Telekung Qasha Trend Pada Masa Kini - Syahirah Valiant

December 01, 2017

Telekung Qasha Trend Pada Masa Kini

Telekung Qasha Trend Pada Masa Kini | Alhamdulillah. Event yang bagi Nurul merupakan event lain daripada yang lain tau. Memang Telekung Qasha ni dah banyak kali juga Nurul terdengar desas desus mengenainya. Cuma takde kesempatan lagi nak singgah. Dan akhirnya, peluang Nurul untuk menjejakkan kaki ke Butik Telekung Qasha dimakbulkan. Hehehe.

Ni pada pendapat Nurul la kan, Telekung Qasha ni merupakan bukan calang-calang telekung sebab kualiti dan designnya memang sangat-sangat terjaga. Kain dia lembut dan tak panas. Nurul tak suka sangat kalau pakai telekung yang boleh membuatkan ketiak kita berlecak. Hahaha. Tapi itu hakikatnya. Tapi bila pegang je kain Telekung Qasha ni, Nurul tahu kain dia memang lembut dan sejuk ^^


LATAR BELAKANG TELEKUNG QASHA

QASHA merupakan nama bapa pengasas iaitu Tuan Akashah Hj Abdul Samad (sedap nama tu. Hehehe). Demi mengenankan jasa arwah, Telekung Qasha melorekkan nama Akashah ke QASHA. Puan Hajah Azilah Akashah merupakan pengasas yang hebat untuk Telekung Qasha. Beliau berasal dari Perak. Beliau juga merupakan principal pada Azilah Properties. Mesti korang pernah dengar kan. Try recall balik ^^

Tagline yang penuh  semangat bagi Telekung Qasha ni sangat-sangat Nurul suka. "Bila Hati Berbicara" merupakan kata madah yang sangat sesuai mengikut ciri-ciri jualan.

Itu lah dia serba sedikit tentang latar belakang Telekung Qasha yang mempunyai tulang belakang yang sangat hebat. So sekarang ni jom kita hayati tentang produk-produk Telekung Qasha ^^


Telekung Qasha mengeluarkan 3 jenis telekung dan nama-nama telekung ini merupakan dari nama anak-anak pengasas. Wahhh. Sangat unik kan. Boleh dijadikan kenangan dengan nama-nama ni. Ketiga-tiga telekung ini dibezakan dengan bentuk mukanya dan setiap Telekung akan dikeluarkan mengikut kesesuaian pembeli atau pelanggan-pelanggan. Nak tahu apa nama Telekung Qasha ni? 

Diberi 3 nama iaitu :-
  • Telekung Tasha
  • Telekung Dalifa
  • Telekung Zulaika

RENDER

Render-render yang ditempah khas dijahit diatas kepala, dahi, badan dan kain telekung untuk melengkapkan serinya. Render dijahit di badan telekung dapat menghalang telekung daripada dibuai oleh angin pada tempat yang berangin. Render-rendernya dipilih khas dan ditempah khusus buat Telekung Qasha bagi menampakkan seri menawan, elegan dan berseri pada mereka yang memakainya. Telekung Qasha mempunyai ukiran khas yang ada di render kepala yang berbentuk "Q". Render-rendernya dihasilkan dari jenis kain kapas yang berkualiti dan diimport dari luar negara. Penjagaan Telekung Qasha ini terlalu mudah keranan bahan rendernya dari kain kapas yang bergred tinggi dan berkualiti.




KAIN

Bahan kainnya ditempah khas buat Telekung Qasha. Ia dari sejenis kain Spun polyster yang berkualiti dan warna putihnya sama padan dengan semua render-rendernya. Kain Telekung Qasha amat selesa dipakai di cuaca yang berbeza-beza tidak kira sejuk atau panas. Lagipun, ianya sangat mudah dibasuh menggunakan bahan pencuci dan air bersih. Kain Telekung Qasha juga ringan dan tidak jarang dan ianya sangat sesuai untuk dibawa solat.


So nampak sangat Telekung Qasha ni sangat special kan. Mana yang nak buat hantaran tu, memang molek sangat lah korang selitkan sekali Telekung Qasha ni ^^ Haaa. Ni Nurul nak bagitahu korang harga Telekung Qasha ni ^^


Harganya sangat sesuai dengan kualiti yang ada. Bila kualiti bagus, memang bagus la produk yang kita pakai tu. Dan jeng jeng jeng ~ Jangan lupa selitkan juga sebagai hantaran atau hadiah tau. Hehehe. Birthday ibu korang dah nak dekat? Meh la grab satu :D


Untuk sebarang maklumat, sila layari :



Alamat : 6-25-01, Jalan Medan PB8A, Seksyen 9, Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi

Hubungi : 03-8928 0699 / 019-268 7078


4 comments:

  1. Replies
    1. betul tu.. renda telekung qasha ni memang cantik ^^

      Delete
  2. Cantik renda telekung tuh. Kemas..

    ReplyDelete
  3. Kemas dan cantik renda pada telekung tuh

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D