Apa Yang Perlu Ada Dalam Planner

By Nurul Syahirah - December 08, 2017

Apa Yang Perlu Ada Dalam Planner | Jeng jeng jeng ~ Ramai dah yang nak guna planner untuk tahun 2018 ni. Alhamdulillah ~ Makin lama kita berlatih buat macam ni, makin teratur urusan harian kita tau. Tapi yang penting, jangan plan je tapi tak buat. Haaa, kalau gitu memang bukan planning la sayang oiii. Pastikan buat tau.

Ada yang bertanya dekat Nurul, dia nak buat planner DIY sebab lagi puas hati dengan hasil kerja sendiri. Tapi satu je masalahnya. Dalam planner tu nak letak apa? Ayokkk ! Hehehe. Jangan risau. Nurul akan share dengan korang benda basic yang perlu ada dalam planner. Sebenarnya semua ni depends pada korang nak letak apa. Tapi takpe, ni Nurul bagi sekadar menambah idea korang la ye ^^


APA YANG PERLU ADA DALAM PLANNER

Memandangkan planner ni ramai juga blogger yang menggunakannya, Nurul akan share dengan korang ruangan khas untuk blogger ye ^^

aesthetics, books, and fashionable image

1. Monthly Plan
Monthly plan ni Nurul tengok memang majoriti guna berbanding dengan weekly plan sebab ianya simple je. Just glance pada bulan tu and kita boleh letak dalam kotak tu kalau ada info penting. Contoh macam birthday atau event yang korang ada pada bulan tersebut.

And macam biasa ~ Boleh lah tambah-tambah sticker comel. Hehehe. Mana yang suka benda simple tu, Nurul sarankan korang guna monthly plan. Sangat mudah tau. Tapi untuk Nurul, Nurul pilih untuk menggunakan weekly plan sebab Nurul suka letak macam-macam benda. ^^


Image result for contact information planner

2. Contact Information
Contact information merupakan part paling perlu dalam planner korang. Kenapa? Ianya boleh dijadikan sebagai rujukan in case kalau korang ada apa-apa emergency. Jadi apa-apa dekat kita pun, orang lain boleh rujuk. Sebab planner kan kita bawa ke mana sahaja.

Boleh je letak dalam fon. Tapi satu je kelemahannya ! Handphone kita kan ada password. Ingat orang tu tahu ke password awak? Haru kan? Hehehe. Jadi, itulah function planner. Lagi-lagi untuk girls. Memang digalakkan korang guna. 


3. Blog Planner



Ini contoh yang Nurul selalu gunakan dalam planner Nurul. Nurul asingkan ikut minggu. So dalam tu Nurul letak ideas untuk details yang Nurul akan update. So Nurul tinggal huraikan je points-points yang ada. Macam entri ni pun, Nurul letak dalam tu. Kiranya macam brainstorming la kan ^^

And Nurul letak juga notes yang akan ada atau plan yang akan Nurul buat untuk blog Nurul ni. Dah ada ruang-ruang tu semua kira senang dah. Nanti tinggal bawa pen dekat luar and tulis je. And tak lupa juga untuk bahagian invitation dan juga review. Itu pun penting untuk Nurul monitor mana yang tak dapat payment lagi dan juga event mana yang tak up entri lagi. See, senang kan sebenarnya kita nak susun aturan aktiviti seharian kita ^^


Image result for to do list planner journal

4. To Do List
To do list ni kalau korang dah sekalikan dengan monthly plan tu, tak perlu lagi khas untuk 1 muka surat. Depends pada korang. Tapi kalau Nurul, memang kena ada. Hahaha. kalau tidak, memang akan lupa minggu tu kena buat apa. Ataupun berterabur aktiviti Nurul. So, Nurul prefer untuk buat to do list mengikut hari. Lebih mudah untuk korang tengok.

To do list ni korang boleh letak aktiviti apa yang korang kena buat. Contoh la kan, untuk hari Jumaat, kena update blog, basuh baju, baca Al-Quran dan lain-lain. Untuk sesuatu yang selalu korang buat. Ataupun boleh letak aktiviti yang korang kena pergi pada hari tu. Contohnya majlis kahwin jiran. Pun boleh letak tau. Then kalau dah settle pergi atau settle task tu, tick kan je. Senang kan ^^


Image result for shopping list planner journal

5. Shopping List
List ni memang akan tiap minggu Nurul buat. Hahaha. Memandangkan Nurul ni memang kaki shopping, terpaksa adakan list ni sebab kalau takde, memang tak control la perbelanjaan Nurul tu. Haihhh ! Teruk kan. Hehehe. Nak buat macam mana kan. Sebab tu kalau korang nak control shopping, korang boleh letak list ni. Pastikan sesuatu yang korang guna untuk reward diri sendiri atau sesuatu yang perlu sahaja.

Jangan nak dok bantai letak semua satu page list shopping korang tu. Hahaha. Tu memang nak kena tu. Then dekat ruangan ni korang letak la sikit-sikit corak yang menarik. Fakta ! Manusia suka tengok sesuatu yang menarik. Jadi, bila planner korang cantik, korang akan nak selalu buka planner tu ^^


Related image

6. Diaries
Ni pun ada juga sesetengah orang letak. Tapi Nurul tak. Hahaha. Jenis orang yang suka pendam, jadi memang takde diari apa semua la. Kalau sedih, stress, tidur ! Senang. Hehehe.

Tapi kalau korang nak letak bahagian diaries pun boleh ~ Kiranya tempat untuk korang meluahkan perasaan. Boleh lah letak gambar-gambar yang menarik atau gambar yang mengikut mood korang tu. 


So, inilah serba sedikit benda yang korang boleh letak dalam planner korang. Sebenarnya benda ni random je untuk korang letak atau tidak. Banyak lagi pilihan lain. Apa yang korang rasa penting, korang letak je.

Jap jap ~ Sebelum korang tekan PANGKAH dekat blog Nurul tu, ni ada tips sikit untuk korang. Hehehe :D IDEA-IDEA UNTUK MEMBUAT PLANNER TANPA PEMBAZIRAN



  • Share:

You Might Also Like

4 Comments