10 Barang Yang Wajib Ada Dalam Handbag

By Nurul Syahirah - January 29, 2018

10 Barang Yang Wajib Ada Dalam Handbag | Nurul kalau nak berjalan jauh contohnya macam bercuti ke, balik kampung ke, mesti tak boleh bawa handbag yang kecil-kecil ni. Mesti yang muat segala jenis barang yang bakal Nurul masukkan dan bawa. Hehehe. Tapi kalau setakat pergi kenduri yang dekat-dekat, Nurul lebih suka pakai handbag yang agak kecil sedikit.

Image result for items in handbag

Tapi sebenarnya ada 10 barang yang wajib perempuan bawa dalam handbag tu. Hehehe. Dan ianya termasuklah diri Nurul sendiri. Sebab memang tak terlepas pun 10 barang ni. So, jom kita tengok 10 barang tersebut ^^


1. LIPSTICK

Image result for lipstick haul

Barang wajib yang mesti ada dalam handbag perempuan salah satunya adalah lipstik. Dan hakikatnya memang tepat sekali. Hehehe. Nurul pun macam ni. Sebab setiap kali makan, mesti lipstik tu akan hilang dan kita pun nak lah touch up lipstik tu.

Tapi jenis Nurul bibir cepat kering. Jadi Nurul akan pakai lip balm sahaja dan dari semasa ke semasa Nurul akan oleskan lagi lip balm tersebut. Jadi, tak kira lah perempuan tu bawa handbag besar atau kecik, mesti akan bawa lipstik ni bersama. Bukan setakat lipstik je, malah ada yang sediakan 1 bekas pensil box untuk letak makeup. Hahaha. Gigih sungguh.



2. PURSE

Image result for wallet women

Purse mestilah kita wajib bawa. Segala ic, lesen dan duit semua ada dalam tu kan. Malah kad bank pun ada. Jadi, purse merupakan sesuatu yang kira top items kena letak dalam handbag. Kalau terlupa bawa, mungkin ada yang sanggup patah balik kut. Hehehe. Mungkin rasa tak selamat sebab ic semua ada dalam purse.



3. BUKU NOTA ATAU PLANNER

Image result for midori planner in handbag

Ini dah kira barang wajib juga bagi Nurul. Dori Nurul wajib ada dalam handbag walaupun Nurul hanya pergi kenduri kendara je. Hehehe. Tak lengkap tanpa ada dori. Sebab dalam dori Nurul ni macam-macam ada yang Nurul dah catat. Malah ideas-ideas untuk update blog pun ada.

Jadi, memang tak boleh kena tinggal. "Tapi boleh guna handphone kan untuk catat?" Hurmmm ~ Nurul tak berapa gemar sangat. Hehehe. Sebab Nurul lagi prefer untuk menulis. 



4. MAKANAN

Image result for chocolate haul

Ini kalau nampak dek abah Nurul, mahu kena perli. Hahaha. Sebab Nurul jenis yang suka sangat letak makanan dalam handbag. Tak kira la coklat ataupun gula-gula. Kiranya kudapan untuk kita la.

Tapi bukan lah kita pergi bawa makanan berat-berat macam nasi lemak tu. Hahaha. Takdenya k. Kira coklat dan gula-gula tu normal lagi untuk dibawa. So kalau kita tak makan lagi, boleh la jadikan sebagai makanan emergency kita.



5. CONTACT LENS

http://www.rd.com/

Ni khusus untuk wanita yang memakai contact lens. Pada siapa yang memakai contact lens, dah semestinya contact lens jadi benda wajib untuk korang bawa dalam handbag. Ada yang bawa sekali dengan air dia sekali kan.

Sebab contact lens kalau nak pakai kena jaga elok-elok. Jadi, semua bekalan yang dijaga perlulah dibawa ke mana sahaja.



6. TELEFON BIMBIT

Image result for handphone haul

Handphone ni bukan setakat perempuan je, lelaki pun jadi satu keperluan yang wajib bawa. Hehehe. Betul tak? Kadang-kadang ada yang bawa sampai dua tiga handphone. Fuhhh ~ Banyaknya. Hahaha. Nurul guna dua handphone, tapi yang akan bawa dalam handbag cuma satu je. Sebab malas nak bawa banyak-banyak.



7. POWERBANK

http://www.pcadvisor.co.uk/

Benda ni memang wajib Nurul bawa kalau nak travel jauh. Contoh balik kampung ke, pergi event ke. Yang Nurul pergi tu takkan ada peluang Nurul nak charge handphone guna plug. Jadi, powerbank ni sangat berguna bila saat-saat genting bateri nak habis.

Dan akan kedekut sikit kalau orang lain nak guna. Hahaha. Kadang-kadang handphone adik sampai takde bateri baru lah Nurul kasi pinjam. Yela kan. Ada powerbank sendiri tak nak bawa. Lepas tu pinjam kita punya pula :p



8. TISU

Image result for tissue in my handbag

Bila nak cuci makeup untuk solat, tisu atau tisu basah Nurul akan usung ke mana sahaja. Hehehe. Sebab penting sangat-sangat. Pernah sekali tu Nurul terlupa nak bawa, memang terkial-kial nak cuci makeup. Masa pun jadi lambat la. Jadi, sebelum keluar tu kita kena check dulu dalam handbag sama ada bawa atau tidak.



9. RESIT

Image result for receipt in my handbag

Perempuan ~ Resit ni bukan setakat ada dalam purse je tau. Malah dalam handbag pun boleh sumbat. Hehehe. Kadang-kadang bila tengah shopping dan kita nak cepat, duit balance dan resit tu malas nak letak dalam purse, terus masukkan dalam handbag. Hahaha. Mana tak handbag tu bersepah. Then lepas seminggu, bergunung resit dalam handbag tu :p



10. KUNCI KERETA

Image result for car key in my handbag

Pada siapa yang drive, mestilah kunci kereta merupakan barang wajib ada dalam handbag korang. Kadang-kadang Nurul tak drive pun, tapi abah akan jadikan handbag Nurul tempat tumpangan untuk kunci kereta tu. Lagi kalau Nurul bawa handbag besar, lagi dia suka. Hahaha. Adik laki Nurul pun sama. Handbag Nurul akan jadi mangsa perletakan handphone dia tu.


So, itu lah dia 10 barang yang wajib ada dalam handbag perempuan. Korang pun sama juga tak? Ke Nurul je? Hehehe. Try share apa je yang ada dalam handbag korang tu. :D


  • Share:

You Might Also Like

12 Comments