5 Dugaan Hebat Semasa Bertunang - Syahirah Valiant

December 02, 2017

5 Dugaan Hebat Semasa Bertunang

5 Dugaan Hebat Semasa Bertunang | Orang bertunang ni, lain sikit dugannya. Korang pun selalu dengar kan. Orang bertunang memang akan diuji dengan pelbagai dugaan. Tapi apa yang penting, hubungan kena padu dan hati perlu kental. Haaaa ~ Gitu. Kalau betul nakkan si dia, pastikan sesama kita tak buat masalah.

Aik, Nurul tak bertunang lagi dah boleh ulas benda ni. Hahaha. Ini semua ilmu kan. Apa salahnya untuk kita belajar. Mana tahu boleh dipakai untuk masa akan datang. Dan paling penting, korang pun tahu. Jom kita tengok apa 5 dugaan yang hebat semasa bertunang.


1. Duit
Kos persiapan perkahwinan memang memakan wang yang sangat banyak. Belah perempuan je ada 3 majlis yang selalunya masyarakat kita buat adalah tunang, nikah dan resepsi. Hamboii ~ Berapa banyak pula tu perbelanjaan kita nak buat 3 majlis. Bagi pegantin lelaki pula, masa ni dah terfikir tentang duit hantaran, rumah dan keperluan untuk digunakan selepas berkahwin nanti. Ingat ! Ini belum lagi fikir termasuk kos yang diperlukan untuk membeli perlengkapan untuk rumah baru. Kadang kala bahang itu lebih terasa jika pasangan korang mempunyai tabiat menyimpan dan berbelanja yang berbeza.

Kalau menyimpan takpe, cuba kalau yang jenis boros. Haaa ~ Mau haru weii !

TIPS : Kalau kita usaha lebih sikit, In Sha Allah duit boleh dicari. Cuma kunci dia kena rajin la. Takpe simpan sikit-sikit. Lama-lama ianya akan membukit tanpa korang duga. Tup tup boleh buat simpanan untuk perlengkapan rumah. Takde siapa yang tahu kan. Kita usaha, Allah akan permudahkan.

Jika perlu, korang check la balik budget majlis yang nak dilangsungkan. Bagi Nurul la kan, Nurul akan prefer untuk korang buat majlis yang wajib sahaja. Yang lain buat la secara kecil-kecilan. Memang orang kata kahwin ni seumur hidup. Tapi takkan korang nak makan pasir selepas dah berbelanja banyak untuk majlis. Ingat ! Kehidupan selepas berkahwin lebih mencabar.


2. Keluarga
Bab yang agak menakutkan untuk Nurul. Ada pasangan diduga dengan sedikit masalah dengan keluarga pasangan masing-masing. Benda ni selalunya yang perempuan akan risau. Mana taknya. Dalam pertunangan la si perempuan akan diuji dengan salah satu ujian, iaitu keluarga pasangan. Takut kalau-kalau nampak secara terang yang tiba-tiba keluarga pasangan tak dapat terima diri dia. 

TIPS : Benda ini normal. Memang akan selalu terjadi. Tapi minta lah dijauhkan. Tak kira lah awak lelaki atau perempuan. Tetap cool okay. Kalau ipar duai atau biras suka sangat cari pasal dengan awak, awak tak perlu ambil port. Faham memang kadang-kadang tu rasa geram sangat. Tapi kena ingat, Allah sentiasa ada dengan kita. Bukan mereka tak suka. Tapi mereka perlukan ruang untuk kenal awak. Hormati dan sayangi mereka seperti ibu bapa kita sendiri. In Sha Allah, semuanya akan baik-baik.


3. Yang Lama
Ni masalah lagi satu ! Dah lama tak muncul, tiba-tiba kita nak kahwin, dia muncul dengan cepatnya ! Ayokkk. Korang jangan tergugat tau. Ada sebab kenapa ex tu jadi ex korang. Itu semua rahsia Allah supaya korang terhindar daripada orang-orang yang tak layak mendapatkan korang. Percayalah ~

TIPS : Yang ni rasanya tak perlu nak tips sangat kut. Dah nak kahwin kan, kena la move on dengan cerita lama. Pandang yang depan awak, dia akan bahagiakan awak. Ingat ! Yang lama itu akan memporak-perandakan diri korang.


4. Yang Baru
Ini pun lebih kurang dengan yang lama tu. Bila dah bertunang ni, tiba-tiba nampak pula yang lebih menarik dan lebih sesuai dengan korang. Hati manusia kan ~ Mula lah terbit sedikit rasa ragu-ragu dengan pasangan anda. Please jangan. Tak kiralah awak tu lelaki ke perempuan. Kalau korang nakkan si dia, buat dengan cara baik.

TIPS : Benda macam ni memang selalu sangat berlaku. Sebab itulah banyak kes curang dalam tempoh bertunang. Tak pernah rasa puas dengan apa yang ada. Itu orang cakap, TAMAK ! Tapi korang tak pernah pandang yang depan korang ni layak terima yang lebih baik daripada korang. Terasa?? Biarkan. Siapa suruh cari pasal. Hehehe. Takde la ~ Dalam sesebuah perhubungan ni kita kena jujur dan ikhlas. In Sha Allah, yang baik-baik je akan datang dekat korang.


5. Baik Buruk
Masa dalam tempoh bertunang ni, korang dan pasangan korang dah mula membuat keputusan untuk hal-hal yang lebih serius. Kalau dulu korang berdua hanya perlu buat keputusan tentang nak makan dekat mana, nak tengok movie apa. Tapi kali ni tak. Korang sudah perlu membuat keputusan tentang nak tinggal dekat mana, nak beli rumah jenis apa, budget bulanan macam mana. Pendek cerita, keputusan yang korang buat akan memberi effect kepada pasangan masing-masing. Bila masuk hal tanggungjawab, selalunya keadaan akan jadi sedikit tegang sampaikan benda kecil pun akan buatkan korang terasa.

TIPS : Pola kedihupan kadang kalanya perlukan sedikit ketegangan kepada seseorang individu. Benda-benda macam ni memang normal. Relaks dan jangan takut dengan komitmen. Tu semua proses untuk korang membina keluarga. Dalam hidup kita, semua ada perkataan first time. Tapi first time tu lah akan mengajar korang dan buatkan korang lebih bersedia untuk masa-masa akan datang.


Tapi korang ingat, dugaan semasa bertunang tak sehebat dugaan dalam perkahwinan. Hang in there. Minta dengan Allah. In Sha Allah semuanya akan baik-baik je ^^



2 comments:

  1. selamat menempuh alam pertunangan...

    ReplyDelete
  2. No 1 tu masalah paling utama hehe.
    Nice tips, boleh Lya refer kalau nak tunang nanti ;)

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D