Pengalaman Membaca Novel Seram | Review Novel - Syahirah Valiant

December 09, 2017

Pengalaman Membaca Novel Seram | Review Novel

Pengalaman Membaca Novel Seram | Selalunya kalau kaitan dengan novel, mesti asyik novel cinta kan. Hehehe. Untuk pengetahuan korang, Nurul ni pernah menjadi kaki novel zaman kolej dulu. Berkotak-kotak novel Nurul habiskan baca. Hahaha. Nasib baik lah pointer ku masih cantik. Kalau tidak, mau novel tu kena rampas semua.

Tapi novel cintan cintun tu dulu. Sekarang ni tak berapa gemar sangat dah membaca novel gitu. Tapi sekarang ni macam dah tertarik dengan NOVEL HANTU ! Ayokkk. Diri sendiri pun bukannya berani sangat. Ada hati tu nak membaca novel seram-seram macam ni. Hehehe. Lepas baca tu, memang terbayang-bayang gitu ~ Tapi sebenarnya best tau cerita ni. Kita dapat tahu sesuatu yang selama ni kita tak nak ambil tahu pun. Padahal benda-benda tu semua ada di sekeliling kita. Ada salah satu novel yang Nurul baca dan Nurul rasakan benda tu sangat betul. Nak tahu apa benda? Tunggu ye ^^

Dan novel ni semua Nurul nak jual secara preloved pada siapa yang nak. Sebab nak bagi korang pula baca. Jangan risau, harga memang harga rugi ^^ Tapi ada postage la ye :D Kualiti buku jangan risau. Nurul jenis yang sangat pandai jaga kertas. Hehehe. Nurul akan jamin dengan kualiti buku sebiji dalam gambar Nurul tunjuk ni ye :)


Haaaa, semua ku borong dekat popular. Hehehe. Maklumlah, budak kalau dah rambang mata, semua benda dia nak kan. Lagi-lagi jenis Nurul yang suka sangat dengan buku. Sebenarnya zaman kolej dulu memang selalu nampak kawan-kawan Nurul baca buku prima ni. Memang novel seram pun. Tapi masa tu tak terbuka hati lagi untuk baca kan. Hehehe.

Hanya dalam masa 3 hari je dapat Nurul habiskan novel ni. Hahaha. Melampau sungguh. Tak skip ok ! Tak aci main skip-skip ni. Hehehe.

So far tiga-tiga buku ni memang sangat best dan sangat menyeramkan. Memang tak boleh nak baca time malam langsung tau. Lepas tu Nurul susah giler nak tidur. Ada sekali tu pukul 2 baru boleh lelapkan mata. Tapi tak habis dekat situ je. Bila nak lelapkan mata tu mula lah bayangkan bukan-bukan. Hahaha. Mengada kan ~ Alhamdulillah tak mimpi macam-macam. Lena je tidur sampai esoknya terlajak bangun nak gi kerja :p

Sekarang ni Nurul review satu demi satu buku ye. Mana tahu ada yang pernah baca kan ^^ Mana yang belum tu Nurul cabar korang untuk baca. Kalau berani tu takpe la. Mana yang tak kuat semangat macam Nurul ni, tak digalakkan tau. Hehehe :D


1. MEREMANG (Ninie Othman)


SINOPSIS

Kematian tunang yang bakal dinikahinya dua minggu lagi merupakan satu titik hitam dalam hidup Zamia Izaiqa. Selepas kematian Mohd Azriq, Zamia Izaiqa sering diganggu dengan kejadian-kejadian pelik. Sentiasa menghantui alam lena dan jaganya. Dia bertindak melarikan diri ke banglo biru yang terletak jauh di Terengganu untuk menenangkan perasaannya yang terseksa. Banglo biru memberikannya ketenangan yang dicari-cari dan memulihkan semangat yang semakin pergi daripada hidupnya. Kehadiran Mak Tam menambahkan perasaan bahagia selama dia berada di situ. Namun, di sebalik kebahagiaan itu, terselit sejuta rahsia dan mula terbongkar satu demi satu.

Ok, novel ni dah jadi favourite Nurul walaupun ianya seram. Hehehe. Sebenarnya bila Nurul baca novel ni, Nurul dapat throwback balik saat-saat Nurul jatuh dulu selepas kehilangan seorang lelaki yang Nurul sayang. Moral daripada cerita ni, kita kena redha dengan ketentuan Allah. Sebab itu yang terbaik untuk kita. Bila kita tak redha, akan ada macam-macam gangguan yang menjadikan kita tak bergantung pada Allah. Lebih mudah macam Zamia Izaiqa ni lah. Dia bergantung dengan banglo biru yang seolah-olah ianya dapat memulihkan dia sedangkan dia sepatutnya bergantung pada Allah.

Lagipun memang ada benda halus yang mengacau dia. Jadi dengan perasaan dia yang sedih dan bercampur aduk dengan bisikan syaitan, semuanya akan menjadikan dia tak sedar siapa diri dia. Dan dalam novel ni mengingatkan kita supaya jangan buat sesuatu yang bodoh bila berada di tempat orang. Di sebalik kematian Mohd Azriq sebenarnya terselit kenapa dia jadi macam tu sebelum dia meninggal. Syaitan dan iblis ni pun membahayakan untuk kita. 

Dalam cerita ini, Mohd Azriq dipercayai telah "mengotorkan" tempat makhluk tersebut. So korang faham-faham la kan. Memang Nurul selalu dengar atok nenek Nurul cakap, jangan kencing merata lagi-lagi bagi lelaki. Sebab dekat luar sana kita tak tahu tempat makhluk tersebut beranak pinak. Lebih kurang tempat tinggal mereka. Macam kita juga lah, kita akan marah kalau orang kacau rumah kita. Dan makhluk tu pun sama.

Eh, dah-dah. Nanti spoil pula korang nak baca kan. Hehehe.

"Mama takkan benarkan Mia balik sana, Danny. Banglo tu tak elok!" - Puan Hatila

"Hampir semua orang kampung pernah nampak, dengar dan kena kacau dengan iblis-iblis kat banglo tu." - Imriz

"Azriq cakap dia diganggu sebab kotorkan pokok besar kat belakang rumah tu. Lepas tu dia ada cadang kat tunang dia supaya tebang pokok tu." - Fakhrul

"Keturunan kau tu milik aku ! Kau tahu tak? Aku akan rampas anak yang ada kat dalam perut kau tu!"

HARGA ASAL : RM23.00

HARGA PRELOVED : RM13.00



2. JANGAN BIAR DIA MASUK (A.Darwisy)


SINOPSIS

Laqqus, keturunan syaitan yang tugasnya menghasut manusia agar mensyirikkan Allah. Apa yang dialami keluarga Anje dan Adika adalah permainan halus syaitan ini. Daripada benih pasangan suami isteri inilah, lahir tiga zuriat yang mana salah seorangnya berjaya digelapkan imannya. Bermacam kerosakan telah dilakukan hingga Kampung Tenung Bulan tidak lagi aman damai. Khurafat bermaharajalela. Amalan ilmu hitam bertuan dihidupkan.

Maya, gadis Kuala Lumpur yang tidak tahu tentang asal usul keturunannya menjadi mangsa. Dia dan kawan-kawannya, Defi, Suraya, Laila dan Rafidah dihantui dengan satu persatu siri kejadiakn aneh dan menyeramkan. Hinggalah salah seorang daripada mereka dirogol dan dibunuh dengan sadis bagi menyempurnakan amalan ilmu hitam itu. Mereka ketakuran. Datang Haris sebagai penyelamat. Datang Inspektor Intan cuba membantu. Tetapi, mereka tidak sedar satu perkara. Permainan syaitan itu cukup licik dan mengelirukan ! Berjayakah lima sekawan merungkai kisah di sebalik yang berlaku? Apa pula kaitan mereka dengan Anje dan Andika? Kampung Tenung Bulan, apakah misterinya?

Korang pernah dengar tentang orang minyak kan? Orang minyak yang merogol dan membunuh anak gadis dengan begitu sadis. Nurul pun tak tahu sejauh mana kebenarannya. Tapi biasa lah kan. Orang dulu-dulu punya kepercayaan. Sebenarnya ianya bermula daripada benda-benda syirik. Novel ni ada sangkut paut dengan keturunan mereka yang lama. Maksudnya atok nenek moyang mereka. Orang dulu-dulu kan memang kuat dengan kepercayaan ni semua. Semuanya bermula daripada dendam.

Dalam tak sedar, angkara benda ni semua ada dekat dengan mereka berlima. Ayokk ! Siapa tu? Hehehe. Tu korang kena lah baca ye. Novel ni pun bagi Nurul best. Ianya berkaitan dengan iman kita. Sekuat mana iman kita untuk terus selamat daripada amalan syirik. Bukan setakat zaman dulu je. Zaman sekarang yang dah moden ni pun berlambak lagi kan. Cerita banyak sangat throwback nya. Hahaha. Jadi, cerita yang banyak throwback ni korang jangan skip tau. Nanti tak faham jalan ceritanya. Dan ada 2 orang daripada mereka berlima akan menjadi mangsa iblis ni. Siapa? Baca sendiri. :p

"Sebelum tu, kami terdengar satu bunyi aneh. Bunyi muzik gamelan. Entah dari mana. Tiba-tiba kau pulak seperti dirasuk sesuatu. Kau menari ...." - Maya

"Selang satu keturunan, pasti ada pertemuan dan kematian!" - Ambarsari

"Dengan manusia, kita lawan dengan kudrat. Dengan syaitan, kita tentang dengan ayat-ayat suci al-Quran." - Darma

HARGA ASAL : RM31.00

HARGA PRELOVED : RM20.00



3. KAKAK KEMBOJA (Naim Tamdjis)


SINOPSIS

Siti adalah seorang ibu tunggal telah dihalau oleh emak mentua dan abang iparnya dari rumah peninggalan suaminya. Bersama anaknya, Johari yang berusia sembilan tahun, mereka berdua terpaksa berpindah ke sebuah rumah flat di Bandar Baru Bangi kerana dia bekerja di salah sebuah kilang di sana.

Memandangkan Siti sering bekerja lebih masa pada setiap malam minggu, maka tinggallah Johari seorang diri di rumah. Johari sentiasa terdengar bunyi aneh dan gangguan sama ada dari dalam atau luar rumahnya. Pada suatu hari, Johari menyiasat dari mana datangnya bunyi aneh itu dan dia terserempak dengan Kaka Kemboja. Mereka berdua menjadi 'kawan' sejak hari itu dan Kakak Kemboja berjanji akan melindungi Johari.

Cerita ni pula berkaitan dengan budak-budak. Budak-budak ni mata dia lain macam sikit. Kadang-kadang dengan mudah je mereka boleh nampak. Siap boleh berkawan lagi tau. Bila benda tu dah sayang dekat budak tersebut, memang jenuh la nak lepas. Sama juga macam cerita dalam ni. Kakak Kemboja merupakan kawan misteri kepada Johari. Sehinggakan makhluk ni nak ambil Johari daripada ibunya sebab dah sayang dengan budak ni.

Bahaya kan. Dari pemahaman Nurul, jangan sesekali anak-anak atau adik kita terasa sunyi sebab mereka akan berhalusinasi sendiri sehingga tanpa kita sedar, ianya akan memudaratkan. Ajak mereka berbual dan selami hati mereka. Seperti Johari, Johari bosan sebab ibunya selalu kerja malam dan dia sorang-sorang je dekat rumah sehingga terdetik hatinya nak berkawan. Iblis dan syaitan ni memang licik. Bila kita sunyi, lebih mudah makhluk ni nak takluki kita. Tapi apa yang penting, kuatkan diri dengan zikir Allah.

"Adik, tolong abang. Abang ada hutang dengan adik. Tolong abang, dik." - Hantu Salleh

"Aku selalu tengok dia cakap seorang diri. Kadang-kadang macam berbisik." - Khamis Al Jafri

"Akak kan dah janji nak jaga adik?" - Kakak Kemboja

HARGA ASAL : RM28.00

HARGA PRELOVED : RM15.00


Fuhhh ~ Penat juga nak throwback balik apa yang Nurul baca ni. Hahaha. Jadi, pada sesiapa yang nak buku preloved ni, boleh la direct contact Nurul ye. Kualiti jangan risau. Memang cantik lagi bukunya. Siap ada bookmark lagi tau ^^


Boleh contact Nurul melalui :

Email : syahirahvaliant@gmail.com

Whatsapp : 017-357 5871



12 comments:

  1. fuhh...3 sekali...hebat..thumbs up Nurul

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. kan.. sekali baca memang banyak.. kalau dah malas memang tak berusik.. :p

      Delete
  2. Mcm best tp akak xde kekuatan nak baca la.. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. takpe2.. kalau tak kuat memang tak digalakkan..

      Delete
  3. rajinnya membaca, huhu minat baca novel but nowadays mcm sah tadak masa :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. betul tu.. ni pun curi-curi masa untuk baca :D

      Delete
  4. wow tiga novel ni nampak macam best je jalan cerita dia. Kalau jumpa nanti nak baca lah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. kena baca ni.. sebab memang best :D

      Delete
  5. Bestkan meremang tu.. yang lain akak tak baca lagi. Tak berani hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. best sangat2.. try la kak.. tapi kena berani la :D

      Delete
  6. Sha dah baca ketiga-tiga novel ini.. Memang best.. Jangan Biar Dia Masuk ada sambungan tau.. Silalah baca.. Memang meremang bulu roma.. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, ada sambungan ke.. sambungan dia yang mana kak?

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D