Island BBQ Steamboat | Bonding Time With Family

By Nurul Syahirah - December 29, 2017

Island BBQ Steamboat Kampung Melayu Subang | Sekian lama planning dengan ibu nak belanja family makan steamboat dekat sini, akhirnya tercapai juga setelah beberapa kali cancel disebabkan adik Nurul nombor 2 tu kerja malam.

Time ibu tanya pasal steambot ni, ingatkan Nurul tak pernah pergi. Rupanya pernah sebab masa pra-praktikal dulu bos belanja. Hehehe. Tempat ni bagi Nurul boleh lah best sebab kawasannya yang cantik dan luas. Tapi jap ! Hehehe. Nurul review ni atas pendapat Nurul dan family tau. Kalau korang nak tahu sendiri, korang kena pergi sendiri nanti. ^^

Image result for island steamboat bbq

Kawasan Islan Steamboat ni memang sangat best. Bila malam tu sejuk je sebab berada dalam kawasn kampung. Tempat yang sangat sesuai untuk ahli keluarga lepak-lepak. Cumanya, sebelum nak pergi, kena reserve dulu tau. Jangan menonong je pergi. Hehehe. Nanti tak dapat tempat pula.

Korang boleh direct call 012-680 0041. Tapi reserve kena cepat tau. Cepat sangat full. Nurul ni dah 3 kali nak reserve sebab tak dapat. Full punya pasal la. Kali ketiga baru berjaya nak reserve. Itu pun Nurul reserve untuk keesokan harinya. Kalau tempat dah full, korang faham-faham la ye betapa bestnya tempat dia ^^

Image result for island steamboat bbq

Antara hidangan yang ada. Memang korang akan rambang mata yeeee ~ So far makanan dia tak lah boring sangat. Memang ada banyak pilihan. Lagi-lagi mee-mee tu. Hahaha. Nurul kerja nak mengambil mee je sebab sedap k ! Seafood, ayam dan daging pun banyak. Sayur pun memang segar-segar.


Dah tak sabar nak pergi? Hehehe. Ingat ! Jangan lupa reserve dulu ye.


Image result for island steamboat bbq

Okay, ni rate harga yang ditawarkan. Harga pun tidak lah mahal mana. Memang ok sangat dah tu untuk seorang. Sebab Nurul pernah pergi steamboat yang harganya lagi mahal tau. So bagi Nurul harga dia memang dah ok. Atau mungkin ada yang lagi murah? Hehehe. Suggest cepat. :p

Cuti sekolah dah nak habis kan. Sebelum habis tu, apa kata bawa family korang pergi makan-makan sini :D Dan.... Hari tu punya la khusyuk makan, tak sempat nak bergambar pun. Lagipun berasap dan muka pun masing-masing berminyak, pakat semua tak nak bergambar. Hahaha. Jangan lupa terjah ye ^^


RESTORAN ISLAND BBQ STEAMBOAT

ALAMAT : Lot 3370, Jalan Kemboja U5, Kampung Melayu Subang, Selangor, 40150 Shah Alam.

WAKTU OPERASI : 6pm - 11pm (Selasa hingga Ahad)

CONTACT : 012-680 0041



  • Share:

You Might Also Like

6 Comments