Cari Kebaikan Dalam Pasangan

By Nurul Syahirah - December 13, 2017

Cari Kebaikan Dalam Pasangan | Semua orang nak bahagia. Allah dah cipta manusia ni untuk berpasangan. Jadi, mesti pasangan kita tu mempunyai karakter yang ada kita tak tahu. Atau mungkin karakter yang sangat kontra dengan kita. Sebab tu kita diajar untuk menerima apa jua perangai pasangan kita tu dengan hati yang ikhlas.

Sebab manusia tak ada yang sempurna. Sebab tu Allah jadikan kita untuk berpasangan supaya melengkapi antara satu sama lain. Untuk kita cari di mana kebaikan yang ada pada pasangan kita. Jangan fikirkan tentang keburukan ye. ^^


1. Jika Pasangan Sibuk Dengan Kerja. 

Nak buat macam mana kan kalau kita dah dapat pasangan yang jenis workaholic sangat ni. Tapi kita kena bersyukur tau yang pasangan korang bukan jenis alcoholic. Atau terlampau sibuk dengan perkara lain atau paling mudah, berfoya-foya. Kadang-kala tu memang akan terkesan apabila pasangan kita tu selalu je missed acara-acara atau terlupa hari-hari penting kita atau paling menyakitkan bila terpaksa batalkan temujanji dengan korang atas urusan kerja. Kalau benda ni selalu terjadi, ini masanya untuk korang berbincang dengan cara yang baik dengan pasangan korang.

Dan daripada pihak korang, korang pandanglah semangat workaholic pasangan korang ini sebagai kegigihan yang boleh dicontohi anak-anak kelak dalam mengejar cita-cita. Pasangan korang tu bekerja bukan untuk diri dia seorang. Untuk masa depan korang dan keluarga juga. Betul tak?


2. Jika Pasangan Membebel

Membebel ni bukan je khas untuk perempuan je tau, malah lelaki pun ada yang suka membebel. Namun korang janganlah terus tutup telinga, buat tak tahu je atau suruh pasangan diam terus. Nanti lagi dia marah. Memang faham kadang-kadang tu agak bingit juga. Tapi korang cubalah cari isi penting dalam bebelan pasangan korang tu. Mesti ada punya lah.

Lepas tu, bila korang tengok pasangan korang tu syok membebel, mesti ada part yang dia tersasul. Kalau nak gelak time tu, gelak je. Boleh break the tension. Pasangan korang mungkin menegur dengan cara yang lain daripada anda atau paling kurang diaorang ni suka huraikan teguran mereka. Namun mereka membebel ni sebab diaorang care dengan korang. Takde orang yang suka membebel dekat orang yang mereka benci dan tidak sayang.


3. Jika Pasangan "Under Achiever"

Korang mungkin ada pendidikan atau karier atau gaji yang lebih baik daripada pasangan korang. Kadang kala ada juga saudara mara atau kawan yang membandingkan korang berdua. Janganlah korang rasa malu pula dengan pasangan. Anggap sahaja pasangan korang belum jumpa potensi dan kebolehan sebenar dirinya. 

Atau mungkin pasangan korang ada potensi dan kebolehan, yang tiada cuma peluang untuk diaorang buktikan. Teruskan menyokong pasangan korang. Selagi ada usaha, tekad, keazaman yang tinggi dan dengan izin Allah, pasangan korang tentu boleh turut sama mencapai kejayaan setanding dengan korang.


4. Jika Pasangan Suka Tanya Banyak-Banyak

 Jika korang jenis yang cepat rimas, mungkin benda ni akan jadi masalah untuk korang. Sebab apa? Mana taknya kalau dia tanya dan terus bertanya. Tapi korang janganlah melenting ye. Cuba cakap elok-elok. Tapi, jika korang masih di tahap yang boleh terima, korang pandang apa yang dia tanya tu sebagai satu cara pasangan korang tunjuk yang dia tengah care tentang korang. 

Mungkin nak cakap "I Love You" hari-hari nanti macam dah bosan kan atau berat sangat nak cakap terutamanya untuk yang acah-acah macho tu. :p Jadi mereka tunjuk dengan himpunan soalan-soalan.


5. Jika Pasangan Cemburu

Kalau kadang-kadang tu pasangan korang cemburu ni sebenarnya agak comel kan? Lagi-lagi disebabkan perkara yang korang sendiri tak duga. Macam manalah dia boleh rasa tergugat sebab korang gelak-gelak bila bercakap dengan kawannya? Atau korang mention pasal kawan sekerja korang. Atau bila kawan berlainan jantina bagi korang nickname. (Eh, kalau Nurul pun Nurul akan jelessss :p)

Tapi kan, selagi pasangan korang bukanlah jenis "jealous freak", korang anggap je yang pasangan korang ada rasa risau untuk kehilangan korang. Bukannya dia tak percayakan korang atau nak rasa macam tu. Rasa cemburu ni sebenarnya timbul kerana dia rasa rendah diri berbanding orang dicemburui itu.


6. Jika Pasangan Masih Belajar Untuk Menjadi Lebih Baik

Tak semua orang dah tip top dalam segenap aspek sebelum berkahwin terutamanya dalam aspek agama. Mungkin yang asas dah memuaskan tapi selalunya masih ada ruang untuk diperbaiki. Tapi janganlah korang pandang sinis pasangan korang tu pasal hal ni. Yang penting, pasangan korang masih mahu belajar untuk menjadi hamba yang baik kepada Maha Pencipta.

Jika ada yang salah atau boleh ditegur, lakukan secara berhemah ye. Aplikasi agama bukan sahaja dalam menjalankan tanggungjawab kepada Yang Esa, tapi hal-hal kehidupan juga. Sama-samalah korang belajar dan mengajar satu sama lain. ^^


Sebenarnya apa yang Nurul faham dalam keadaan ni, kita kena terima pasangan kita walaupun perangai dia opposite daripada kita. Saling melengkapi supaya ianya sempurna :D



  • Share:

You Might Also Like

2 Comments