Jom Rewang 2018 Untuk Bakal Pengantin Yang Inginkan Perkahwinan Eksklusif

By Nurul Syahirah - December 09, 2017

Jom Rewang 2018 Untuk Bakal Pengantin Yang Inginkan Perkahwinan Eksklusif | Musim kahwin sungguh bulan cuti sekolah ni kan. Hehehe. Lumrah ~ Memang pack dengan kenduri kendara perkahwinan kalau time-time gini. Sebab memang itu lah masa yang sesuai pun kan.

Bila majlis dah semakin tiba, bakal pegantin dah dup dap dup dap menunggu masa. Sanak saudara dan keluarga pun dah sibuk nak menguruskan pelbagai benda. Al-maklumlah kan, masa yang sangat ditunggu-tunggukan. Tapi sebelum persiapan apa semua tu, mesti lah kita kena cari vendor atau butik mana yang menyediakan servis perkahwinan kan? Contoh untuk cari baju, cincin, catering atau nak buat kelainan sikit, kita adakan kereta untuk majlis kahwin nanti.

Eh, ada ke yang buat servis macam tu? Mesti lah ada ~ Haaaa, tak tahu kan. Tapi sebelum Nurul bercerita panjang, Nurul nak share dengan korang tentang Jom Rewang 2018 kerjasama antara Puspawangi Event Management dan Kerja Kahwin. Style betul nama nya. Jadi, bakal pegantin sekalian, korang kena baca elok-elok tau. Peluang untuk korang dapatkan servis yang murah tapi hasil majlis nanti memang terbaik ^^


Nama pun Jom Rewang 2018 kan, makanya memang akan diadakan pada bulan Januari 2018. Jadi pada bakal penganti semua, kena book kosongkan tarikh tu cepat-cepat tau. Korang wajib pergi event ni untuk cari vendor-vendor yang akan menyediakan servis untuk majlis korang nanti.

Lupa pula nak inform, para vendor yang nak buka booth dekat sini pun boleh. Tapi vendor yang berkaitan dengan perkahwinan la tau ^^ Sebarang pertanyaan lanjut korang boleh direct email atau whatsapp Nurul sahaja ye. Call malas nak angkat. Hehehe.

Email : syahirahvaliant@gmail.com

Whatsapp : 017-357 5871


Ok, jom kita teruskan briefing tentang Jom Rewang 2018 ni. Nurul pun excited nak cerita dekat korang. Sebenarnya event cenggini memang jarang kita boleh jumpa lagi-lagi untuk bakal pengantin. Semua benda kena cari sendiri. Tapi dengan adanya event macam ni, lebih memudahkan bakal pengantin untuk memilih vendor mana yang korang suka ^^


JOM REWANG 2018

Jom Rewang 2018 merupakan pameran pengantin yang menyediajan servis persiapan perkahwinan untuk pengunjung yang bakal berkahwin. Siapa yang ada plan nak langsungkan perkahwinan pada tahun depan, memang elok sangatlah korang pakat dengan pasangan untuk singgah ke event ni ye.


Antara Tarikan Utama Event Jom Rewang 2018 :-

  • Lebih kurang 30 buah syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan persandingan akan hadir untuk membuat pameran di Plaza Alam Sentral. Perkhidmatan termasuklah melukis henna, khidmat andaman, butik pakaian pegantin, fotografi, katering, persiapan pelamin, hantaran dan sebagainya.

  • 300 syarikat perkahwinan dari seluruh pelusuk negara akan mengiklankan perkhidmatan mereka di event ini melalui penggunaan montaj. Pengunjung yang bekerja dan menetap di Shah Alam dan kawasan sekitar misalnya boleh mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan perkahwinan yang ada di negeri mana mereka ingin melangsungkan perkahwinan. Mereka tidak perlu mengambil cuti kerja dan balik kampung semata-mata untuk menguruskan persiapan perkahwinan di negeri asal masing-masing kerana kini mereka boleh berhubung dan berurusan secara atas talian dengan syarikat perkhidmatan perkahwinan di sana.

  • Kemudahan kawasan parkir yang mudah dan murah dalam bangunan kompleks membeli-belah Plaza Alam Sentral.

  • Digalakkan untuk mereka yang merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada tahun 2018 dan berikutnya.

Jom Kahwin Team

Memang rezeki betul untuk bakal pengantin kan. Tak perlu lagi pening-pening nak memikirkan tentang persiapan perkahwinan. Penat pun dapat dikurangkan. Cuma keluarkan duit je la. Hehehe ^^ Ingat, jangan membazir ye. Disebabkan selalunya perempuan yang bakal rambang mata, bakal suami kena selalu beringat ye. Tak pasal-pasal semua dia nak nanti. :p



Ini merupakan antara vendor-vendor yang terlibat. Servis ni semua korang boleh dapatkan di event Jom Rewang 2018 nanti. Tapi kalau nak usha awal-awal, boleh je singgah laman web mereka. Nanti Nurul inform link di akhir entri ni ye ^^



Sekitar event yang lepas. Memang meriah lah kan. Mata pun dah melilau nak pilih mana sebab vendor pun dah banyak sangat. Hehehe. Bagus lah ada banyak pilihan. Mudah untuk kita pilih mana yang sesuai untuk majlis kita nanti.

Jangan lupa kosongkan jadual korang pada 26-28 Januari 2018 untuk hadirkan diri ke event ini tau. In Sha Allah, Nurul doakan persiapan dan majlis korang dipermudahkan. Amin :D Jangan lupa jemput nanti. Hehehe. Dah lama sangat tak makan nasi minyak. :p


Sebarang Pertanyaan Lanjut :




  • Share:

You Might Also Like

1 Comments