9 Khasiat Teh Hijau Untuk Kesihatan

By Nurul Syahirah - Wednesday, December 27, 2017

9 Khasiat Teh Hijau Untuk Kuruskan Badan | Asal nak kurus je mestilah kena diet kan. Ada yang prefer untuk makan supplement kurus. Yes, diet pun perlu. Tapi kita pun kena bersihkan usus kita juga. Kalau lemak banyak dekat usus, tu yang susah untuk kurus.

Ataupun lebih dikenali sebagai detox. Tapi orang ramai yang detox guna lemon. Dan stage kedua adalah dengan menggunakan teh hijau. Pun boleh juga dan memang lepas tu korang asyik membuang je :p So, sekarang ni Nurul nak share dengan korang sikit 9 khasiat teh hijau untuk kuruskan badan. Bukan setakat kurus je. In Sha Allah, kesihatan pun lebih terjaga.

Image result for green tea

Teh Hijau merupakan minuman teh yang paling berkhasiat jika dibandingkan dengan minuman teh-teh yang lain. Khasiat teh hijau banyak kerana ianya mengandungi antioksida dan nutrisi yang boleh memberikan manfaat kepada tubuh badan kita. Sebab tu orang cina selalu hidangkan teh hijau. Bukan teh yang selalu kita minum bubuh gula tu.

Dan teh hijau pun dapat merangsang perkembangan otak, mengurangkan lemak dalam badan dan mengurangkan risiko kanser. So, yang nak kurus tu pergi beli green tea cepat-cepat. Hehehe.


9 Khasiat Teh Hijau Untuk Kesihatan


1. Teh Hijau Mengandungi Banyak Bahan Bioaktif

Teh hijau bukan sekadar minuman biasa je tau. Sebenarnya dia ada magik untuk kesihatan dan untuk sesiapa yang nak kuruskan badan. Teh hijau ni pun mengandungi bahan bioaktif yang asalnya terdapat pada daun teh itu sendiri sahaja. Ianya juga dipenuhi dengan polifenol seperti flavonoid dan catechin, yang mana ianya bertindak sebagai antioksida yang kuat.

Antioksida boleh mengurangkan pembentukan radikal bebas yang ada dalam badan kita, melindungi sel dan molekul daripada kerosakan. Radikal bebas merupakan bahan yang memainkan peranan di dalam proses penuaan dan pembawa kepada pelbagai penyakit.

Bukan tu je tau. Kandungan mineral yang terdapat di dalam teh hijau turut memainkan peranan kepada kesihatan tubuh badan. So nasihat untuk korang, sila pilih teh hijau yang berkualiti tinggi tau. Sebabnya teh hijau yang berkualiti rendah (selalunya yang murah) mungkin mengandungi kadar fluorida yang berlebihan.


2. Teh Hijau Boleh Menajamkan Daya Fikiran

Teh hijau bukan sahaja boleh memberi tenaga yang cukup untuk korang. Tapi teh hijau ni juga dapat menyumbang kepada perkembangan otak dan daya fikiran. 

Pernah dengar kan tentang bahayanya kafein. Tapi kafein yang ada dalam teh hijau ni tidak merbahaya seperti kafein yang ada dalam teh biasa dan kopi. Sebenarnya kafein ni dapat meningkatkan daya otak serta memperbaiki mood kita kot-kot tengah swing tu kan. Bukan itu sahaja, teh hijau bukan sekadar ada kafein yang baik je. 

Ia juga mempunyai asid amino L-theanine yang boleh meningkatkan aktiviti pada sistem saraf. Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan kedua-dua bahan ini boleh meningkatkan daya fungsi otak dan menajamkan minda.


3. Teh Hijau Boleh Meningkatkan Pembakaran Lemak

Haaaa. Ni sesuai untuk orang yang nak kurus ! :p Kalau korang perasan, supplement untuk kurus pun banyak yang mengandungi teh hijau. Ini kerana teh hijau dah terbukti boleh meningkatkan kadar pembakaran lemak badan dan kadar metabolik.

Jom kita tengok sikit hasil daripada kajian tentang teh hijau untuk kuruskan badan ni :-

i. Teh hijau meningkatkan kadar penggunaan tenaga sebanyak 4%
ii. Teh hijau meningkatkan kadar oksidasi lemak sebanyak 17%

(hasil boleh berubah mengikut setiap individu)


4. Teh Hijau Boleh Mengurangkan Risiko Kanser

Kanser sebenarnya berlaku disebabkan oleh pertumbuhan sel yang tidak terkawal. Ia juga merupakan salah satu penyebab kematian diseluruh dunia ! Kita pun dah sedia maklum bahawa salah satu faktor kepada kanser adalah radikal bebas. Manakala antioksida adalah bahan yang dikatakan boleh mencegahnya.

Teh hijau merupakan salah satu sumber terbaik kepada antioksida.

Kanser Payudara : Satu kajian mendapati bahawa wanita yang meminum teh hijau boleh mengurangkan risiko daripada mendapat kanser payudara sebanyak 22%.

Kanser Prostat : Satu kajian mendapati lelaki yang meminum teh hijau boleh mengurangkan risiko mendapat kanser prostat sebanyak 48%.

Kanser Kolon : Satu kajian ke atas 69,710 wanita di china mendapati peminum teh hijau boleh kurangkan risiko mendapat kanser kolon sebanyak 57%.

And lagi satu, elakkan letak susu dalam teh hijau korang sebab ianya akan mengurangkan kadar antioksida di dalamnya.


5. Teh Hijau Boleh Mencegah Daripada Penyakit Alzheimer Dan Parkinson

Teh hijau bukan sahaja boleh meningkatkan daya fikiran dalam jangka masa pendek, malah ianya boleh melindungi daripada "tua".

Penyakit Alzheimer merupakan satu jenis penyakit saraf atau neuro yang biasa dialami oleh orang berumur. Penyakit ini boleh membawa kepada demensia.

Penyakit Parkinson pula merupakan sejenis penyakit saraf. Ia melibatkan kegagalan urat saraf menghasilkan dopamin di dalam otak.


6. Teh Hijau Boleh Membunuh Bakteria, Memperbaiki Kesihatan Mulut Dan Gigi

Selain daripada menjaga sistem saraf dan otak, bahan catechin turut memberikan manfaat dari segi biologi.

Kajian mendapati bahawa catechin boleh menghalang pertumbuhan satu jenis bakteria yang dikenali sebagai Streptoccus mutans. Bakteria ini boleh menyebabkan pembentukan plak dan membawa kepada masalah kaviti serta pereputan gigi.

Pernah dengar kan semua tu. Jadi, ternyata teh hijau mampu menghindarkan kita daripada masalah tersebut.


7. Teh Hijau Boleh Mengurangkan Risiko Kencing Manis Tahap 2

Kencing manis tahap 2 merupakan penyakit yang pernah mencapai peringkat wabak pada suatu ketika dahulu. Dan sekarang hampir 300 juta orang menghidapi penyakit kencing manis di seluruh dunia.

Kencing Manis : ataupun juga dikenali sebagai diabetes melibatkan kadar gula dalam badan melebihi kadar insulin yang dihasilkan oleh badan atau ketidakupayaan badan menghasilkan insulin.


8. Teh Hijau Boleh Mengurangkan Risiko Masalah Jantung

Penyakit jantung merangkumi sakit jantung dan strok merupakan salah satu penyebab kematian di dunia.

Kajian-kajian pun mendapati bahawa teh hijau boleh mengurangkan risiko daripada kita mendapat penyakit ini.

Kerana teh hijau boleh membekalkan kadar antioksida yang banyak kepada saluran darah yang mana boleh mengelakkan kolestrol LDL (kolestrol baik) daripada teroksida.


9. Teh Hijau Membantu Menurunkan Berat Badan

Haaaa. Sesuai untuk orang nak kurus tau. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan teh hijau dapat mengurangkan lemak dalam badan terutama sekali pada bahagian perut.

Walupun begitu, korang kena ingat bahawa banyak faktor dititiberatkan dalam hal ni. Bukan semata korang minum teh hijau ni terus boleh kurus. Tak tau. Korang kena dapatkan senaman yang mencukupi dan kawal pemakanan korang ye.


DEKAT MANA BOLEH BELI?

Korang boleh beli teh hijau ni dekat mana-mana supermarket. Hampir semua supermarket ada. Tapi korang kena pandai pilih ye. Sila pilih yang berkualiti tinggi untuk dapatkan kesan yang maksimum. Minumlah 2-3 cawan teh hijau setiap hari untuk dapatkan khasiat yang Nurul nyatakan tadi. Sekarang banyak faktor yang mendorong kita untuk mendapat penyakit. So, kita kena pandai amalkan gaya hidup sihat ye ^^


  • Share:

You Might Also Like

12 Comments

  1. Rasa cam nak minum teh hijau lepas baca ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. kena praktis minum untuk kesihatan ^^

      Delete
  2. Banyak khasiat teh hijau ni tapi rasa dia agak kuat berbanding teh biasa kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah la.. tapi teh hijau ni rasa dia lagi fresh ^^

      Delete
  3. Pernah cuba minum green tea ni masa proses nak turunkan berat..and it work..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. Nurul pun kena buat la kalau macam ni :p

      Delete
  4. my feveret teh hijau ni.. suka minum. masa belajar dlu sebelum study memang sediakan 1 tumbler teh hijau.segar mata. sekarang saya cuka teh hijau dari shaklee. ade kombinasi teh merah dan teh putih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. yang cinch tea tu ye.. orang pun cakap shaklee punya bagus ^^

      Delete