Review Movie Coco 2017 - Syahirah Valiant

November 30, 2017

Review Movie Coco 2017

Review Movie Coco 2017 | Asal tengok wayang je mesti cerita hantu atau cerita kartun. Hehehe. Itu lah Nurul. Sebab memang tak suka sangat tengok cerita superhero. So, itu je lah pilihan yang ada. And now sekarang ni tengah hangat pasal movie Coco kan. Movie kartun tu :D

Bukan budak-budak je tau yang suka tengok cerita kartun. Orang dewasa pun ada. Sebab bagi Nurul, cerita kartun ni dapat release kan stress Nurul. Dan cerita tu semestinya yang best. Semalam Nurul berkesempatan tengok movie Coco. Maklumlah, orang bercuti kan. Memang keluar je la jawapnya. Hehehe. 

Image result for movie coco

Filem animasi barat berjudul "Coco" ini merupakan filem yang menceritakan tentang Miguel, seorang anak lelaki yang memiliki minat yang mendalam terhadap muzik. Miguel tinggal di sebuah perkampungan di Mexico dengan kehidupan yang sangat tegas, keluarga dari pembuat kasut dan sangat benci terhadap muzik.

Keluarganya benci dengan muzik keranan mereka sangat percaya bahawa muzik merupakan sesuatu yang membuatkan keluarga mereka berpecah belah. Namun kerana keinginan Miguel yang sangat kuat untuk bermuzik lagi-lagi bila dia ada inspirasi daripada Ernesto de la Crus, jadi dia bertekad untuk menjadi sepertinya.

Sehinggakan pada suatu hari, Miguel dengan secara tidak sengaja menjerumus masuk ke alam kematian. Haaaaa. Seram tak? Hahaha. Tak seram pun. Dan cerita ni sangat best. Filem yang mementingkan hubungan kekeluargaan.




Korang kena juga tengok cerita ni tau. Bagi pendapat Nurul, memang best sangat. Dan penghujung cerita ni memang agak la nak lap mata tu sikit. Hahaha. Nanti kantoi kita nangis pula kan. Penghujung cerita dia memang agak sedih.

Kan tengah cuti sekolah ni, bawa la anak-anak atau adik-adik pergi tengok cerita ni. In Sha Allah, korang takkan menyesal beli tiket. Hehehe. Dan Nurul bagi rate 9/10 untuk movie ni. ^^



2 comments:

  1. sama!! saya pun suka tengok filem animasi, anime ni. dahlaa cantik, kadang dapat release tension dan ada pengajaran pula tu. yang Coco ni pun ternanti utk tengok cuma tak sempat lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. sangat betul.. memang untuk tempat release tension ^^

      Delete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D