7 Jenis Kemurungan Di Dunia

By Nurul Syahirah - December 31, 2017

7 Jenis Kemurungan Di Dunia | Mesti korang pun dah dengar berita artis Kpop terkenal Jonghyun dari kumpulan Shinee kan. Kematian beliau diratapi oleh para peminatnya. Sebenarnya dia ni memang idol Nurul time zaman Nurul minat kpop dulu. Tapi memang tak sangka la kan boleh jadi gini. Tapi adakah kita tahu, sebenarnya kemurungan atau depression memang boleh buat kita ke arah nak bunuh diri.

Tapi kena ingat ye, kita sebagai umat Islam, jangan sesekali pilih ke jalan itu. Sebenarnya orang yang mengalami kemurungan ni tak salah. Sebabnya perasaan tu datang dengan tiba-tiba. Dan sepatutnya orang disekeliling dia yang kena peka. Orang yang mengalami kemurungan ni akan lebih berdiam diri tanpa memberitahu kita apa masalah mereka.

Jonghyun pun sempat menulis nota terakhirnya seperti, "Segalanya terlalu sukar untuk saya, tolong benarkan saya pergi dan beritahu saya bahawa saya sudah bekerja keras dan lakukan yang terbaik. Ini adalah yang terakhir, selamat tinggal," - Mesej terakhir Jonghyun.

Image result for depression

Bunuh diri mungkin cara terakhir untuk manusia mengakhiri hidupnya disebabkan tekanan daripada kemurungan tersebut. Dan sekali lagi diingatkan, bunuh diri merupakan perbuatan yang dilarang sama sekali dalam ajaran Islam. Sesiapa yang bunuh diri akan dihina di akhirat kelak. Jadi, kemurungan tersebut kita perlu rawat dengan segera sebelum ianya menjadi lebih parah.

Sebenarnya, ada 7 jenis kemurungan yang boleh membuatkan seseorang itu melakukan tindakan nekad dan akhir sekali mungkin akan membunuh diri. Tapi ada juga kemurungan yang boleh dirawat dengan bantuan pakar perubatan dan psikologi.


7 Jenis Kemurungan Di Dunia


Unipolar - Ia dikenali sebagai unipolar kemurungan. Biasanya pesakit akan mengalami tanda-tanda yang boleh mempengaruhi keupayaanya seperti bekerja, tidur, makan dan sebagainya. Kiranya akan memberi effect kepada aktiviti yang selalu dilakukan. 

Bipolar - Merupakan gangguan mood secara berpanjangan kepada sesiapa yang mengalaminya. Ia dapat dicirikan dengan rasa gembira yang keterlaluan, mudah marah, hyperaktif dan sebaginya. Lebih kurang si penghidap mungkin akan mempunyai dua emosi yang berlainan dari semasa ke semasa.

Dysthymia (kemurungan berpanjangan) - Merupakan masalah yang kurang serius. Tapi adakalanya akan mencecah sehingga lebih setahun. Bukan tu je tau. Pesakit Dysthymia juga berkemungkinan mengalami kemurungan unipolar pada masa yang sama.

Kemurungan Selepas Bersalin (Post Partum Blue) - Jenis kemurungan ini biasanya terjadi selepas bersalin. Ibu akan mengalami kemurungan ini selepas kelahiran anak yang pertama kerana kemungkinan dia belum bersedia. 

Kemurungan Psikotik (Mendengar Suara Halus) - Biasanya terjadi kepada individu yang menghadapi dysthymia. Penghidapya selalu percaya perkara yang tak betul, khayal, mendengar suara yang tidak wujud dan sebagainya. Tapi apa yang dia dengar tu sebenarnya bercanggah dengan realiti kehidupan.

Gangguan Afektif (Bermusim) - Jenis kemurungan ni biasanya dikaitkan dengan musim. Tapi jarang sanga berlaku di Malaysia kerana iklim Malaysia hanya Khatulistiwa. Biasanya ia banyak terjadi di negara yang mempunyai banyak iklim.

Kemurungan Remaja - Hakikat, kemurungan tak mengenal siapa. Remaja pun ada yang mengalaminya. Cumanya kemurungan dalam kalangan kanak-kanak adalah berbeza dengan dewasa. Kemurungan remaja sering dikaitkan dengan perubahan fizikal, tekanan daripada rakan sebaya dan pencapaian akademik.


Tapi dalam kes kematian Jonghyun, vokalis utama ini khabarnya tak dapat menerima hakikat di mana dia dah berusaha keras tapi masih ada netizen yang menyalahkan dirinya dengan pelbagai hinaan. Sebab tu orang cakap, lidah kita ni lebih tajam daripada mata pisau !

Merujuk kepada keadaan macam ni, Dr Yusni berkata, satu hakikat yang harus kita faham adalah kemurungan sama sekali tidak boleh dikaitkan dengan bunuh diri. Kecuali jika betul seseorang itu dah ada niat nak melakukannya.


Dalam kes bunuh diri, ada tiga sebab. Niat bunuh diri ni lain dengan kemurungan (yang boleh dirawat) tapi ada ketikanya jika pesakit gagal mengawalnya, masalah bunuh diri boleh terjadi.

Kedua adalah "trying to help". Biasanya individu yang cuba membunuh diri tak tahu punca kenapa mereka memilih untuk bunuh diri. Mereka dah cuba minta pertolongan tetapi buntu dan ia akan menjadi punca kejadian bunuh diri.

Dan ketiga, ilmpulsive. Biasanya individu ini tak ada niat tapi tanpa sengaja telah terbunuh. Dalam erti kata lain, sebagai contohnya la ye. Dia cuba mengerat nadi untuk menarik perhatian orang lain, tapi tak sengaja telah menjadi pembunuhan tanpa sedar atas perbuatannya.


Daripada pemahaman pembacaan Nurul, sebenarnya kemurungan ni boleh diselamatkan. Dengan cara ingat Allah. In Sha Allah, orang disekeliling akan membantu. Cuma kena kuat. Dan Nurul pun pernah mengalami kemurungan. Tapi masih berada di stage pertama. 

Memang kita anggap, orang sekeliling tahu nak menghukum je. Tapi sebenarnya tak. Tanpa kita sedar, ada yang menolong kita dalam diam ^^



  • Share:

You Might Also Like

1 Comments