Pakej Perkahwinan Yang Termurah Untuk Anda | Mega Wedding Malaysia - Syahirah Valiant

November 08, 2017

Pakej Perkahwinan Yang Termurah Untuk Anda | Mega Wedding Malaysia

Pakej Perkahwinan Yang Termurah Untuk Anda | Lagi sekali Nurul berkesempatan untuk turun ke event yang Nurul rasa event ni patut Nurul pergi. Mega Wedding Malaysia ni memang Nurul pernah dengar. Sebab memang dah famous kan. Tapi Nurul nak tengok sendiri suasana perkahwinan dengan pakej ni macam mana. Mana tahu boleh join nanti kan. Hehehe :p

Selalu Nurul tanya dekat sepupu sepapat Nurul yang sudah berkahwin, berapa kos paling-paling kurang pun. Diaorang jawab paling-paling pun kena ada RM30k dalam tangan untuk buat majlis. Time tu Nurul kata, mahalnya. Hahaha. Terbayang macam mana nak kumpul duit sebanyak tu. 

Sekarang kos kahwin memang semuanya mahal. Tapi nak tak nak kena la juga keluarkan duit untuk adakan majlis sendiri. Memang daripada awal lagi kita kena menabung kan. Lagi-lagi sekarang ni semua benda nak mahal. Tapi tidak dengan pakej perkahwinan yang termurah dan Nurul tak sangka perkahwinan yang eksklusif macam tu dipakejkan dengan harga yang sangat murah !

Image result for mega wedding malaysia

Ni haaa. Nurul nak memperkenalkan kepada para raja sehari semua, pada sesiapa yang nak saving dan gunakan duit yang selebihnya untuk jalan-jalan, boleh lah korang buat tempahan untuk ambil pakej Mega Wedding Malaysia yang korang pun akan terkejut dengan harganya. Hahaha. Tengok dalam banner tu, dah terang-terang sangat ianya murah kan ! ^^ paling penting siap dapat diskaun sebanyak RM1000 tau !!!

Bukan itu sahaja, banyak lagi faedah yang korang akan dapat melalui pakej perkahwinan ini. In Sha Allah, ianya sangat berbaloi dan paling penting, kita tak boros dalam menguruskan majlis perkahwinan kita. Cukup la sekadar biasa-biasa je. Tapi ni bukan biasa-biasa tau. Satu majlis yang sangat eksklusif dan harga yang tidak masuk akal.


Tak sangka, kakak dekat ofis Nurul pun ada yang guna pakej tu tau. Ada ni haaa dalam gambar ni. Hehehe. Excited tunjuk dia tadi.

Sudah ~ Nak cerita pasal lain ni. :p


Pakej perkahwinan ni nak yang paling mahal, hanya RM20,000 je tau. Lengkap segala benda. Nak tahu apa benda? Nanti Nurul story ye. Dan pakej yang Nurul cakap ramai yang ambil tu adalah pakej yang berharga RM7,000 jerrrr ~ Terkejut weii bila Nurul dengar harga ni. Bukan cikai-cikai punya pakej tau. Nak inform lagi sekali, segala benda dah tersedia. Tinggal ada pegantin dan para tetamu je.


PAKEJ PERKAHWINAN RM7,000

  • Tajaan dan Pengurusan majlis pernikahan
  • 200 pax jemputan untuk setiap pegantin (nak tambah pax lagi pun boleh)
  • Menu katering istimewa
  • Live show daripada band terpilih
  • Deejay jemputan dan PA system
  • "Door Gift" untuk setiap tetamu
  • Videografi dan Fotografi merangkumi seluruh perjalanan acara
  • Liputan khas daripada media
  • Hadiah misteri daripada pelbagai penaja istimewa
  • Pelayaran Cruise istimewa sepanjang Tasik Putrajaya untuk setiap pasangan
  • Pelamin gergasi eksklusif istimewa
  • Pelamin nikah di dalam cruise
  • Pengurusan majlis nikah di Masjid Putra, Putrajaya
  • Percuma kad kahwin untuk setiap jemputan para pasangan
  • Kek kahwin untuk semua pasangan
  • Parkir khas untuk pegantin
  • Hand bouquet setiap pasangan
  • Penginapan hotel satu malam di hotel 5 bintang (Putrajaya)


Pada pendapat Nurul la kan, memang berbaloi sangat kalau korang ambil pakej ni. Nurul pun macam dah tertarik je padahal masanya belum tiba lagi. Hehehe. Ye la kan ~ Kita tak penat nak mengemas rumah satu hal. Kita dapat jimat lagi tu. Dekat rumah kita cuma buat majlis doa selamat je. Dah, settle. Betul la orang cakap, nak buat majlis perkahwinan ni tak perlu sampai nak menyusahkan kita. Banyak lagi komitmen kita lepas berkahwin daripada kita nak membazir untuk adakan majlis. Memang perkahwinan seumur hidup, cumanya kita boleh berjimat :)














Ok, sesi untuk 2017 sudah pun melabuhkan tirai. Sekarang Mega Wedding Malaysia tengah buka tempahan untuk bakal raja sehari bagi tahun 2018. Pada sesiapa yang berminat tu boleh lah tempah dengan mereka. Tempat adalah terhad tau. So, kena cepat-cepat. In Sha Allah ada rezeki awak tu ^^


TEMPAHAN BOLEH DIBUAT MELALUI :-


WHATSAPP : www.wasap.my/60189634563/MegaWedding (Ashaari)



2 comments:

  1. kawin atas kapal..memang rare.
    kalau ada rezeki lebih, apa salahnya..kenangan sekali seumur hidup :)

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D