Kenapa Kita Perlu Ada Domain Sendiri?

By Nurul Syahirah - December 22, 2017

Kenapa Kita Perlu Ada Domain Sendiri? | Domain ~ Blogger semua mesti lah dah tahu kan dan ramai dah sekarang ni beralih untuk mempunyai domain sendiri dan termasuklah diri Nurul sendiri. Sebab apa? Nanti kita story ye.

Nak lah cerita sikit dengan korang tentang proses Nurul menukar nama blog ke .com atau dikenali sebagai mempunyai domain sendiri. Pada mulanya memang seriously Nurul tak nak pun tukar domain tu sebab fikir kita kena renew setiap tahun. Rasa berat sangat setiap tahun tu. Mana taknya, time tu budak-budak lagi. Mana nak ada duit bulanan atau tahunan kan. So ikutkan cerita, memang dah lama sangat Nurul nak ada domain sendiri.

Awal tahun 2017 iaitu pada bulan januari, Nurul pun tukar lah url blog Nurul daripada www.syahirahvaliant.blogspot.com kepada www.syahirahvaliant.com (Nak juga kekalkan nama SYAHIRAH VALIANT tu. Hehehe) Yes ! So baru Nurul sedar yang bila kita ada domain sendiri, kita rasa macam wow sangat dalam dunia blogging tau. Nampak lebih profesional.

Image result for domain


Untuk blogger yang takut-takut nak ada domain sendiri tu, jangan takut k. Trust me. Korang akan suka dengan domain korang dan akan lebih bersemangat untuk terus berkarya. So jom Nurul share dengan korang kenapa kita sebagai blogger perlu ada domain sendiri.


1. Melambangkan Identiti
Nama domain boleh dijadikan sebagai lambang identiti korang di alam blog. Sebagai contoh la ye. Nickname atau bukan nickname la. Macam nama favourite Nurul adalah Syahirah Valiant. Mesti orang tertanya-tanya siapa Syahirah Valiant ni. Sebab Nurul kenalkan diri sebagai Nurul, bukan nama Syahirah tu. So secara automatik orang akan search di google dengan nama Syahirah Valiant.

Jadi, dalam google tersebut, akan jumpa lah blog Nurul yang bilis lagi ni. Jadi, itu lah identiti kita. Bukan setakat tu je tau. Domain ni pun boleh dijadikan sebagai branding untuk produk keluaran korang kalau korang membuat bisnes seperti ebook. So bila dah ada domain, lebih mudah korang nak pasarkan ebook tersebut.


2. Nampak Lebih Profesional
Dengan adanya domain nama sendiri, blog korang akan nampak lebih profesional. Cuba korang tengok blog otai-otai. Kebanyakannya memang menggunakan domain nama sendiri sebab ianya akan nampak lebih profesional.

So bila ada syarikat nak bekerjasama dengan kita, mereka akan tengok dulu sama ada kita ada domain ataupun tidak. Dan bila ada, lagi lumayan lah bayaran yang akan kita terima. So bila ada domain nama sendiri akan menampakkan kita bukan setakat berblogging secara suka-suka malah lebih kepada kita bekerja. Best kan?


3. Meningkatkan Peluang Pengiklanan
Macam points dekat atas juga. Ada sesetengah company, bukan setengah la. Hampir semua company kalau nak bekerjasama dengan blogger, mereka akan tengok sama ada blogger tersebut ada domain nama sendiri atau sekadar menggunakan url blogspot sahaja.

Pageviews dah cantik, tapi domain pula takde. So korang dah rugi dekat situ kan. Makanya, pergi lah tukar domain korang tu cepat-cepat ye ^^ Grab peluang yang ada depan mata sekarang juga.


4. Mudah Diingat Dan Dikenali
Ni complicated sikit nak faham. Walaupun kita dah mengambil keputusan nak ada domain, tapi kita kena berjaga-jaga dengan pemilihan nama domain tersebut. Contohnya, antara www.syahirahvaliant.nurulsyahirah.com dengan wwww.syahirahvaliant.com, yang mana satu orang akan mudah ingat?

Nurul yakin, sudah semestinya www.syahirahvaliant.com kan. Sebab ianya nama yang simple dan sesuai untuk dijadikan nama domain yang official.


5. Penting Untuk SEO
Ini memang Nurul tegaskan dekat korang sangat-sangat. Memang ada yang blog menggunakan url blogspot je tapi termasuk dalam first page google. Cumanya ia tak nampak professional sangat. Lagi satu, kalau kita ada domain sendiri, orang lain lebih mudah je search nama tersebut dan google akan paparkan.


Sebagai contoh, bila Nurul search je Syahirah Valiant dekat tab incognito, semua benda tentang Syahirah Valiant akan keluar. Mula dari blog sampai lah facebook. Instagram tak keluar sebab Nurul tak letak nama instagram Nurul, Syahirah Valiant.


So, korang dah faham kan kenapa kita sebagai blogger kena ada domain sendiri. Ramai yang tanya Nurul beli domain dekat mana. Nurul beli dekat DataKL setahun hanya RM55 sahaja dengan perlindungan security. 

Dah nak tahun baru ni, apa kata korang tukar domain korang juga. In Sha Allah, ianya sangat-sangat berbaloi dan korang takkan menyesal. Caye la cakap Nurul k ^^ Yang penting, nak berjaya kita kena usaha. Betul tak?



  • Share:

You Might Also Like

20 Comments