Sensasikan Wangian Anda Bersama Enchanteur Paris Petite Parfum - Syahirah Valiant

November 10, 2017

Sensasikan Wangian Anda Bersama Enchanteur Paris Petite Parfum

Sensasikan Wangian Anda Bersama Enchanteur Paris Petite Parfum | Wangian dengan wanita memang tak dapat dipisahkan. Itu memang normal. Kadang-kadang kaum adam pun suka dengan wangian tau. Macam Nurul, Nurul memang suka dengan wangian. Tak kira la wangian dari segi apa pun. Lagi-lagi kalau wangian tu dapat menenangkan fikiran yang sedang bercelaru.

Dalam Islam pun sudah diberitahu bahawa haram seorang perempuan memakai wangian secara berlebihan sehingga menarik perhatian bukan mahramnya. Jadi, Nurul sangat teruja dengan wangian dari Enchanteur yang membawakan kepada kita wangian yang sangat lembut dan memenuhi dengan citarasa Nurul sendiri.


Dulu edisi Enchanteur mengeluarkan losyen dengan kotak yang sangat eksklusif. Kali ni Enchanteur hadir dengan konsep handbag comel yang dalamnya terdapat 4 jenis mini perfume yang mudah dibawa oleh sesiapa je. Wangian daripada Enchanteur ni memang sangat-sangat best. Memang nampak dari kualiti Enchanteur daripada dulu lagi. 

Tak perlu lagi beli perfume yang mahal-mahal. Enchanteur dapat memberikan kita harga yang sangat mampu milik dengan kualiti yang tip top. Barang-barang Enchanteur semua mampu milik. Tapi kualiti wangian dia memang terbaik. Tak percaya? Korang try la ^^

Image result for enchanteur paris petite parfum

Enchanteur merupakan rangkaian berkualiti berinspirasikan wangian dan produk penjagaan diri dari Paris. Wangian Enchanteur dicipta khas untuk para wanita tampil yakin dengan wangian yang romantis.

Kebiasaan bagi setiap wanita, setiap pagi pasti atau wajib memakai wangian di baju mereka untuk kekal wangi sepanjang hari. Tak cukup itu, malah ada yang membawa perfume tersebut ke mana sahaja untuk "touch up" wangian mereka. Memang normal ~ Dan Enchanteur Paris Petite Parfum bawakan khas untuk mereka yang gemar membawa perfume mereka ke mana sahaja kerana perfume ini digayakan dalam botol kaca yang sangat comel dan berkonsepkan rolling perfume. Mudah untuk kita calit di mana sahaja kita nak.

Enchanteur berbangga menjadi pakar dalam memperkenalkan wangian Perancis yang memahami keperluan dandanan wanita dan sentiasa berusaha untuk mencipta inovasi bagi menghasilkan produk yang relevan. Enchanteur juga sedar bahawa sesetengah wanita sering membawa bersama sebotol wangian EDT atau semburan wangian badan untuk merapikan semula wangian diri.


Dengan Enchanteur Paris Petite Parfum yang baharu, anda akan sentiasa bersedia untuk mencipta saat penuh sensasi di mana sahaja. Pembungkusan berbentuk kompak dan mudah ini cukup kecil untuk dimuatkan di dalam tas tangan anda - direka untuk kelihatan hampir sama dengan saiz gincu dan ia menjadikannya benda penting yang perlu ada sebelum meninggalkan rumah.

Bukan hanya boleh memakai satu bauan sahaja. Malah anda boleh suai padankan dengan bauan yang lain supaya wangiannya seakan-akan dicipta sendiri oleh kita.


ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM - JOLIE (LOVELY)


Kombinasi keanggunan Rose, Honey dan Pear amat sepadan dengan personaliti santai bersahaja yang gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan atau insan instimewa. Aroma lembut dengan bauan bunga amat sesuai digunakan untuk memberikan mood tenang ketika bersama pasangan. Kemasan biru denim menjadikan anda kekal anggun di pandangan dan tetap disukai.


ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM - CHERI (DARLING)


Buat yang berhati muda remaja, kami persembahkan bauan yang enak dan manis untuk memastikan anda tersenyum sepanjang hari. Bagi si gadis yang gemar menyebarkan kegembiraan kepada orang-orang sekelilingnya, aroma Apple, Cherry Blossom dan Vanilla yang lazat bakal mencuri hati dan mendapat perhatian ramai.


ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM - BELLE AMOUR (BEAUTIFUL LOVE)


Ciptaan dari aroma yang menawan yang mampu membuat jantungmu berdegup dan meransang deria. Pembungkusan merah jambu ini bakal mengimbau memori si gadis pada saat temujanji pertama manakala campuran Apple Melon, Blackurrant dan Pink Rose Paris amat sesuai dengan gadis berpersonaliti romantis dan menawan. Belle Amour membolehkan anda menikmati setiap kenangan manis dengan yang tersayang dan menjadikanmu teman istimewanya selamanya.


ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM - ADORE (ADORABLE)


Haruman signature ini mencetuskan kegembiraan, keyakinan dan daya tarikan yang abadi. Rona pembungkusan ungu ini mengandungi sensasi aroma Wild Jasmine, Pink Mimosa dan Golden Pear sepadan dengan si gadis yang elegan, anggun dan manis pada malam temujanji romantisnya. Cipta kesan berpanjangan pada temujanji anda dan penuhi hatinya dengan dambaan kasih padamu.


Ada yang tertanya-tanya, perfume ni berapa harganya. Kalau Nurul bagitahu ni jangan terkejut pula tau. Enchanteur Paris Petite Parfum boleh didapati pada harga RM9.90 (Semenanjung) dan RM10.40 (Sabah Sarawak). Betul kan Nurul cakap harga dia memang sangat-sangat mampu milik.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT :-

Website

Facebook

Instagram


1 comment:

  1. Wangikan semua tu. Akak suka sangat. Packaging dia pun comel

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D