5 Cara Memakai Eyeliner Bagi Newbies

By Nurul Syahirah - December 17, 2017

5 Cara Memakai Eyeliner Bagi Newbies | Bagi newbies, salah satu perkara makeup yang agak sukar adalah pemakaian eyeliner. Hahaha. Nurul pun gitu juga. Memang susah sangat pakai eyeliner. Lagi-lagi untuk eyeliner liquid. Perlukan kesabaran dan latihan yang sangat banyak. Sekarang ni pun fail juga lah bab pakai eyeliner ni.

Mana tak nya. Nak letak liquid hitam dekat mata kita kena lah hati-hati. Nanti comot. Tak cantik pula tu nanti. Tapi korang jangan risau. Sebenarnya ada cara untuk newbies semua belajar untuk buat eyeliner. Tapi jangan takut dengan kesalahan tau. Tangan shaking ke apa, biarkan. Korang letak je eyeliner tu. Practice makes perfect. ^^

makeup, eyeliner, and eyes image

5 Cara Memakai Eyeliner Bagi Newbies

Kita nak pakai eyeliner ni bertujuan untuk menampakkan mata kita tu. Setakat pakai mascara tak nampak mata kita bulat. So agak tak berseni di situ. Ada pepatah yang mengatakan makeup ni seni. Jadinya, kita kena senikan dia betul-betul la kan ^^

Ok, jom la kita tengok cara untuk apply eyeliner. Untuk newbies kena baca sampai habis tau.


1. Untuk mendapatkan hasil yang maksima, gunakan concealer terlebih dahulu. Concealer berguna untuk menutupi kekurangan pada bahagian mata dan juga membuat eyeliner yang dipakai nampak sempurna. Bila kita pakai concealer ni, automatik akan nampak mata kita tu berkilau.


2. Jika menggunakan eyeliner pensil, pastikan hujung eyeliner tidak tumpul. Kena asah ye sebelum korang gunakan supaya hasilnya akan nampak tajam dan cantik je. Untuk eyeliner cair, pastikan terlebih dahulu supaya korang punya hujung nak apply tu tidak bergumpal. Kalau bergumpal, korang punya eyeliner akan nampak tebal dan berserabut.


3. Tentukan garis pada kelopak mata dengan cara menarik garis tepi dari dalam bahagian mata ke arah luar. Yang ini memang korang perlukan kesabaran yang tinggi. Dan kalau tak jadi, lap and buat balik sampai  lah jadi. Jangan mengalah ye.


4. Selepas korang selesai membuat bahagian tepi, blok bahagian dalam dengan hati-hati. Jika ada kesalahan yang korang buat contoh macam tercomot ke, tunggu ianya kering dan sapu sikit demi sikit bahagian yang salah tu dengan cotton bud. Tak perlu letak air atau makeup remover.


5. Untuk nampakkan mata korang lebih besar lagi, pakai eyeliner pensil untuk bahagian bawah mata korang. Pakai tipis-tipis pun ok.


Memang Nurul akui, banyak-banyak part makeup, yang ini paling susah. Time Nurul jadi newbies dulu, sampai merah-merah mata tau nak practice punya pasal. Akhirnya menjadi juga walaupun ianya tak perfect pun. Tapi tak perfect tu kita boleh adjust kan dia. Jangan risau untuk buat salah. Asalkan kita betulkan ia ^^



  • Share:

You Might Also Like

6 Comments