6 Teknik Solekan Yang Betul

By Nurul Syahirah - December 28, 2017

6 Teknik Solekan Yang Betul | Dulu-dulu kala punya cerita. Nurul sejenis yang memang susah nak sukakan bermakeup-makeup ni sebab nampak leceh. Tapi dah semakin meningkat umur ni, makin berminat pula dengan segala benda tentang makeup. Hehehe.

Perempuan ~ Lumrah untuk kelihatan cantik. Perempuan bermakeup pun untuk cantik dan nampak lebih muda. Tapi adakah solekan yang kita pakai tu merupakan teknik yang betul? "Eh, takkan makeup pun ada teknik?" Eh, mesti lah ada awak ~ Sama juga macam nak melukis. Ada teknik yang tersendiri kan? So, makeup pun macam gitu juga.

Kena ingat ye, aplikasi yang salah boleh membuatkan korang nampak buruk (maap, ayat kasar) atau akan menampakkan korang lebih tua daripada usia korang yang sebenar. Jom Nurul nak share dengan korang 6 teknik solekan yang betul. Lepas ni dah boleh lah pakai makeup sendiri :D

Related image

6 Teknik Solekan Yang Betul


1. PEMILIHAN FOUNDATION YANG SALAH

Dalam solekan ataupun makeup, pemilihan foundation yang salah akan menjadikan wajah korang kelihatan terlalu cerah ataupun terlalu gelap berbanding dengan tona kulit korang yang asal. Pernah nampak kan orang pakai foundation yang beza giler daripada tona kulit asal. Kan nampak macam pelik je kan. Buat yang tidak bertudung, perbezaan ini akan nampak pada leher korang. Yang bertudung pun jangan ingat boleh cover ye, tetap akan nampak juga.

Time korang nak pilih warna foundation tu, korang disarankan untuk mencuba foundation tersebut di tempat yang terang dengan menyapunya di bahagian rahang dan lihat perbezaan dengan warna kulit korang yang asal. Kalau korang rasa warna tu yang senada atau hampir sama dengan warna kulit asal, yes ! Korang dah berjaya jumpa foundation yang sesuai dengan korang.

Image result for right foundation color vs wrong foundation color

Kalau korang nak nampak awet muda, aplikasikan foundation korang dengan nipis je secara rata. Kalau korang rasa foundation tu macam heavy teskturnya, pastikan apply serum atau moisturizer terlebih dahulu ye. Sebab risau akan cacky bila korang kena panas nanti.

Lepas tu, dap dap kan pada wajah comel korang yang ada kedutan dengan menggunakan span atau berus makeup. Bila korang dap dap kan tu, korang akan perasan kedutan tu akan jadi samar-samar.


2. MENEBALKAN KENING

Ramai sangat yang selalu buat kesilapan dengan menebalkan kening ketika bersolek sedangkan dandanan kening yang tebal hanya sesuai untuk wanita yang berumur 45 tahun ke atas! Haaaa?!!! Baru tahu?? Dah-dah, lepas ni jangan buat ye.

Sebenarnya, kening yang cantik adalah kening yang berbentuk secara semulajadi. Sebenarnya kening awak tu dah cantik dah. Faham memang ada orang kening berterabut atau tak berbentuk. Korang boleh buat kening tapi jangan nak mengada pergi tebalkan dia ye. Buat secara natural. Baru lah nampak kening korang tu tak dibuat-buat.

Yang penting ! Korang akan nampak awet muda. Gitu ~ :D

Image result for natural eyebrow


3. BEDAK TERLALU TEBAL

Korang akan jumpa orang yang bersolek style gini. Suka sangat tepek bedak tebal-tebal sedangkan dia dah pakai foundation. Oh nooo !! Jangan ye sayang-sayang. Foundation tu dah tutup segala pori korang dah. Pakai loose powder sahaja untuk matte kan foundation tersebut atau nak kurangkan minyak di muka.

Korang tahu tak, bila korang tepek bedak tebal-tebal, ianya akan membuatkan wajah korang kelihatan berbalam-balam atau bertompok-tompok apabila kena panas nanti.

Kalau korang tak nak dan tak suka apply foundation, korang boleh guna compact powder yang mempunyai foundation di dalamnya. Kiranya orang selalu panggil foundation powder. Memang jimat masa dan Nurul gunakan jenis ni :D

Image result for foundation compact powder


4. GARISAN MELINGKARI BIBIR

Elakkan daripada membiarkan pensil bibir korang memisahkan gincu dengan garis bibir yang mana pada akhirnya akan meninggalkan garisan yang melingkari bibir korang sendiri. Kalau korang nak guna pensil bibir tu atau dikenali sebagai lip liner, pastikan korang pilih warna yang sama atau satu aras lebih gelap daripada warna bibir korang.

Bila korang dah guna lip liner tu, korang kena ratakan garisan tu dengan lipstik yang korang pakai. Ok, tips yang korang kena ikut ye.

Kalau bibir korang jenis bibir nipis, jangan sesekali korang buat garisan bibir di luar bibir kerana ianya akan menjadikan bibir korang nampak lebih tebal. Cukup dengan sekadar menggunakan pensil bibir pada garis asal dan sapukan lip gloss supaya bibir korang nampak penuh.

Image result for right lip liner and lipstick


5. BAHAYA EYELINER DI BAWAH MATA

Kalau boleh lah kan, ni pandangan Nurul je. Jangan aplikasikan eyeliner di bahagian bawah mata kerana ianya akan membuatkan mata korang kelihatan kecil. Bukan tu je, eyeliner bawah mata pun akan menampakkan mata korang kelihatan letih dan macam tak nampak natural je.

Memadai lah dengan hanya aplikasikan di bahagian atas sahaja. Bila dah dekat sudut mata korang tu, tebalkan sikit supaya akan menampakkan mata korang lebih besar. Ingat, eyeliner bawah mata kemungkinan akan menjadi eyebag untuk korang.

Kalau korang selesa gunakan eyeliner bawah mata, it's okay. Just guna je. Tak jadi masalah pun ^^

Image result for right eyeliner up only


6. USAH PAKAI MASKARA DI BULU MATA BAWAH

Ok, last sekali, untuk nak nampak natural, jangan pakai maskara dekat bahagian bulu mata bawah korang. Sebab kalau korang perasan, ianya akan menampakkan kedutan-kedutan halus di sekitar mata korang. Untuk nampakkan lebih natural, just pakai dekat bulu mata atas sahaja.

Dan pilihlah maskara yang berwarna hitam sahaja sebab ianya akan nampak lebih lip lap lip lap gitu ~ Hehehe. Sebab akan nampak bulu mata korang bersih dan asli je. And bila korang letak maskara tu, just letak halus-halus je. Sebabnya kalau korang apply terlalu banyak, ianya akan menyebabkan maskara tu bergumpal.

Haaaa. Jangan lupa kepit bulu mata korang tu sebelum dan selepas pakai maskara ye. Kita kasi lentik lagi ! :D

Image result for right applying mascara


Ok, dah habis da teknik yang korang perlu buat. Hehehe. Sikit je kan dan terbukti makeup ni sangat simple. Kalau untuk harian, memadailah dengan memakai natural makeup. Kalau nak pergi dinner atau dating, boleh lah korang pakai makeup tebal-tebal. Kalau dah malas sangat nak bermakeup tu, cukup lah sekadar apply bedak dan lipstick atau lip balm je. Nampak seri muka korang tu nanti ^^





  • Share:

You Might Also Like

4 Comments