Whoosh Eyewear Melancarkan Koleksi Cermin Mata Terkini - Syahirah Valiant

December 01, 2017

Whoosh Eyewear Melancarkan Koleksi Cermin Mata Terkini

Whoosh Eyewear Melancarkan Koleksi Cermin Mata Terkini | Firstly memang Nurul tak berapa kenal sangat dengan jenama cermin mata Whoosh ni. Mana tak nya, cermin mata Nurul pun asalnya daripada Focus Point je. Hehehe. Jadi ini merupakan satu benda yang baru Nurul explore. 

Yang disangkakan mengenai Whossh Eyewear ni adalah, cermin mata mereka memang cantik-cantik belaka. Kualiti yang terjamin untuk si pemakai. Bukan je menyediakan cermin mata yang untuk kita pakai hari-hari tu, malah Whoosh Eyewear menyediakan sunglasses yang sangat eksklusif tau.

Tak percaya? Kita tengok nanti ye. Dan Whoosh Eyewear juga merupakan hosted kepada event yang bagi Nurul sangat besar sebab ianya melibatkan seluruh negara. Ada Korea, Thailand, Indonesia dan macam-macam negara lagi la. Ada juga Negara yang Nurul tak pernah dengar. Hehehe. Kan dah jadi sesuatu yang baru Nurul tahu ^^



Kuala Lumpur, November 28, 2017 - Hari dimana hari bersejarah bagi Whoosh Eyewear di mana mereka mengacarakan event yang gilang gemilang untuk kali kedua bagi event Miss Whoosh Glamorous. Whoosh eyewear ini merupakan anak company bagi Focus Point.

Patut lah dekat Focus Point pun ada mention tentang Whoosh eyewear ni. Adik-beradik rupanya ^^

Event ini telah diadakan di NU Sentral Shopping Centre yang telah dihadiri oleh Miss Tourism Queen Of The Year International 2017. Bukan calang-calang event tau sebenarnya ni.

"Fast, Fresh, Forward" - Madah kata yang sangat sempurna bagi menggambarkan penciptaan Whoosh. Whoosh eyewear bertujuan untuk memenuhi trendter yang menghargai gaya, kualiti dan nasihat profesional di mana sahaja. Whoosh menawarkan pelbagai jenis bingkai bergaya dari Korea dan dikategorikan di dalam 3 gaya tersendiri - TRENDY, URBAN dan VINTAGE pada empat harga yang berpatutan yang tetap tanpa caj tersembunyi atau caj cetak denda. 


Cermin mata ini selain membetulkan pandangan, cermin mata pada masa kini dianggap sebagai aksesori fesyen. Mereka boleh menjadi elemen untuk menggayakan dengan pakaian dan boleh dipakai pada setiap hari. Whoosh eyewear melancarkan satu siri cermin mata bergaya dengan kebolehan serba boleh yang sesuai dengan rupa dan gaya si pemakai. Koleksi baru ini akan dipamerkan dengan bergaya oleh Miss Tourism International World Pageant bersama-sama dengan simbol gaya, cantik dan berkeyakinan serta mengagumkan persona jenama.


Seramai 48 orang wanita yang menawan dari seluruh dunia akan mempersembahkan gaya mereka bersama dengan koleksi terbaru dari Whoosh eyewear. Wanita-wanita ini dipilih berdasarkan kecantikan dan bagaimana cara mereka untuk menggayakan cermin mata tersebut. Nama pun pertandingan kan, selepas mereka menggayakan cermin mata yang disponsor oleh Whoosh Eyewear, sudah tiba masanya untuk kita menantikan siapa yang akan memegang gelaran Miss Whoosh Glamorous pada tahun 2017.

Apabila majlis yang utama telah tamat, kami para blogger dan para tetamu dijemput untuk singgah ke kedai Whoosh Eyewear untuk melihat koleksi cermin mata yang ada. Memang rambang mata tau. Lagi-lagi bila tengok shades yang ada. Jenis Nurul ni memang penggemar shades. Jadinya mata kita sudah blink blik dekat situ. Hehehe.


Tidak ketinggalan juga pada model-model kita yang cantik-cantik ni. Siap berselfie tau dengan koleksi cermin mata Whoosh ni. Memang cermin mata yang sangat berkualiti tinggi. Jadi, pada sesiapa yang nak beli shades atau cermin mata tu, kena la singgah-singgah dekat Whoosh eyewear ni ye. Dekat NU Sentral pun ada. Naik LRT je. Tak payah penat-penat cari parking. Hehehe.


Nurul pun nak la juga menggayakan cermin mata yang eksklusif daripada Whoosh ni. Hahaha. Cantik sangat shades ni. Memang kena dengan selera tinggi Nurul. :p Ni memang setiap kali ku drive, ada yang pakai. Hehehe. Time drive pun mata kita kena jaga tau ^^


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi :

Hubungi : Tang Say Tien 012-235 2835 / Roys Tan 016-260 2601





No comments:

Post a Comment

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D