Alasan-Alasan Yang Biasa Digunakan Untuk Mendapatkan MC

By Nurul Syahirah - December 14, 2017

Alasan-Alasan Yang Biasa Digunakan Untuk Mendapatkan MC | Eh, apehal tiba-tiba nak story pasal ni pula? Hehehe. Nurul terfikir, ramai yang bekerja dan ramai juga yang suka meminta MC. Silap-silap. Bukanlah suka tapi memang akan ada yang meminta MC. Tapi mungkin bukan secara kerap.

Hehehe. Dan Nurul pun salah seorang daripadanya. Bukan apa, dengan MC lah kita boleh dapatkan rehat kita. Sebab tengah sakit pun kan. Memang dah patut kita berehat. Nurul selalu minta MC dengan alasan yang ke 4 tu. Apa tu? Teruskan membaca ^^

Image result for sick at office

1. Demam

Ini adalah alasan yang paling umum dan selalu sangat orang gunakan untuk mendapatkan MC. Alasan ini terlalu popular sehinggakan keberkesanannya semakin menurun. Cabaran utama yang harus diatasi adalah bagaimana untuk membuktikan kepada doktor yang kita ni 'demam'. Masa dulu-dulu, termometer tak kiralah termometer ketiak mahupun eshol digunakan untuk mengambil suhu badan. Teknik ini boleh dieksploitasi di mana sebelum masuk berjumpa dengan doktor, kita boleh gosok ketiak laju-laju sehingga panas. Hahaha. Ada je caranya kan.

Kalau lah doktor cakap suhu korang normal, cakap korang dah makan panadol sebelum datang. Tapi kalau dah betul-betul demam, tak payah guna cara lapok tu. Cakap je korang demam dengan suhu yang panas. Pakejkan sekali dengan batuk dan selsema tau :p


2. Sakit Perut

Alasan ni pun ramai yang dah gunakan. Dengan pakej berlakon sakit perut lagi. Hehehe. Sebenarnya ini pun banyak kali juga Nurul buat. Pada mulanya nak berlakon la konon acah-acah sakit perut. Then sampai je klinik, memang sakit perut betul-betul tau.

Hahaha. Padan muka engko !~ :p


3. Pening Kepala

Ini adalah alasan yang common juga kerana tak dapat nak dibuktikan serta merta. So just reka je cerita yang korang sakit kepala. Sebab pening kepala ni pun boleh berpunca daripada stress. Jadi, bila kita stress dekat tempat kerja, dengan secara tak langsung boleh jadikan ianya alasan. Sebab tu boleh sakit kepala :p


4. Senggugut

Khas untuk perempuan hokayyy ~ Hehehe. Alasan favourite Nurul ni. Tapi memang sebenar-sebenarnya berlaku tau ! :p

Kelebihan menggunakan alasan ini adalah doktor tak akan minta pun sampel darah haid korang tu. Hahaha. So kalau korang tak senggugut pun korang takde masalah untuk gunakan alasan ni. 


Jeng jeng jeng ~ Itu lah dia alasan-alasan yang sangat popular. Jangan tipu la ye kalau korang tak pernah guna alasan ni. Hehehe. Sedangkan Nurul sendiri pun guna. Atau korang ada alasan lain ni??? Cuba share. :D Selamat membaca ^^




  • Share:

You Might Also Like

17 Comments