Tasty Patty With The Hob Bangi

By Nurul Syahirah - December 08, 2017

Tasty Patty With The Hob Bangi | Nurul ni takkan terlepas dengan makanan. Hahaha. Memang sedar lah diri ni asyik makan je. Maklumlah, kerja blogger kena review bab makanan kan. ^^ Kalau korang tengok makanan dekat The Hob Bangi ni, memang confirm terliur tau :p


Pada 29 November 2017 yang lepas, Nurul dan para blogger berpeluang untuk singgah ke cafe Puan Azilah yang terletak di Bangi. Dekat je dengan butik telekung qasha beliau tau. Nama The Hob memang dah famous sekarang ni. Banyak sangat keistimewaan dan keunikan yang ada di Cafe The Hob ni tau.

Salah satunya cara rekaan dalaman The Hob ni. Memang stylo habis ! Hahaha. Boleh buat photoshoot gitu :D Rekaan dalaman yang dilukis khas oleh pekerja Puan Azilah. Kreatif sangat la. Lukisan yang dilukis hanya menggunakan kapur sahaja. 


Rekaan yang sangat mewah gitu ~ Hehehe. Nurul kalau dah dapat tengok hiasan dalaman yang macam ni, memang tenang je. Bagi Nurul, ianya sangat kemas dan minimal. Haaa, lagi satu, Cafe The Hob pun ada mengambil tempahan untuk membuat apa sahaja event. Maksudnya event yang korang nak buat tu boleh dibuat di dalam Cafe The Hob ni. Memang best la kan. Dengan suasana cafe yang ala-ala romantik ni. Birthday party pun sesuai ^^





Haaaa gitu ~ Makanan yang dihidangkan untuk kami. Sempoi betul Puan Azilah ni tau. Burger yang dihidangkan tu seriously la, buka mulut luas-luas pun tak muat. Hahaha. Last-last kita potong la kecik-kecik boleh muat mulut.

Keistimewaan yang ada di The Hob ni terletak pada patty burger tu tau. Daging patty tu dibuat sendiri dengan menggunakan resepi yang khas oleh Puan Azilah. Kiranya memang 100% resepi beliau. Secret recipe tu lah yang membuatkan burger tu istimewa ^^

Jadi, boleh lah korang singgah-singgah ke Cafe The Hob dengan family. Memang terbaik makanan yang akan korang dapat. Dan pastinya, akan buncit ! Hehehe :p


DETAILS CAFE THE HOB

Alamat : Jalan Medan PB 2A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Jam Beroperasi : 11.30AM - 10PM

No Telefon : 03-8926 8878




  • Share:

You Might Also Like

3 Comments