Tips Tingkatkan Pageviews Blog

By Nurul Syahirah - Friday, December 08, 2017

Tips Tingkatkan Pageviews Blog | Pageviews amat penting bagi seorang blogger lagi-lagi kalau blog tu memang dijadikan tempat untuk mencari income. Pageviews ni memainkan peranan penting untuk syarikat-syarikat mengambil kita bekerja dengan mereka.

Dulu blog dijadikan sebagai diari harian semata-mata dan tempat kita meletakkan pelbagai info untuk rujukan ramai. Tapi tanpa kita sedar, sekarang blog dah dijadikan sebagai tempat mencari rezeki. Tapi bukan dengan update blog sebulan sekali atau langsung tak promotekan blog korang langsung. Melainkan kalau korang dah jadi blogger famous dan pageviews cecah puluh-puluh ribu ^^

rose gold, pink, and apple image

Sama lah juga macam kita buat bisnes dengan menjual barang. Kalau kita tak promote, mana orang nak tahu tentang produk kita tu. Betul tak? Jadi, konsep nak berjaya, kena lah rajin ye ^^ Jom Nurul nak share serba sikit tips untuk tingkatkan pageviews blog yang selalu Nurul gunakan. Semoga ianya bermanfaat untuk korang ^^


1. BUAT CONTEST, GIVEAWAY DAN SEGMEN
Ok, yang ini memang ramai sangaaaaat blogger buat sekarang ni. Yes ! Nurul mula pun daripada sini. Dulu blog Nurul, followers ciput giler. Sekarang memang ciput, tapi dulu lagi ciput. Hahaha. Jadi, secara automatik pageviews pun takde la cecah 1000 ke atas tau. Yela kan ~ Masih newbies lagi time tu.

Kemudian, Nurul selalu buat macam-macam contest, giveaway dan segmen sampai lah Nurul nampak sendiri pageviews tu naik. Bukan setakat pageviews je naik, followers pun naik sekali. Hehehe. Jadi, ambil sedikit masa untuk korang naikkan pageviews dengan buat contest, giveaway dan segmen. Tak kira lah ada korang yang sponsor hadiah atau korang cari sponsor ^^


2. PING BLOG DI BABAB.NET
Ok, yang ni dulu je Nurul buat. Sekarang dah tak sebab malas nak letak widget dia dalam blog. Hehehe. Tapi untuk newbies, memang sesuai sangat korang guna taktik ni sebab memang menjadi tau ! Nurul dah try. Korang search je dekat google. Confirm keluar.

Tapi dia ambil masa sikit untuk babab.net approve korang punya blog. Lepas daftar tu, tunggu je ^^ Tapi babab.net ni adsense tak suka. Kalau nak guna untuk sementara boleh je. Kalau rasa nak apply adsense, terus buang ye ^^


3. PING BLOG DI GROUP FB
Yang ini wajib untuk korang buat setiap kali lepas update sesuatu entri dalam blog korang. Sebab apa? Dengan cara ni lah dapat menyumbang banyak pageviews untuk korang tanpa korang sedar. Join je banyak-banyak group dan share dekat situ.

Korang bukan je boleh share dekat group blogger sahaja, dekat group negeri pun boleh. Atau lain-lain group. Contoh macam Nurul la kan, Nurul stay puchong and Nurul join group warga puchong. Then share lah dekat situ. Memang naik pageviews kita tu. Jangan ingat korang share tu takde orang baca tau. Mesti ada punya. And nak share tu, korang share lah dekat group yang ramai ahlinya tau. Ni Nurul share dengan korang group apa yang korang boleh join ^^

4. TAMBAH RAKAN BANYAK-BANYAK DI FB
Taktik ni tak ramai yang guna sebab kita kena tapis dulu kawan yang kita nak add tu. Jangan pakai add semua je tau. Sekarang ni dah bahaya. Nurul buat cara ni sekejap je. Lepas tu tak buat dah ~ Hehehe. Tapi memang menjadi tau taktik ni. Mana yang nak try tu, boleh je try ^^


5. BELAJAR SEO
Berbuih mulut cakap blog kena mesra SEO, maksudnya memang ada sebab. Hehehe. Yes, blog korang kena mesra SEO tau. Tak tahu? Tak tahu lah kena belajar. Dengan kita explore benda tu, kita akan tahu sendiri nanti. SEO ni memang bukan sesuatu yang mudah untuk dipelajari sebab dia agak complicated dan banyak aspek yang perlu kita tengok.

Tapi ianya juga bukan lah sesuatu yang susah untuk diperlajari. Bila blog kita mesra SEO, lagi mudah entri dalam blog nak naik ke first page google tau.



Memang tak mudah untuk berjaya. Tapi akan mudah kalau kita rajin nak buat ^^ So, tunggu apa lagi. Ikut la cara Nurul ni. Hehehe. In Sha Allah, pageviews korang akan menaik :D


  • Share:

You Might Also Like

17 Comments

  1. Thanks for the info! :D It really helps! ^^

    ReplyDelete
  2. good read here n good tips. i like it.

    hii jmput join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  3. Nice tips.. Betul tu.. Tak mudah untuk berjaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. susah payah kita tu la akan jadi manis nanti :D

      Delete
  4. Sangat2 bagus utk yg newbies mcm sy, budak hingusan lg ni..tq dear nurul

    ReplyDelete
  5. Semua poin tu Asyraf dah pernah buat KECUALI babab tu tak pernah sebab rasa annoying pun ada. Yang paling penting basic SEO tu dan update kat grup fb. Engagement sangat kuat !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. dulu je Nurul buat.. sekarang dah tak sebab sharing manual lagi best :D

      Delete