Jenis-Jenis Planner

By Nurul Syahirah - December 02, 2017

Jenis-Jenis Planner | Mungkin sharing kali ni akan membuatkan korang baru tahu sebenarnya planner ada banyak jenis. Hehehe. Yes, planner sememangnya mempunyai pelbagai size dan warna. Tinggal kita pilih je ikut kesesuaian dan keselesaan kita.

Entri sebelum ni Nurul dah share dengan korang tentang diy planner menggunakan notebook. Yes, korang pun boleh design planner korang hanya dengan menggunakan notebook je. Ini untuk sesiapa yang mahukan penjimatan. Hehehe. Sebab notebook kan murah dan mudah didapat. Asalkan kita boleh menulis di dalamnya.

Image result for journal planner

Ok, tak mau buat menggunakan notebook? Takpe-takpe, jom korang pilih planner mana yang bakal menarik hati korang untuk memilikinya ^^

1. Ring Bound Planner

Image result for ring bound planner

Ia adalah sejenis planner yang paling banyak digunakan sekarang ni. Sebab planner ni mempunyai banyak poket untuk kita letakkan segala aksesori planner kita. Sangat convenience untuk di bawa ke mana sahaja. Lagipun, planner jenis ini akan memudahkan kita untuk menukar ganti inserts yang kita nak. Nak tambah pun mudah. Tinggal tekan je ring bound tu, nanti ring tu akan terbuka. Dan ring bound planner ni pun disediakan dengan pelbagai size seperti A4, A5, Personal (A6), Pocket dan Mini. 


2. Book Bound Planner

Image result for book bound planner

Jenis planner ini sangat mudah dijumpai di kedai atau kedai online. Planner ini lebih kurang berbentuk seperti buku biasa. Kelebihan menggunakan book bound planner adalah kita tak perlu lagi nak membeli inserts atau nak lukis-lukis isi planner tu sebab semuanya dah tersedia. Korang tinggal isi je planner korang tu. Tapi, kelemahannya pula, agak sukar untuk kita customize planner kita ikut citarasa sebab ianya dah siap tersedia. Kalau korang malas nak DIY lagi, memang molek sangat korang pilih planner jenis ni ^^


3. Spiral Bound Planner

Related image

Ok, planner jenis ni pun sangat mudah dijumpai macam book bound planner tadi. Planner ni semua dah tersedia dan kita cuma tinggal isi je detailsnya. Kesukaran dia juga sama seperti book bound planner di mana kita tak boleh nak customize planner kita. Design apa semua dah fixed. Tapi jenis ini lebih mudah digunakan berbanding dengan book bound planner sebab tepi buku tak renyuk sebab adanya spiral ring.


4. Traveler's Notebook

Image result for traveller notebook planner

Traveller's Notebook merupakan sistem planner dimana kita boleh memasukkan buku-buku atau dikenali sebagai inserts ke dalam bekasnya sebanyak mana kita nak. Yeahhh ! Yang ini memang diguna pakai sekarang. Nurul pun suka dengan planner ni sebab kita boleh masukkan inserts tambahan kalau kita nak seberapa banyak yang kita nak. Memang convenience sangat dengan sizenya.


5. Discbound Planner

Image result for discbound planner

Nurul sangat tak boleh guna planner ni sebab senang tertanggal kertasnya. Hahaha. Kita lasak kan. Mana boleh guna jenis ni. Kalau kita tengok, discbound planner ni sama je dengan spiral bound planner. Tapi sebenarnya tak. Discbound planner kita boleh menukar inserts yang kita nak. Kalau spiral tak boleh. Tapi yang bestnya planner ni, tepi planner tu korang boleh buat sendiri je. Sangat mudah ^^


So, itulah dia jenis-jenis planner yang kita boleh gunakan. Pilihan Nurul adalah traveller's notebook. Hehehe. Korang pula macam mana? ^^


  • Share:

You Might Also Like

10 Comments