Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa - Syahirah Valiant

December 16, 2017

Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa

Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa | Hati sedang kecewa dan terluka? Hati sedang sangat lemah, tidak tenang? Di dalam dunia ni tiada siapa yang nakkan rasa kecewa dan terluka. Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini. Merasa lemah dan tidak tenang sehinggakan air mata tinggal menunggu masa untuk menitis.

Cinta itu ada pasang surutnya. Setiap pertemuan pasti akan bertemu dengan perpisahan. Perpisahan yang tak sanggup untuk kita hadapi. Namun bukan semua masalah kekecewaan berlaku kerana percintaan dan masalah jodoh. Ada juga yang kecewa mungkin kerana perkara lain. Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibu bapa atau mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak-anak kita.

Pendek kata memang banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk dan membuatkan kita merasa lemah. Tapi semua tu kita boleh atasi dengan beberapa cara. Jom kita tengok apa cara tersebut ^^


Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa

Kita nak mengelak daripada kelihatan lemah dan berpura-pura yang kita ni kuat. Kita tersenyum tetapi dalam hati takde siapa yang tahu betapa peritnya apa yang kita rasa. Tapi... Sampai bila kita perlu berpura-pura?

Kita ingat, kita semua ni adalah manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan. Ada perasaan lemah dan duka. Mungkin disaat korang sedang membaca apa yang Nurul coretkan ini, korang sedang merasa lemah dan kecewa. Hati yang tidak tenang. Memang tak best kan ada perasaan macam tu. Dah-dah, tak mau sedih-sedih dan kecewa lagi. Bangkit dan korang kena kuat ! Jom baca serba sedikit sharing daripada Nurul ni :D


1. Membaca Surah Yassin

Mungkin selama ni kita kurang membaca Al-Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini. Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan rasa tidak tenang. Makanya, kita kena kembali menghidupkan amalan ini.

Surah Yassin mempunyai aura yang mampu menenangkan hati. Masa tengah baca tu rasa nak menangis? Menangis je. Luahkan dengan mengalunkan bacaan tersebut. In Sha Allah, semuanya akan tenang. 

Tapi macam mana kalau tengah haid? Takpe, korang dengar je orang baca surah ni ataupun buka je apps. Sekarang kan banyak. Dekat youtube pun berlambak. Tinggal korang pilih je.



2. Solat Sunat Tahajjud

Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud ini adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.

Pada raakat pertama, bacalah Al-Fatihah. Kemudian, bacalah surah Al-Kafirun dan rakaat kedua bacalah Al-Fatihah serta disusuli dengan surah Al-Ikhlas.

Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya. Buat mengikut kesanggupan dan kemampuan kita sendiri dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika korang rasa berat nak buat banyak-banyak, memadailah sekadar dua rakaat.

Kemudian. berdoalah apa sahaja yang korang nak. Adukan segala masalah korang time ni juga. Nak menangis? Teruskan. Lepaskan semuanya. In Sha Allah, lepas tu korang akan tenang.


**Tips Mudah Untuk Bangun**

  • Berwudhuk sebelum tidur
  • Baca surah Al-Mulk sekurang-kurangnya 10 ayat
  • Baca doa tidur dan niat dalam hati "Ya Allah, aku memohon kepada Mu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa pada Mu."
  • Kunci jam


3. Banyakkan Istighfar Dan Berzikir

  • La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
  • Hasbunallaah wa ni'mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)

Tapi kena ingat ye. Zikir bukan sahaja di mulut tapi kena sampai ke hati masing-masing.



4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kekecewaan

Ini penting kepada mereka yang baru je mengalami putus cinta atau tunang. Sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan korang sebak. Kalau boleh, elakkan daripada mendengar lagu yang bertemakan putus cinta atau kecewa ni.

Kita nak tenangkan hati. Bukan untuk menyesakkan hati lagi. Betul tak?

Jadi, kalau boleh dengar lah lagu Baby Shark ke. Atau buka video yang kelakar-kelakar. In Sha Allah, korang akan ok walaupun ianya akan mengambil masa. 



5. Sentiasalah Mengingati Allah

Yes ! Ini paling penting. Sentiasa mengingati Allah. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walau apa pun terjadi. Cuma kita je sebagai manusia sombong denganNya.

Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Ingat, semuanya ada hikmah yang akan korang nampak.

Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah bagi tu adalah agar kita kembali mengingatiNya. 


Kita kena usaha untuk gembirakan hati sendiri. Kalau bukan kita, siapa lagi kan. Memang semuanya akan mengambil masa. Tapi korang kena ingat akan ada kemanisan yang bakal terjadi. In Sha Allah ^^



4 comments:

  1. good advice. slain tu boleh keluar jalan2, tengok pemandangan, buat aktiviti yg kita suka

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D