Resepi Kek Batik Guna Biskut Jejari - Syahirah Valiant

November 10, 2017

Resepi Kek Batik Guna Biskut Jejari

Resepi Kek Batik Guna Biskut Jejari | Siapa peminat kek batik, angkat tangan !! Hahaha. Ini merupakan salah satu kek favourite Nurul tau. Lagi-lagi kalau dah pandai buat sendiri. Memang tak payah lagi membazir beli dekat luar kan dengan tak puas makannya.

Tapi selalu kita buat kek batik guna biskut marry je kan. Kali ni Nurul nak sharing dengan korang guna biskut jejari pula. Biskut legend sangat ni kan. Hahaha. Time kecil-kecil memang suka giler kemam biskut ni. Tapi jangan risau, biskut ni sampai sekarang boleh dijumpai lagi tau. Tinggal kita kena rajin mencari je.


Kek Batik memang tak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Ia antara kudapan yang paling mudah untuk dibuat. Tak perlu ada alatan khusus pun seperti blender atau mixer. Semuanya yang ada di rumah sahaja. Rasanya lagi la kita boleh ikut citarasa kita nak lebih coklat ke, nak kurang manis ke. Memang diri sendiri akan berpuas hati ^^


BAHAN-BAHAN

  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 2 cawan milo
  • 1 ketul butter (250 gm)
  • 2 bungkus biskut jejari

CARA-CARA

1. Carikan butter di dalam periuk.

2. Bila dah cair, masukkan 1/2 tin susu pekat manis. Kacau dengan sebati. Seterusnya, masukkan pula 2 cawan milo. Adunan ini akan dilapis-lapiskan pada biskut nanti.

3. Sekarang masanya untuk kita menyediakan acuan. Mula-mula, lapikkan plastik pada loyang. Kemudian, susun biskut selapis demi selapis. Ambil lebih kurang 1 senduk coklat dan lapiskan di antara lapisan biskut tersebut.

4. Bila dah siap lapisan paling atas, taburkan apa-apa topping yang korang suka. Coklat rice ke, almond ke dan macam-macam lagi la yang korang boleh pilih.

5. Akhir sekali, sejukkan selama lebih kurang 4-5 jam sebelum dipotong.


Sesimple ABC je kan nak buat kek batik cantik ni. Hasilnya korang boleh tengok dekat gambar yang Nurul tunjuk tu. Mana dah buat tu boleh la share-share macam mana hasilnya nanti. Yang penting, kita pun kenyang ^^



3 comments:

  1. Kreatif. Comel je dalamanya bila dah potong hehe

    ReplyDelete
  2. Nanti nak try buat lah. Thanks for the recipe! :D

    ReplyDelete
  3. lawaaa... and confirm sedap. mohon simpan resepi ye

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D