tu akan menutup kesalahan. Jangan tipu ~ Diri kita sendiri pun pernah mengalaminya. Hehehe.


2. PERHATIKAN BAHASA TUBUH
Tengok dan perhatikan je bahasa tubuh dan posture seseorang yang kelihatan seperti menutupi bahagian tertentu dari wajah atau tubuh. Kalau kita perasan, secara kerap orang berbohong ni akan menyentuh hidung. Tapi... Jangan pula kita kata dia berbohong bila dia sentuh hidung tu sedangkan hidung dia tengah gatal. Hehehe.

BACA SINI > ALASAN UNTUK MC


3. GELISAH BERLEBIHAN
Ni kita cakap kebiasaannya la kan. Hehehe. Bila korang syak yang seseorang tu sedang berbohong, korang pasti akan perasan yang dia asyik gelisah je. Atau mungkin seseorang tu akan menggesek-gesek pakaiannya. Hahaha. Ni memang pernah Nurul nampak. Sekali memang betul dia sedang berbohong.


4. SENYUM BERLEBIHAN
Selain daripada kita nampak dia gelisah semacam je. Korang akan nampak seseorang tu tersengih-sengih bila tekaan kita tu betul :D


5. PERCAYA PADA NALURI
Hokayyy ~ Ni sangat penting. Selain kita tengok gerak geri seseorang yang berbohong ni, kita juga kena percaya dengan naluri kita sendiri. Jenis macam Nurul, memang akan meragui yang seseorang itu berbohong. Dan akhirnya memang betul dia berbohong. Hehehe.


So, dah tahu macam mana nak detect orang tu berbohong? Hehehe. Korang pun ada tergolong tak. :p Sebenarnya kita dah boleh tahu orang tu berbohong melalui naluri kita je sebenarnya. Dan sampai sekarang, Nurul percaya dengan naluri Nurul. Hehehe. ^^



6 comments:

  1. Sangat setuju.. especially pada naluri tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. sebab kita percaya dengan naluri kita ^^

      Delete
  2. Semua tepat sekali tambah lagi bab gelisah berlebihan. Kalau dah namanya bohong, mesti tak tentu arah je takut pastinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. betul tu.. semua tu kita boleh tengok sendiri :D

      Delete
  3. sometimes kan... kita tahu dia bohong tapi seronok tgk gelagat dia tu kan..so tadah jer telinga

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. kadang2 pun Nurul macma tu jugak.. kita tengok sejauh mana dia boleh pergi..

      Delete

Follow Us @_nrlsyhirh