Tips Menjadi Lelaki Kacak Yang Menjadi Rebutan - Syahirah Valiant

December 29, 2017

Tips Menjadi Lelaki Kacak Yang Menjadi Rebutan

Tips Menjadi Lelaki Kacak Yang Menjadi Rebutan | Asyik tips untuk kaum hawa je. Untuk kaum adam takde ke? Hehehe. Mesti lah ada. Kita tak reti sangat. So research tu memang kena lama sikit la kan. Dah korang nak info yang banyak, so banyak la yang kena kaji.

Hehehe. Ngade kan ~ Ok, lelaki kacak. Mesti kaum hawa suka kan? Maklum lah ~ Dah lumrah bahawa manusia ni memang tertarik dengan sesuatu yang cantik dan sedap mata memandang. Tapi kalau bab jaga kecantikan ni selalunya kaum hawa je yang gelabah. Hehehe.

Jangan tak tahu ye. Kaum adam pun tak kurang hebatnya juga tau. Takpe, benda tu tak jadi masalah pun. Penjagaan kulit wajah amat penting agar kita sentiasa kelihatan lebih berkeyakinan. So, kaum adam nak tahu tips jadi lelaki kacak? Jom scroll lagi ~ :D

Image result for khai bahar

Jangan korang tak tahu ye. Khai Bahar merupakan lelaki idaman Nurul. Hahaha. Berangan betul minah ni ! Tapi serious. Ciri-ciri daripada personaliti memang kena giler dengan taste yang mengarut Nurul ni :p Dah-dah, jom teruskan.

Tips Menjadi Lelaki Kacak Yang Menjadi Rebutan


1. PENJAGAAN WAJAH

Ini merupakan asas dalam penjagaan wajah. Bukan sekadar membersihkan je tau. Tapi sebagai lelaki, korang juga kena mengenali kulit wajah korang sendiri. Kulit lelaki ni berbeza daripada kulit perempuan kerana lelaki mempunyai liang roma yang lebih besar dan kelenjar sebum yang sangat aktif. Ok, amaran untuk korang ! Jangan pergi bantai basuh muka korang dengan sabun buku badan tu ye.

Jangan malas sangat nak gi beli. Nivea men tu berlambak je. Skincare Shaklee pun korang boleh pakai. Sabun buku tu akan menyebabkan kulit korang akan jadi semakin kering. Alorhhh ~ Lepas tu dah tak hensem da. Tak mau ye.

Minyak yang ada dekat muka tu memang bagus tapi jika korang biarkan secara berlebihan, ianya akan menyebabkan liang roma tersumbat dan mendatangkan askar-askar jerawat yang tak diundang. Sekurang-kurangnya, basuh muka korang dengan menggunakan produk wajah yang sesuai walaupun sehari sekali ye.


2. MENGGUNAKAN SCRUB MUKA

Rajin-rajinkan diri korang untuk guna scrub muka tau. Bukan setakat perempuan je kena. Awak sebagai lelaki pun dikirakan memang perlu buat. Scrub ni bertujuan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati. 

Kalau korang konsisten, korang akan nampak kesan pada muka hensem korang tu. Please percaya ^^


3. PAKAI PELEMBAB

Ada janggut dan misai kan? Mesti korang kena bercukur juga kan. So, amalan bercukur pada setiap hari akan menyebabkan kulit muka korang semakin hari semakin kering disebabkan kulit muka korang kehilangan bahan semula jadi yang melembapkan kulit.

So, korang disarankan untuk menggunakan pelembab di muka bagi mengembalikan semula kelembapan di wajah hensem korang tu. Bukan tu je ye. Sel-sel kulit mati pun akan hilang.


Related image

Awok ! Kenapa hensem sangat. Hehehe. Maap ye. Terlintas letak gambar beliau je. So tak suka, scroll laju-laju. Tapi jangan keluar lagi ! Sebab bebelan tak habis lagi ni. :p


Aik, ada 3 je? Yelah ! Da tu awok nak banyak mana lagi. Karang banyak-banyak bukan dia buat pun. Hehehe. Takde la. Sebab penjagaan untuk lelaki tak sesusah untuk wanita. Sangat mudah. So, dah ready untuk jadi "jejaka korea" ? Hehehe. Dah-dah. Ni semua untuk penampilan koranh juga.

Kalau korang bekerja, mestilah nakkan penampilan yang menyakinkan diri korang kan? So, inilah caranya. Jangan lupa buat. ^^



4 comments:

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D