Kenapa Makeup Remover Penting Walaupun Tidak Bermakeup - Syahirah Valiant

December 06, 2017

Kenapa Makeup Remover Penting Walaupun Tidak Bermakeup

Kenapa Makeup Remover Penting Walaupun Tidak Bermakeup | Orang kata lepas pakai makeup, kita kena cuci betul-betul. Jangan sampai lubang pori kita tersumbat. Nanti senang je kawan-kawan jerawat nak bina rumah dekat muka kita.

Tapi sebenarnya kan, makeup remover ni bukanlah setakat orang yang pakai makeup je kena guna. Tapi kita yang tak makeup pun kena guna makeup remover ni tau. Tapi kenapa? Haaaa. Jangan korang tak tahu ye, muka kita ni penuh dengan segala benda kotoran yang melekat. Kalau setakat basuh tu je, memang tak lut la sayang oiii. Kena juga pentingkan makeup remover ni ^^

face, girls, and garnier image

Kebiasaanya, orang yang perlukan makeup remover ni nakkan kulit mereka betul-betul bersih selepas seharian mengenakan solekan. Ianya sangat penting untuk elakkan pori-pori muka tersumbat dengan kotoran. Tapi, realitinya kulit muka kita sememangnya sentiasa terdedah dengan pelbagai jenis kotoran tak kira lah secara langsung atau dari bahan solekan, air, udara ataupun dengan sentuhan.

Baru tahu?

Sebab tu lah selain kita bersihkan muka dengan pencuci, makeup remover sangat penting untuk bersihkan kotoran-kotoran dengan lebih effective gitu ~ Muka pun akan glowing-glowing nanti tau. Kalau korang biarkan je kotoran tu melekat dekat muka sampai pori tersumbat, memang keturunan bernama jerawat tu akan singgah dekat muka korang tanpa segan silu ~


FUNGSI SEBENAR MAKEUP REMOVER
Membersihkan segala kotoran dan habuk yang melekat serta bahan-bahan kosmetik, bedak, sunblock lotion yang digunakan pada wajah. Juga dapat mengurangkan risiko ditumbuhi jerawat, blackhead, whitehead dan lain-lain akibat daripada penyumbatan pori-pori kulit dengan kotoran. Merangsang proses penggantian sel-sel baru melalui penyingkiran sel-sel kulit lama yang telah mati.


BILA MASA YANG SESUAI UNTUK GUNAKAN MAKEUP REMOVER?
Secara umumnya, kita patut bersihkan muka pada dua waktu berikut :-

Sebelum masuk tidur pada waktu malam - untuk menanggalkan segala kotoran, habuk dan alat kosmetik yang kita pakai pada siang hari.

Semasa bangun pagi - untuk menanggalkan minyak (sebum) dan peluh yang terkumpul pada permukaan kulit semasa kita tidur pada waktu malam. Kulit pun automatik akan jadi lebih segar.


Jadi, dah tahu kan kenapa walaupun kita tak bermakeup, kita tetap perlu menggunakan makeup remover ni. Nak cantik, kena lah rajin-rajin sikit tau. Hehehe. Dah, gi beli makeup remover dekat farmasi cepat, murah tau. Memang mampu milik sangat. Nampak tak, bukan semua kaedah nak cantik akan membebankan kita ^^


7 comments:

  1. nice sharing.. betul tu even akk lepas cuci pakat toner pun masih ada lagi kotoran kt muka

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. apa lagi kalau tak pakai toner, memang banyak kotoran yang melekat..

      Delete
  2. Thank you for sharing kak Nurul! :)

    ReplyDelete
  3. wah !! bila baca entri ni baru perasan yang akak ni tak de lansung mekap remover.. hee~ pakai basic H shaklee jek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. pakai basic H tu untuk base je kak.. standby makeup remover jugak :D

      Delete
  4. thanks for the info!

    follow sini

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D