Betulke Tidur Dengan Lampu Terbuka Boleh Menyebabkan Kanser?

By Nurul Syahirah - December 21, 2017

Betulke Tidur Dengan Lampu Terbuka Boleh Menyebabkan Kanser? | Aduyaiii ~ Nasib baik Nurul buat research pasal ni. Sebab Nurul memang tidur jenis buka lampu tau. Bukan lampu tidur. Tapi lampu utama tu. Korang rasa?

Sebab yes ! Memang diri ini penakut sangat. Sampaikan ibu abah dah belikan lampu tidur pun, masih tak boleh juga. Ibu pun selalu pesan, jangan tidur buka lampu sebab benda tu lah yang boleh menyebabkan kanser. Tapi adakah benda tu betul?

Image result for sleep with lamp

Terdedah kepada cahaya akan merangsang saraf di mata ke otak yang mengawal hormon, suhu badan dan beberapa fungsi yang lain dan ianya memberikan kesan kepada bagaimanan badan kita akan berehat dan bekerja. Terlalu banyak cahaya boleh menganggu kualiti tidur kita. Bahkan, berdasarkan satu kajian mendapati bahawa terlalu banyak terdedah kepada kitaran cahaya boleh menjejaskan kesihatan termasuklah meningkatkan risiko kemurungan.

Kalau boleh, buat rutin untuk tidur. Kurangkan terlelap di hadapan TV atau lupa untuk matikan lampu bilik. Seeloknya, korang berhenti daripada menggunakan sebarang peralatan elektronik 30-60 minit sebelum masuk tidur.


KENAPA TIDAK BOLEH TIDUR DENGAN LAMPU TERBUKA?

Bilik tidur zaman sekarang ni dipenuhi dengan lampu agar ia kelihatan lebih cantik dan romantik gitu ~ Cumanya benda ni pun boleh mengganggu kualiti tidur kita. Bila kualiti tidur kia terganggu, automatik sistem badan kita pun akan menjadi lemah.


TUTUP LAMPU SEBELUM TIDUR

Kajian mendapati bahawa tidur dengan lampu terbuka boleh mengurangkan kadar melatonin kita kepada 90 minit berbanding kita tidur dalam gelap. Apa yang lagi teruk, penggunaan peralatan elektronik sebelum tidur juga merupakan amalan yang tidak sihat.

Kebanyakan peralatan elektronik seperti smartphone, tablet dan komputer menggunakan light-emitting-diode (LED) yang merupakan sejenis cahaya yang boleh mengatasi melatonin. Kita pun pernah belajar juga kan bahawa cahaya biru ni sangat sensitif untuk mata kita. Boleh mengeringkan air dalam mata atau boleh menjadi katarak mata.


KAITAN CAHAYA DAN KANSER?

Yang paling menggerunkan adalah apabila gangguan tidur berlaku, ianya boleh membawa kepada sesetengah kanser. Namun ia masih dalam peringkat kajian kerana para pengkaji tidak mengetahui sebab utama.


LAMPU BIRU, KEMURUNGAN DAN IMUN

Terdedah kepada cahaya biru berlebihan terutama semasa tidur telah menyebabkan kemurungan ke atas tikus makmal iaitu perubahan sikap yang ketara adalah mereka tidak lagi suka minum air gula sepertimana dulu.

Terdedah kepada cahaya semasa tidur juga boleh mengganggu sistem imun manusia. Biasanya orang yang tidur dengan lampu terbuka akan senang rasa pening, loya dan muntah berbanding dengan orang yang tidur dalam gelap. (Baru perasan memang ye. Kena ubah gaya tidur pula lepas ni ~) Hal ini kerana badan kita sebenarnya memerlukan keadaan yang gelap untuk mendapatkan rehat yang sepenuhnya.


Ini pun sebagai peringatan untuk diri sendiri. Tapi ape pasal lah penakut sangat Nurul ni. Hahaha. Sebab daripada kecil memang tidur akan buka lampu. Sampai ibu abah pun tak tahu nak buat apa da. Alalala ~ Bila buat research memang menakutkan. So, semoga berjaya untuk tidur tutup lampu lepas ni :p



  • Share:

You Might Also Like

7 Comments