Cara Untuk Konsisten Blogging - Syahirah Valiant

December 11, 2017

Cara Untuk Konsisten Blogging

Cara Untuk Konsisten Blogging | Blogger makin hari makin tumbuh bak cendawan. Makin ramai yang melibatkan diri sebagai blogger yang aktif sejak kebelakangan ni. Betul tak? Pelbagai niat dan hala tuju bila dah menjadi seorang blogger.

Ada yang melibatkan diri sebagai blogger atas tujuan nak publishkan buku. Ada yang nak jadi influencer terkenal atau ada yang nak jadi seorang blogger sebagai part time mereka. Semuanya bersangkut paut dengan income kan. Yes ! Ramai sekarang ni jadikan blog sebagai kerja mereka yang kedua. Dan tidak ketinggalan Nurul juga. Hehehe ^^ 

Dunia blogger ni bukan setakat dunia biasa. Kita kena bertanding secara sihat dengan blogger-blogger yang lain. Kalau awak rajin, awak akan dapat habuan awak. Kalau awak malas, memang takat tu je la awak duduk. So, pilihan di tangan masing-masing. :D


Suka sangat Nurul sharing dengan korang mengenai pengalaman. Pengalaman macam mana Nurul berada di dalam dunia ini. Bagi Nurul, dunia blogger ni sangat kompleks. Sebab apa? Sebab dari sehari ke sehari kita perlu mencari idea nak post apa dalam blog ni. Takkan nak biar blog tak berupdate berbulan-bulan kan. Haaaa. Jadi, entri kali ni ada kaitan dengan diri seorang blogger.

Kali ni Nurul nak share dengan korang cara untuk konsisten blogging. Kalau sesuatu tu korang dah suka, kenapa korang tak konsisten? Konsisten ni sebagai kunci untuk korang berjaya tau sebenarnya. Jadi, sila ajar diri korang untuk konsisten kalau korang betul-betul nak berjaya dalam dunia blogger. Tapi macam mana? Meh baca sharing yang tak berapa sharing dari Nurul ni :p


CARA UNTUK KONSISTEN BLOGGING

1. Rajin
Tengah malas? Jangan buka tab blogger ni. Nanti korang scroll-scroll je. Hehehe. Takde la ~ Rajin merupakan kunci first sekali untuk korang ada semangat konsisten. Kenapa Nurul cakap macam tu? Yes ! Kalau kita rajin, semua kerja jalan. Cuba kalau kita malas, apa akan jadi? Renung-renungkanlah ye.

Rajin merupakan sesuatu yang kita tak perlu ajar pun. Kita cuma kena terapkan dalam diri je. Bila dah jadi seorang blogger, korang kena rajinkan otak korang untuk berfikir. Berfikir nak update apa hari ni. Ada gambar apa yang kita nak share. Dan macam-macam lagi lah. Paling mudah, dengan adanya rajin, semua keje jalan ^^


2. Catat Entri Yang Hendak Dibuat
Benda ni memang setiap kali tips, Nurul akan ulang je kan. Hehehe. Yes ! Benda ni sesuatu yang sangat penting untuk seorang blogger. Takde planner untuk menulis? Malas nak bawa buku merata untuk catat? Cukup lah sekadar ada handphone dekat tangan tu. Dalam handphone tu korang catat apa yang terlintas di kepala.

Contoh macam kita tengah keluar dengan family, pergi satu restoran ni, pada masa tu lah korang boleh cari keistimewaan restoran tersebut. Restoran tu ada sediakan makanan apa. Lebih kurang balik nanti korang kena buat review tentang restoran tu. Share dengan orang ramai tentang pengalaman korang dekat restoran tu. Mana tahu ada yang tengah mencari maklumat kan. Sebab tu sebelum korang terlupa apa yang korang nak update, korang catat points-points penting terlebih dahulu.


3. Schedule
Nurul faham kita semua ni ada banyak komitmen. Sama ada yang sudah berkahwin ataupun belum. Masing-masing ada komitmen yang membantutkan niat korang untuk konsisten. Tapi sebenarnya itu bukanlah satu alasan yang korang kena layan tau. Apa guna blogger adakan sistem schedule post. Schedule post tu la sesuatu yang korang kena guna sebaik mungkin sebelum korang busy.

Contohnya, mungkin sabtu ahad adalah masa korang bercinta dengan laptop sekejap. Sekejap pun jadilah. Then pada masa ni lah korang kena perah otak korang untuk update entri sebanyak mana yang korang mampu. Setakat dua atau tiga entri sehari pun dah ok. Maksudnya untuk 3 entri tu korang boleh schedule kan untuk hari Isnin, Selasa atau mungkin Khamis. Jadi, blog korang takkan sunyi tanpa ada sebarang post baru.


4. Penceritaan
Penceritaan ni merupakan trademark untuk orang mengenali diri kita. Kenapa macam tu? Sebab daripada penulisan dan penceritaan tu lah orang akan tahu diri kita macam mana. Siapa kita. Orang yang membaca blog kita ni pun belum tentu kenal kita kan. Sebab main google je. So daripada situlah peluang kita untuk tackle hati si pembaca. 

Tackle hati mereka dengan cara penceritaan kita tersendiri. Bila kita dah berjaya tackle hati si pembaca, dengan secara automatiknya, si pembaca tersebut akan berulang balik ke blog kita. Dan dari situ kita akan ada semangat untuk konsisten dengan cara penceritaan kita sendiri.


So, itu sahaja yang Nurul dapat share dengan korang based on experience Nurul sendiri. Jangan risau. Benda atas ni semua Nurul dah buat da pun dan Nurul dah jumpa hasilnya. Takkan korang tak nak? Mesti lah nak kan. Sebenarnya semua mengambil masa. Nak berjaya pun ambil masa. Tapi kita kena kuatkan diri untuk capai sesuatu yang kita nak. Kemanisan tengah tunggu kita di penghujung. Percayalah ~ ^^

Lagi satu, kalau korang terlalu sibuk tapi nak blog korang selalu berupdate, korang boleh gunakan khidmat freelancer untuk update blog korang. Tapiiiiiiiii. Kemanisan dalam berblogging tu takde. Hahaha. So, tak payah ! :p


31 comments:

  1. Good sharing. Betul tu semua awak tulis..

    ReplyDelete
  2. Tau.. tp kadang2 jd bodoh nak tulisnapanheheh

    ReplyDelete
  3. Hana lah salah satunya blogger yg sedng mengaktifkan diri dlm dunia blog ni.Thanks for the tips! ^^

    ReplyDelete
  4. Betul dear .. zaman dolu² k.sal rajinla..la ni..waduhhhh...'handbag' dah ada 4..tp bila ada peluang dan ruang..dunia blogging tetap dihati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. itu biasa lagi2 dah ada anak ni.. dah ada peluang nak dating dengan laptop tu, gunakan je :D

      Delete
  5. setuju2. selalunya BV catat dulu kalau rajin, takpun taip sikit2 dalam word. :D
    nice sharing! :)

    ReplyDelete
  6. betul tu!jadi blogger selalu kena fikir nak buat entry apa. kalau buntu sangat join je ga blogger. dapat buat juga entry di blog!hehehe

    ReplyDelete
  7. good read and points. same here.
    i definitely agreed with everything.

    ReplyDelete
  8. Bila baca blok Nurul mmg boleh terbanyang kemanisan dan kelembutan Nurul. Kita pernah bertemu sekali harap selepas ni dapat jumpa lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak.. hehehe.. thank you sis idayu.. semoga berjumpa lagi kita nanti ye :D

      Delete
  9. Point 1 tu yg paling susah nak achieve. Kadang2 dah depan laptop, nak start menaip dah tetiba malas pulak. Hihi
    Anyway nice tips, thanks for sharing !

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes ! betul tu.. bila malas menguasai diri, memang tak jalan keje kita tu.. :D

      Delete
  10. Betul tu.. nice sharing... mood kite tanak balik ni.. canerrr ???

    ReplyDelete
  11. hurm good info tapi sometimes nak karang ayat tu.... mcm susah haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. tak susah.. cuma ambil masa je :D

      Delete
  12. nak berjaya dalam apapun mesti kena rajin.

    ReplyDelete
  13. Akak pun buat catatan dekat buku. Nak publish entry psl apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. lebih mudah untuk kita tahu entri apa kita nak buat :D

      Delete
  14. Terima kasih atas tips ni.. Memang saya nampak nurul antara mereka yang konsisten berblogging.. memang hebat..

    yeah

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2.. Alhamdulillah.. Nurul pun masih baru lagi :D

      Delete
  15. Good info . Update blog kena konsisten kan . At least 1 entri pun dah ok , kalau ada idea oleh lebihkan entei dua atau tiga dalam sehari

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes.. betul tu.. sebab tu semua mempengaruhi pv kita.. melainkan blog tu dah otai :D

      Delete
  16. Selalu buat yang no 3 tu menggunakan apps Blogger.. Mudah untuk konsisten update entry..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. Nurul guna apps tu asyik ke draft je.. lagi suka update dekat laptop..

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D