8 Alasan Kenapa Penting Menggunakan BB Cream

By Nurul Syahirah - Monday, December 18, 2017

8 Alasan Kenapa Penting Menggunakan BB Cream | Wanita mana yang tak nak kulit wajahnya kelihata lebih cerah, terawat dan terlindung? Betul tak? Semua wanita nak nampak cantik dengan mempunyai kulit wajah yang flawless. Tapi, untuk dapatkan kulit wajah yang macam tu, ada banyak cara yang boleh kita lakukan. Mungkin ada buat dengan cara memakai masker, melakukan detox ataupun menggunakan makeup yang terbaik.

Atau korang boleh buat cara mudah ini di mana korang hanya perlu memakai BB Cream je sebelum makeup ataupun sebelum pakai bedak. Kiranya BB Cream ni base untuk muka korang. BB Cream ni sangat bagus untuk kita tau dimana ianya boleh mencerahkan kulit wajah kita.


Ok, memandangkan BB Cream ni sangat bagus untuk kulit kita, mestilah kita nakkan BB Cream yang sesuai kan. Dan paling penting terhindar daripada bahan-bahan paraben. Dan BB Cream cosmoderm menjadi pilihan Nurul. Dah 2 tahun Nurul pakai. Alhamdulillah ^^

Tapi sebelum tu, jom kita tengok 8 alasan kenapa penting untuk korang pakai BB Cream.


1. Nutrisi pada BB Cream ringan dan baik untuk kesihatan kulit. Kandungan nutrisi yang terkandung di dalam BB Cream sangatlah ringan sehingga ianya sangat bagus untuk kesihatan kulit. So, bila dah elok tu, memang sesuai la untuk kita apply BB Cream ni setiap hari dengan jangka masa yang lama.


2. BB Cream mengandungi tabir suria di mana ianya boleh melindungi kulit wajah kita. Korang kena tahu memang banyak BB Cream dekat pasaran yang mempunyai kandungan untuk melawan tabir suria, tapi kita perlu cari BB Cream yang terbaik untuk kita. Walaupun kulit kita terhidang daripada sinar matahari yang sangat-sangat terik, Bb Cream dapat menapis cahaya tersebut supaya tidak direct kena kulit kita. Maksudnya BB Cream ni jadi pelindung untuk kulit kita ^^


3. Meratakan warna kulit. Umumnya, BB Cream memiliki warna yang natural untuk kulit. Warna natural inilah yang akan membuatkan kulit wajah nampak lebih rata. BB Cream juga dapat menyamarkan kedutan dan bekas hitam a.k.a bekas jerawat. Hehehe. Ni problem Nurul, so bila tepek je BB Cream tu, kesan tu akan nampak pudar.


4. Sesuai untuk semua jenis kulit. BB Cream ni mengandungi zat dan nutrisi yang ringan. Jadi, BB Cream sangat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Tak kisah lah kulit korang jenis kering ke, berminyak ke ataupun sensitif sekalipun, memang sesuai untuk pakai BB Cream ni. Dan korang jangan risau sebab BB Cream ni dikenali sebagai makeup yang takkan mendatangkan jerawat pada kulit muka korang.


5. Melembabkan kulit. BB Cream bermanfaat untuk melembabkan kulit kita. Sebab bila kita apply je BB Cream ni, kulit kita akan nampak fresh je. Bila pegang, memang gebu. Hehehe. Itu sebab BB Cream ni mempunyai zat dan nutrisi yang sangat ringan.


6. Dapat mengawal lebihan minyak pada wajah. Bahan utama BB Cream adalah mineral sehingga ianya sangat baik untuk mengawal lebihan minyak pada wajah. Memang sangat tak selesa kalau muka kita berminyak kan. So dengan memakai BB Cream ni lah akan menampakkan kulit korang glowing.


7. Mencerahkan kulit. Bb Cream specialnya sebab akan memudarkan segala bintik hitam yang korang ada. Tapi dia bukan macam foundation yang tekstur dia berat tau. Foundation tu korang kena cuci sampai betul-betul hilang. Bb Cream ni sangat mudah untuk korang cuci.


8. Membantu melawan kedutan pada kulit. Secara umumnya, beberapa BB Cream yang ada dekat pasaran mampu melawan penuaan atau kedutan yang ada. Jadi, bila korang pakai BB Cream, kulit korang akan nampak awet mudah gitu ~ ^^


So, itulah alasan-alasan yang korang kena gunakan BB Cream. Dan pilihan Nurul adalah BB Cream daripada cosmoderm ni. Dah 2 tahun k Nurul pakai. Alhamdulillah, memang ok sangat-sangat. Dan bb cream cosmoderm ni specialnya dia ada khaskan untuk jenis kulit kita.

Contoh macam Nurul, jenis kulit Nurul berminyak, jadi Nurul kena guna siri Tea Tree Oil. Ternyata ianya sangat berkesan tau ^^ So yang kuning tu untuk kulit jenis kering dan normal. Haaa, korang jenis kulit macam mana pula?

Tapi dekat mana nak beli? Jangan risau, Nurul merupakan pengedar cosmoderm ni. Boleh order dekat Nurul dengan harga special khas untuk pembaca blog Nurul ^^ Kalau dekat farmasi jarang dijumpai sebab bb cream ni limited. So dah alang-alang Nurul ada stock lebih kan, tu yang Nurul nak open order untuk korang :D

Nah whatsapp Nurul ( 017-357 5871 ) dan cepat-cepat whatsapp ye ^^ Stock sangat limited ~



  • Share:

You Might Also Like

11 Comments

  1. Yessss sama jugak dengan Ira. Product cosmoderm tak pernah menghampakan hehe

    ReplyDelete
  2. Info yg sgt details bagi yg tercari2 fungsi BB cream ni kan. Lagi2 produk cosmoderm mmg bagus dan selamat digunakan.

    ReplyDelete
  3. suka pakai bbcream sebab ringan & lembut je dekat muka

    ReplyDelete
  4. Dh lama guna produk ni.. Memang terbaik... Menjimatkan masa utk bersiap..

    ReplyDelete
  5. Belum pernah cuba BB Cream Cosmoderm tu macam best la pulak.

    ReplyDelete
  6. Sy nk tnya, bb cream cosmoderm ni mesra wudhu x ? Ke perlu dicuci dgn make up remover?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesra wudhuk sis.. hehehe.. sebab tekstur nya bukan macam foundation.. :)

      Delete
  7. Lepas nih nak kena beli satu lah bb cream

    ReplyDelete
  8. jarang pakai cream2 ni.pakai losyen je..huhu

    ReplyDelete
  9. curlasssssss.. nak kena beli satu ke hape ni ? hahahaha~

    ReplyDelete