Tips Untuk Memilih Nama Domain Untuk Blog

By Nurul Syahirah - Sunday, December 24, 2017

Tips Untuk Memilih Nama Domain Untuk Blog | Nama domain merupakan sebuah identiti yang unik untuk merujuk kepada blog kita. Sebagai contoh yang boleh Nurul bagi, nama domain untuk blog Nurul adalah www.syahirahvaliant.com. Ianya unik sebab hanya ada satu dan takde blog lain yang boleh menggunakan nama domain ni. Sebab domain ni memang kita punya. 

Jadi, pemilihan domain untuk blog korang amat penting dan korang kena fikir betul-betul nak letak nama apa. Ianya sama je macam kita nak letak nama dekat anak. Mesti take time kan. Sama juga dengan blog. Tapi nak pilih tu macam mana? Jangan risau ~ Jom Nurul share dengan korang ^^




Tips Untuk Memilih Nama Domain Untuk Blog

1. Trademark
Dalam proses pemilihan nama domain, perkara yang paling penting yang korang perlu ambil berat adalah trademark. Bagi Nurul, agak susah untuk kita letak nama domain yang berkaitan dengan trademark. Contoh la ye. Perkataan tu korang nak guna untuk daftarkan domain korang. Tapi dalam pada masa yang sama perkataan tu merupakan trademark untuk sesebuah syarikat.

Jadi, dalam proses untuk korang nak guna trademark mereka, korang kena minta izin terlebih dahulu. Jangan pakai je k. Maunya dianggap mencuri nanti. Lagi haru jadinya. So agak leceh dekat situ kan. Kalau company tu kasi takpe. Buatnya dia tak bagi? Buang masa kita je kan. So better kita cara nama yang betul-betul takde sangkut paut dengan mana-mana company.


2. Ringkas
Kalau boleh, cuba gunakan perkataan-perkataan yang ringkas untuk nama domain korang. Jangan pilih nama domain yang terlalu panjang tau sampaikan susah orang nak ingat. Dah cukup dengan satu atau dua patah perkataan sahaja. Lebih menarik kalau domain korang tu korang selitkan nama korang sendiri juga. So orang akan tertanya-tanya, siapa korang.

Contoh dari pengalaman Nurul la ye. Dulu Nurul tak kenal pun siapa blogger www.atiehilmi.com ni (minta mention akak cantik kita ni ye :p) Then Nurul tertanya siapa Atie Hilmi ni sebenarnya. Dan Allah pertemukan kami dengan pergi event sama-sama. First time jumpa, first time gi event sekali tau. Korang rasa? Hahaha. Tak sangka boleh jadi kawan kan. So, kalau korang nak orang tertanya siapa korang, letak la nama korang sikit. Hehehe


3. Catchy
Part ni sebenarnya agak susah juga la untuk Nurul masa first time nak pilih domain sendiri. Untuk memiih perkataan yang catchy, korang terlebih dahulu kena tahu niche yang korang nak sampaikan melalui blog korang. Cuba dapatkan perkataan yang sesuai dengan niche blog korang. Dalam pada masa yang sama, ianya akan membawa tarikan untuk pelawat datang ke blog korang tau.


4. SEO (Search Engine Optimization)
Salah satu cara untuk mendapatkan tarikan trafik yang tinggi adalah memilih perkataan yang mesra SEO. Nurul pun banyak kali tekankan pasal SEO ni kan. So, dalam pemilihan domain pun ada. Kemudian, untuk korang memilih domain, cukuplah untuk melambangkan identiti blog korang dan jangan sesekali korang letak simbol-simbol atau nombor ye. Cara ni akan memudahkan orang ramai lawat blog korang.


5. Nickname
Selalunya blogger yang menggunakan nickname memang nak orang ingat siapa dia. Contoh macam Nurul, Nurul gunakan nama Syahirah Valiant tu sebab dekat kolej dulu memang kawan-kawan bagi Nurul nickname tu selain kakak. Hahaha. Macam-macam kan. Then once Nurul nak pilih domain time tu, Nurul rasakan yang nickname Syahirah Valiant tu Nurul boleh buatkan sebagai nickname. Dalam erti kata lain, ingat nama blogger, ingatlah domain mereka.

Cumanya Nurul gelarkan Nurul dalam dunia blogger. Bukan Syahirah. Hehehe. :p


6. Ejaan
Selalunya terjadi kepada domain yang menggunakan perkataan Inggeris. Kadang-kadang tu akan mengelirukan pelawat untuk taip url blog korang. Lagi-lagi kalau perkataan yang digunakan tu sebutannya dekat-dekat seperti "eyes" atau "ice". So, bagi menggelakkan benda ni terjadi, gunakan perkataan yang ejannya tidak mengelirukan dan mudah untuk orang eja.


7. Kamus
Kalau korang nak gunakan nama korang cuma belakang tu korang nak letak nama lain tapi nama tu bermakna, korang boleh search dekat kamus. Ok, contoh macam Syahirah Valiant ni. Syahirah tu memang nama Nurul. Tapi Valiant tu korang tahu Nurul dapat dekat mana?

Hahaha. Dekat kamus la. Valiant tu dalam bahasa Sepanyol tak silap Nurul. Dan Valiant tu bermaksud berani. So, Nurul lambangkan diri Nurul berani nak buat apa sahaja bagi capai kejayaan dengan menggunakan nickname tersebut. Kamus pun boleh bantu kita tau ^^


8. dot COM, dot NET
Tips yang terakhir ni lebih berbentuk kepada pendapat Nurul sendiri. Korang tak perlu ikut sebab korang pun ada pendapat sendiri kan. Dalam pendaftaran untuk nama domain blog, Nurul hanya berminat nak menggunakan .com sebab ianya berbentuk informasi dan formal. Sebernarnya takde apa sangat pun. Semuanya terpulang pada korang nak gunakan yang mana satu.


Kalau korang dah suka nama domain yang korang nak, baik pergi daftar cepat-cepat sebelum orang lain yang ambil. Lambat renew pun orang lain boleh ambil tau. Ni lagi pula korang baru nak daftar. Kalau tak nanti, melepas lah korang nak guna domain pilihan sendiri. ^^



  • Share:

You Might Also Like

21 Comments

  1. Good tips Nurul. Cikla pun masih belum yakin guna domain sendiri. Blogspot dululah jwbnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. takpe, satu hari nanti cikla akan tukar kalau dah ready :D

      Delete
  2. Good info. Masa mama pilih domain mama dulu xtau lah main pilih aje. Tak taulah Ada komersial value ke idak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. alaaa.. mesti ada punya tu.. kalau tidak, takkan la kita pilih nama tu kan :D

      Delete
  3. nice tips nurul.. bagus. akak suka baca pasal ilmu blog ni.. <3

    ReplyDelete
  4. Berapa harga domain tu? Harga depends on apa ek? Hehe. Teringin nak ada domain sendiri.

    Btw jemput la singgah blog 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. takpe.. boleh je ada domain sendiri.. harga domain yang Nurul punya hanya RM55 sahaja untuk setahun :)

      Delete
  5. Nama domain ni penting.. Sebab dia kira macam kita punya brand.

    Kena pilih betul2.. kalau tukar2 memang effect kepada branding, pengunjung dan SEO secara langsung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. banyak lagi sebenarnya kena belajar pasal ni :D

      Delete
  6. cam best ad domain sendiri..tapi..tu la..hold dulu laa..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. takpe, dah ready nanti boleh ada domain sendiri :D

      Delete
  7. Baru tahu apa maksud valiant tuh..akak guna nama sendiri je..senang

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. kan ~ guna nama sendiri pun boleh je :D

      Delete
  8. belum terfikir lagi nk pakai domain tapi boleh jugak kan kalau aku baca entry nurul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. boleh je sis.. takde masalah ^^

      Delete
  9. k.fiezz guna nickname k.fiezz..domain .xyz (lain dri yg lain) and nama blogger - gabungan nama k.fiezz & en.hubby..hehe..semua media sosial guna nama yg sama..senang nak branding..

    ReplyDelete
  10. Bagus la tip-tip ni tengah pikir pasal nak tukar domain ni

    Erni Hasmiza

    ReplyDelete