6 Resepi Air Detox Untuk Kurus

By Nurul Syahirah - Monday, December 25, 2017

6 Resepi Air Detox Untuk Kurus | Ramai yang nak kurus. Dan ada sesetengah orang nak kurus tak mau ambil supplement sebab risau kalau ianya ada effect pada masa akan datang. Jangan risau sebab korang boleh kurus juga walaupun tak makan supplement. Cumanya kena kuat dan konsisten la ye.

Ramai yang dah sedar untuk kuruskan badan secara semulajadi tanpa perlu bergantung kepada ubat kurus semata-mata. So part yang paling suka Nurul buat adalah dengan pengambilan air detox. Jom Nurul share resepi air detox yang selalu Nurul buat. Bahan pun senang je nak dapat ^^


Related image

6 Resepi Air Detox Untuk Kurus

1. Timun + Limau + Lemon

Image result for air detox timun + limau + lemon

Sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Timun, limau dan lemon mampu mengawal nafsu makan selain mengelakkan masalah perut kembung. Sekaligus bila kita minum air yang banyak, automatik ianya akan cut selera makan sebab kita dah kenyang minum air. Makan tetap kena makan. Cuma kuantiti makanan tu kita boleh kurangkan.


2. Teh Hijau + Daun Pudina + Oren

Image result for air detox teh hijau + daun pudina + oren

Sangat berkesan untuk membakar lemak, melancarkan penghadaman, mengatasi sakit kepala dan bau mulut. Macam Nurul la kan, Nurul suka buat resepi yang ini sebab boleh hilangkan sakit kepala dengan adanya daun pudina. Teh hijau pula memang terkenal dalam membantu meningkatkan metabolisme tubuh.


3. Timun + Lemon + Limau Nipis + Oren

Image result for air detox timun + lemon + limau nipis + oren

Sesuai untuk mereka yang sedang berdiet kerana timun, lemon, limau nipis dan oren dapat membantu mengawal selera makan dan meningkatkan metabolisme tubuh.


4. Lemon + Daun Pudina

Image result for air detox lemon + daun pudina

Kombinasi lemon dan daun pudina sesuat untuk mereka yang sibuk dan aktif. Lemon dapat menyingkirkan toksin dalam badan manakala daun pudina pula membantu dalam proses penghadaman. Ia sangat membantu untuk korang menurunkan berat badan.


5. Oren + Lemon + Limau Nipis

Image result for air detox lemon + lemon + limau nipis

Sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan perut kerana oren dan limau nipis baik untuk sistem pencernaan. Lemon pula dapat membersihkan sistem pencernaan. Berkesan juga untuk mengatasi masalah perut buncit.


6. Strawberi + Oren + Daun Pudina

Image result for air detox strawberry + oren + daun pudina

Air Detox campuran strawberi, oren dan daun pudina sangat baik untuk diamalkan. Hal ini kerana strawberi mampu mengurangkan kolestrol. Oren pula membantu mengatasi masalah sembelit manakala daun pudina pula mencegah masalah angin dan kembung perut.


Jadi, ini merupakan resepi detox yang kerap Nurul gunakan. Cumanya strawberi kan susah nak dapat. So Nurul jarang guna resepi tu. Hehehe. Bila dapat strawberi, baru Nurul gunakan. Tapi sebenarnya resepi detox bukanlah resepi yang complex. Kalau korang nak ubahsuai tukar-tukar dengan buah-buahan lain pun boleh contohnya macam anggur dan apple.

Dan ada yang tanya, air detox ni kita kena blend sekali ke? Kalau korang nak buat smoothie, yes korang boleh blend. Tapi kalau air detox biasa, tak perlu blend pun takpe. Kalau air tu habis, korang boleh refill air masak balik. Mudah kan? ^^ So tunggu apa lagi, boleh lah korang buat esok sebagai bekalan dekat ofis nanti :D



  • Share:

You Might Also Like

12 Comments

  1. dah lama Umi tak buat air detox ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. buat la umi.. kita cuci usus yang berkerak tu :D

      Delete
  2. rasanya ni resipi baru detox ni, selalunya buat strawberri dengan lemon tapi dah lama tak minum. Perut pun dah buncit balik dah ni hahaha

    ReplyDelete
  3. good tapi saya minum air halia jerrrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. air halia susah Nurul nak telan.. hehehe

      Delete
  4. k.fiezz pernah try air detox cmpuran lemon + daun pudina + timun + seleri..pttnya ada 1 lagi buah limau gedang ke apa nama dia..tapi k.fiezz tak jumpa..so 4 bahan je cmpur..alhamdulillah, menjadi..slim iolls skrg..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. tu laa.. tengok kak fiez slim je.. Nurul pun kena konsisten la ni eh :p

      Delete