Cara Buat Duit Dengan Blog

By Nurul Syahirah - Thursday, December 21, 2017

Cara Buat Duit Dengan Blog | Platform blog bukan macam dulu dah. Sekarang ni blog makin lama makin maju dengan berkembangnya blogger. Perasan tak?

Sesiapa yang ada blog sememangnya menjadikan blog mereka sebagai tempat untuk mereka mengeluarkan idea-idea yang terbuku. Memang best sebenarnya menjadi seorang penulis ni. Macam-macam yang kita akan explore nanti. Tapi korang tahu tak sebenarnya blog ni pun boleh menjadi sebuah platform untuk kita menjana pendapatan sampingan. Iye ~ Tak tipu. Jom kita tengok cara apa yang korang boleh buat untuk menjana income dengan blog ^^


Tapi sebelum korang berminat nak buat duit melalui blog, korang kena ingat beberapa peraturan ni. Kalau korang ikut, In Sha Allah korang akan berjaya buat duit dengan blog ^^


1. Kandungan Dan Perhubungan Diperlukan
Perkara yang penting dalam blog ni adalah untuk mencipta kandungan yang luar biasa dan membentuk hubungan dengan blogger lain. Kalau korang baru nak bermula blogging, tumpukan pada dua aspek ni terlebih dahulu.


2. Kepercayaan Pembaca Lebih Penting Daripada Membuat Duit
Memang buat duit tu penting. Tapi korang kena fikir dulu sama ada job yang korang dapat dan akan dishare tu memberi manfaat kepada pembaca atau tidak. Jangan mementingkan wang semata-mata sebab kalau takde pembaca dekat blog kita, blog kita tak bermakna sama sekali.


3. Jangan Fikir Blog Boleh Buat Kita Kaya Dengan Cepat
Kalau korang fikir nak blogging sebab nak duit semata-mata, korang takkan lama dalam dunia blog ni. Sebab nanti bila tak dapat, korang akan bosan dan terus give up. Sebenarnya semua ni take time. Jangan nak gelojoh sangat ye. Yang penting usaha dan jangan pernah berputus asa.


Cara Buat Duit Dengan Blog

1. Ads
Strategi yang pertama atau paling mudah adalah dengan meletakkan iklan di sidebar atau header blog. (Tempat yang mudah orang nampak). Contohnya macam Adsense dan Nuffnang. Tapi bukan tu je tau. Malah ada blogger-blogger yang mengambil upah di mana produk atau syarikat tertentu nak sewa tapak iklan di dalam blog tersebut. So kita boleh ambil upah terhadap iklan tersebut. Mungkin selama sebulan atau beberapa bulan. Itu depends pada kita.

Cumanya sebelum nak mengambil upah iklan, kita kena tengok pageviews blog kita dulu la ye. Korang boleh baca SINI untuk tahu macam mana nak naikkan pageviews korang secara mendadak ! Hehehe :D


2. Affiliates
Kaedah ni pun boleh juga. Contoh macam Lazada Affiliates. Yang ini pun memang ramai blogger gunakan. Untung pun boleh tahan la. Cumanya Nurul ni tak berapa reti dengan affiliates. So Nurul ambil keputusan tak buat pun. Hehehe. Masih dalam menuntut ilmu tentang affiliates. Tapi bukan ini je tau. Banyak lagi syarikat yang menyediakan perkhidmatan affiliates. Tinggal kita je pilih.


3. Sponsored Post
Contoh macam post Nurul yang INI dan INI. Syarikat tersebut nak kita letak post yang berkaitan dengan syarikat dan kita akan dapat bayaran. Bayaran pula memang company dah peruntukan untuk setiap blogger yang mereka cari. Ini pun sangat untung.

Cumanya Nurul lebih suka tambah-tambah lagi ayat gaya Nurul sebab orang yang membaca boleh tahu itu penulisan kita. Ni lebih unik la. Bukan setakat copy paste je. Tapi depends pada korang nak buat macam mana ^^


4. Produk
Cara ini pun memang ramai sangat blogger dah buat dan dah dapat hasilnya. Korang boleh bekerjasama dengan mana-mana company. Contoh macam Althea atau Enchanteur. Korang hanya perlu review produk mereka dan share di semua media sosial yang ada. Siapa yang suka makeup-makeup ni, memang sesuai guna kaedah ni. Pakejkan sekali dengan video di youtube tau.

Cara ni ada sesetengah company hanya beri produk sahaja dan ada yang beri wang tunai sekali. Tapi semuanya sangat-sangat worth it untuk naikkan nama blog korang. In Sha Allah, semuanya akan ada hasil atas usaha korang.


5. Perkhidmatan
Ok, last sekali ~ Eh, da last sekali lahhhh. Hehehe. Perkhidmatan ni sangat meluas. Contoh paling mudah dengan mengambil tempahan edit blog. Macam Sis Awa kita ^^ http://www.sishawa.com/ . Ataupun korang ada kepakaran untuk mengajar, korang boleh buat coaching tentang blog. Atau apa jua coaching la. Ikut kepakaran korang.


Buat duit dengan blog ni sebenarnya subjektif. Jangan nak fikir keuntungan je ye. Kalau korang fikir macam tu, once korang tak dapat,korang akan giveup dan apa yang korang buat terputus tengah jalan je. So tak mau k. Kalau kita usaha, kita akan dapat.

Macam Nurul pun, Nurul tak expect pun boleh buat duit dengan blog sebabnya tak terfikir langsung. Hehehe. Then bila tengok kawan-kawan blogger dah buat, why not kita pun buat kan. Dan ternyata ianya memang berhasil dengan usaha dan doa. Jadi, korang pun boleh ^^


p/s : Kalau korang ada sebarang pertanyaan tentang blog, planner, kecantikan dan seangkatan dengan niche Nurul ni, korang boleh terus contact Nurul ye. Segala details contact ada dekat sidebar Nurul ^^


  • Share:

You Might Also Like

10 Comments

  1. tringin nk tmbh side income dgn blog ni..cuma rasa mcm susah jer nk buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak susah pun sebenarnya.. kena cuba dulu :D

      Delete
  2. dah try affiliate tapi macam tak pandai lagi. Dengan SushiVid pun tak pandai haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. Nurul pun.. affiliate pun tak pandai nak guna..

      Delete
  3. Wahhh terima kasih Nurul. Memang naik semangat bila baca entri Nurul tulis ni. Akak ni tak reti sangat nak berblog, tulis pun kadang kelaut biru. Hehehe:D . But serius rasa ada motivasi lepas baca blog post ni untuk perbaiki part yang kureng dekat blog akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. takpe kak.. semuanya ambil masa ^^

      Delete
  4. Poin 1 sampai poin 3 yes sangat penting dalam blogging. Semua Asyraf dah buat kecuali servis sebab memang takde kepakaran apa apa pasal blog. Tu sebab takut nak tulis pasal blog. Kalau tulis pun just untuk bacaan umum bukan tutorial spesifik .. Thanks Nurul, nice sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaaa.. jangan lah takut.. cuba dulu and you will know :D

      Delete