Cara Semak Nombor Pendaftaran Produk Dengan KKM - Syahirah Valiant

December 25, 2017

Cara Semak Nombor Pendaftaran Produk Dengan KKM

Cara Semak Nombor Pendaftaran Produk Dengan KKM | Sebelum kita nak makan atau pakai sesuatu produk, mesti lah kita kena check nombor pendaftaran mereka terlebih dahulu. Jangan korang main guna je tau. Sebab akan effect kesihatan korang pada masa akan datang.

Dan untuk blogger yang selalu ambil review produk, korang pun kena check nombor pendaftaran kkm terlebih dahulu. Nama pun produk kecantikan atau apa je supplement, yang selamat mestilah dah diiktiraf oleh KKM. Betul tak? So jom kita tengok macam mana kita boleh check nombor pendaftaran produk tersebut dengan KKM.

Image result for lab doctor

Sebenarnya banyak sangat produk dekat luar sana terjual tanpa ada pengesahan KKM. Jadi, kita sebagai pengguna kena lebih bijak daripada penjual tau. Sebab kita yang akan guna produk tersebut. Mereka cuma fikirkan keuntungan sahaja. Takkan fikir baik buruk penggunanya.

So sebelum kita nak beli, dapatkan nombor pendaftaran atau dapatkan nama produk tersebut dan kita check dekat laman web KKM. Sangat mudah sekarang ni kan.


Cara Semak Nombor Pendaftaran Produk Dengan KKM

1. Website National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA)


2. Lakukan Carian Produk


Korang akan ke halaman macam ni.

  • Korang boleh lakukan carian untuk produk kosmetik dan juga produk selain kosmetik contohnya macam supplement dan ubatan tradisional. Pilih mana yang korang nak.
  • Carian pula boleh dilakukan berdasarkan nama produk, no pendaftaran produk, pengilang, pengimport dan macam-macam lagi. Selalunya orang akan cari menggunakan nama produk atau no pendaftaran.
  • Tapi sebelum korang buat semakan, dapatkan no pendaftaran produk tersebut terlebih dahulu ye.
Contoh Produk Kosmetik

Nombor siri KKM pada produk kecantikan biasanya akan bermula dengan perkataan NOT<nombor pendaftaran>


Contoh No KKM Untuk Produk Kesihatan

Nombor siri KKM pada produk kesihatan biasanya akan bermula dengan perkataan MAL<nombor pendaftaran>


Berikut adalah kod rujukan untuk produk :-

  • A : Scheduled poisons
  • X : Non-scheduled poisons (over the counter products)
  • T : Traditional Medicines
  • C : Contract Manufactured
  • E : Export Only
  • R : Repacked
  • S : Second Source
  • N : Health Supplement
  • H : Veterinary
  • Z : Zero Rated GST
  • Y : Orphan Products

So, jangan biarkan diri kita ditipu tau. Pernah dengar kan jadi pengguna yang bijak? Sekarang ni orang nak lariskan produk dengan pelbagai cara termasuklah menipu. Dan jadikan diri korang bukan jenis yang mudah ditipu. Nurul pernah ada pengalaman pakai produk sampaikan muka Nurul breakout teruk. Lepas tu baru lah nak check and produk tu memang takde dalam sistem KKM pun. So lepas tu terus fobia. Sebelum nak guna tu memang Nurul akan check betul-betul dan buat research sikit.

Tak rugi pun kalau kita buat research sikit sebab kita yang nak guna nanti ^^



6 comments:

  1. Terbaik!
    Tapi ramai orang malas nak check benda2 macam ni Nrul. Trend sekrang, diorang lebih percayakan kata2 seller berbanding staf kesihatan..huu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. Nurul pun perasan benda tu.. percaya je bulat2 apa yang seller cakap..

      Delete
  2. Info yang sangat berguna. Thanks Syahirah. ^_^

    Salam perkenalan..I'm a new blogger from blog S Diaries. Do follow my update at http://missbunnydiaries.blogspot.my/2017/12/year-end-giveaway-by-husnieyhusain.html

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D