Tempat - Tempat Menarik Di Sabah - Syahirah Valiant

November 25, 2017

Tempat - Tempat Menarik Di Sabah

Tempat - Tempat Menarik Di Sabah | Sabah memang sudah terkenal diseluruh dunia dan baru-baru ni ianya telah mendapat anugerah untuk Kota Kinabalu iaitu diantara 3 tempat paling popular asia pasifik untuk pelancongan.

Sabah memang sesuatu tempat yang kita boleh menikmati pemandangan semulajadi dengan elemen pergunungan, pantai dan pulau serta budaya masyarakat yang berbilang bangsa. Nurul sendiri belum lagi menjejakkan kaki ke negeri sana. Tapi memang dah letak dalam wishlist nak ke sana. Parents Nurul pernah pergi dan diaorang cakap Sabah memang tempat yang sangat cantik. Cantik dari segi pemandangan. 

Tapi takkan pemandangan yang cantik je ada dekat Sabah? Tak tau. Jom kita tengok tempat-tempat yang menarik di Sabah. Mana tahu korang boleh letak dalam wishlist nanti ^^


1. TAMAN KINABALU

Tempat Menarik Di Sabah

Taman Kinabalu merupakan pintu masuk ke Gunung Kinabalu dan tempat menarik di Sabah yang paling popular. Ia terletak 1,585 meter di atas paras laut dan menjadi tapak permulaan bagi pendakian ke puncak Gunung Kinabalu.

Ia meliputi kawasan seluas 754 km persegi dan merangkumi Gunung Kinabalu, Gunung Tambayukon dan kaki bukit. Gunung-gunung ini memiliki sejarah geografi yang menarik dengan mengambil masa beribu-ribu tahun untuk terbentuk. Gunung Kinabalu yang tersergam indah sebenarnya adalah massif granit yang kemudiannya tembus ke kerak ke permukaan bumi,


2. RAINFOREST DISCOVERY CENTRE

Sepilok

Rainforest Discovery Centre (RDC) di Sepilok, Sandakan adalah sebahagian dari Hutan Simpan Kabili-Sepilok. Merupakan Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok dan tempat menarik di Sabah untuk aktiviti kajian alam semulajadi Borneo.

Ia merupakan salah satu pusat pendidikan alam sekitar yang paling terkenal di negeri itu. Bersiar-siar di dalam hutan atau berjalan di sepanjang 147-meter panjang laluan pejalan kaki kanopi dan nikmati pemandangan hutan hujan yang indah.

Berjalan kaki pada waktu malam di sepanjang denai juga memberikan peluang kepada pelawat untuk melihat hidupan liar yang tinggal di dalam hutan seperti pelanduk, musang, tarsier comel dan pelbagai jenis serangga dan burung.

Bagi pencinta flora. terdapat banyak yang boleh dilihat di taman ini antaranya kira-kira 250 spesis orkid asli yang berkembang mekar. Keluarga orkid adalah kumpulan tumbuhan berbunga terbesar di seluruh dunia dengan kira-kira 25,000 spesis liar secara keseluruhan.


3. PULAU SIPADAN

Sipadan

Pulau Sipadan merupakan tempat menarik di Sabah untuk kategori pulau dan ianya menjadi tarikan antara 10 pulau terpilih di dunia. Terletak 700m dari dasar laut dan hanya berkeluasan 12 hektar, satu-satunya pulau laut di Malaysia ini mempunyai saiz yang agak kecil.

Pelawat boleh berkalan mengelilingi pulau ini dalam masa 25 minit sahaja. Tetapi ianya menjadi tarikan kepada pelbagai hidupan laut yang datang dari dasar laut. Pulau yang dikelilingi air laut yang bersih dan jernih ini mempunyai kekayaan hidupan laut yang menakjubkan.


4. TAMAN MARIN TUNKU ABDUL RAHMAN

Taman Marin Tunku Abdul Rahman

Terletak kira-kira 10 ke 20 minit perjalanan menaiki bot laju dari ibu negeri Sabah, Kota Kinabalu, Taman Marin Tunku Abdul Rahman terdiri daripada 5 buah pulau yang indah yang berkeluasan melebihi 4929 hektar, dua pertiga daripadanya adalah laut.

Pulau-pulau terdiri daripada Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sulug, Pulau Gaya dan Pulau Sapi mempunyai pantai berpasir putih yang penuh dengan ikan dan terumbu karang sesuai untuk penyelam baru serta mereka yang berkelah. Untuk mereka yang sukakan aktiviti lasak di atas tanah, Pulau Gaya dan Pulau Sapi juga mempunyai denai kembara merentasi hutan dara mereka.


5. LEMBAH DANUM

Lembah Danum

Kawasan Pemuliharaan Lembah Danum yang terletak 83 km ke barat daya Lahad Datu kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna. Hutan cantik ini menjadi habitat bagi Badak Sumatera, orang utan, ungka, pelanduk dan harimau akar. Lebih kurang 270 spesis burung telah direkodkan di kawasan ini. Pusat Kajian Lapangan Danum terletak di dalam kawasan hutan simpan seluas 440 kaki persegi.

Ia turut menjadi salah sebuah eko-resort pertama di Sabah yang dikenali sebagai Borneo Rainforest Lodge dan menjadikannya salah satu tempat menarik di Sabah. Resort ini memiliki restoran, bar dan chalet yang selesa menghadap Sungai Danum.


6. VIA FERRATA GUNUNG KINABALU

Via Ferrata Kinabalu

Via Ferrata (atau laluan besi dalam bahasa Itali) merupakan jalan gunung yang merangkumi beberapa siri anak tangga, rel dan kabel yang melekap pada permukaan batu.

Terdapat lebih daripada 300 laluan via ferrata di dunia dan via ferrata tertinggi di dunia kini boleh ditemui di Gunung Kinabalu di Malaysia di mana point tertinggi bermula pada ketinggian 3,400 meter dan berakhir pada ketinggian 3,800 meter.


7. TAMAN MARIN PULAU TIGA

Taman Marin Pulau Tiga

Pulau Tiga adalah pulau terbesar antara tiga buah pulau yang membentuk Taman Pulau Tiga. Kawasan yang cantik dan persekitaran semulajadi yang tidak tercemar menarik Rangkaian TV CBS dari AS untuk menjadikannya sebagai lokasi utama untuk episod pertama siri program terkenal.

Pulau ini terbentuk hasil letusan beberapa gunung berapi lumpur. Letusan terakhir berlaku pada tahun 1941  dan sejak daripada itu, semua gunung berapi ini kekal tidak aktif. Beberapa muntahan lumpur gunung berapi telah sejuk yang kaya dengan mineral masih boleh dijumpai berdekatan puncak pulau ini. Ramai yang menganggap bahawa lumpur yang kaya dengan mineral ini bagus untuk kulit, menjadikan mandi lumpur sebagai satu aktiviti wajib.


8. PULAU LAYANG-LAYANG

Pulau Layang Layang

Pulau Layang-Layang menjadi salah sebuah lokasi menyelam terkemuka selepas Pulau Sipadan. Pantai syurga ini terletak di Laut China Selatan kira-kira 300km ke barat laut Kota Kinabalu. Kawasan pulau yang luas menempatkan resort dengan 90 buah bilik, pangkalan Tentera Laut Malaysia dan koloni penetasan bagi beberapa jenis burung laut yang berhijrah.

Topografi terumbu karang terdiri daripada terumbu keras yang banyak di kawasan ini. Sesetengah kawasan agak cetek dan boleh dilihat sewaktu air surut tetapi kebanyakannya bermula pada kedalaman 5m di dasar laut.


Siapa kata dekat Sabah takde tempat menarik. Dekat Sabah la tempat untuk kita melihat keindahan ciptaan Allah. Haihhh. Ni baru antara je Nurul pick tempat yang bagi Nurul sangat cantik. Kalau pilih semua, mau entri ni tak habis-habis. Hehehe. So, boleh la masukkan dalam wishlist korang ye ^^


12 comments:

  1. jom pakat2 ramai2 dtg Sabah. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. memang nak sangat pergi sana.. tengah kumpul duit lagi ^^

      Delete
  2. Wow menarik... antara tmpt yg akan dilawati InshaAllah

    ReplyDelete
  3. menarik, cantik-cantik tempat kat Sabah ni, belum sampai sini lagi. Hai..blogwalking sini. Jemput singgah blog kita www.diariashmira.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. memang cantik2 tempat dekat sana.. orite ~ Nanti Nurul blogwalking ye ^^

      Delete
  4. Member ada ajak pergi sabah sampai sekarang tak pergi2x lagi..

    ReplyDelete
  5. Tak nafikan sabah byk tempat menarik..

    ReplyDelete
  6. Teringun nk pergi Sabah. Tapi tak berkesempatan lg

    ReplyDelete
  7. Bestnya, bila ni mahu sampai ke sabah. Hope sampai one day kena rancang pulau layang layang tu nice sangat sure tenang kalau pegi sana tengok pemandangan kan huhu

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D