Tutorial Cara Timbang Berat Blog

By Nurul Syahirah - November 11, 2017

Tutorial Cara Timbang Berat Blog | Ada yang bertanyakan dengan Nurul macam mana kita nak timbang berat blog kita. Jangan tak tahu ye. Blog kita pun ada berat tau. Bukan manusia je. Tapi berat blog ni guna seconds. Yang kita ni guna kilo. Hahaha ~

Pernah tak korang check berat blog korang berapa? Mesti ada yang tak pernah kan. Sebab bab ni memang jarang sangat orang nak ambil berat. Macam Nurul cakap dekat tips-tips sebelum ni, berat blog pun main peranan untuk orang jejak blog kita tau. Kalau orang masuk blog kita asyik dok menloading je, orang pun malas nak tunggu dan terus tengan x dekat blog awak tu. Mesti tak nak kan?

Jadi, jom Nurul share dengan korang macam mana nak check berat blog. Pastikan korang buat tau. Jangan setakat bookmark dan jadikan pekasam je entri ni. Kesian blog korang tu nanti.

Image result for seo

Sebelum tu, berat blog pun main peranan dalam ciri-ciri untuk blog kita mesra SEO ye. Mesti tak pernah dengar kan? Tapi sebenarnya yes. Jadi, kalau korang nak SEO blog korang cantik, pastikan berat blog pun korang kena ambil berat ye ^^


TUTORIAL CARA TIMBANG BERAT BLOG



2. Isikan link blog korang dan klik start test.




2. Lepas tu, akan keluar window yang macam gambar dekat bawah ni. So dekat situ la berat blog korang. Macam blog Nurul, berat adalah 4.56 seconds. Alhamdulillah. Memang sangat ringan. 


Untuk pastikan blog korang ringan, korang jangan la letak banyak sangat widget atau gambar dekat sidebar blog korang tu. Iklan pun jangan banyak-banyak ye. Nanti lagi akan memberatkan blog korang. Berat yang paling bagus adalah tidak melebihi 10 atau 15 saat ye. Jadi, blog korang macam mana pula? ^^

Simple kan tutorial ni. Yes, memang simple. So dari situ kita boleh nampak nak smartkan lagi blog kita ni sangat mudah. Hanya nak atau tak nak je ^^

  • Share:

You Might Also Like

22 Comments