Lee Kum Kee My Fun Cooking | Final Round - Syahirah Valiant

November 17, 2017

Lee Kum Kee My Fun Cooking | Final Round

Lee Kum Kee My Fun Cooking Final Round | Alhamdulillah. Nurul berkesempatan lagi turun event yang telah diinvite oleh pihak penganjur. Walaupun dalam keadaan yang sangat busy dengan kerja. Event ni Nurul pernah juga join dulu masa first round. Kali ni Nurul join untuk final round pula ^^

Jom kita tengok perjalanan yang best ni ^^


13 November 2017 telah berlangsungnya satu event masak-memasak yang melibatkan ibu bapa dan anak. Event ini telah dianjurkan oleh Lee Kum Kee dan Desa Home di One Space @ The Square. Pasukan pemenang daripada tiga pusingan pertama pertandingan bertanding dengan seorang artis dan MMA Star, Encik Peter Davis.

My Fun Cooking ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan anak-anak muda di Malaysia untuk meneroka bakat memasak dalaman mereka dan menikmati detik-detik memasak dengan ahli keluarga masing-masing. Tiga pusingan pertama diadakan pada 15, 22 dan 29 Oktober. Menu utama pada pusingan ini adalah udang. Jeng jeng jeng ~ Berjayakah peserta menggunakan ramuan utama ini untuk memikat citarasa para juri ^^


LEE KUM KEE

Lee Kum Kee ditubuhkan pada tahun 1888 oleh pengasas Encik Lee Kum Sheung. Dengan sejarah yang gemilang selama 129 tahun, Lee Kum Kee telah menjadi jenama yang bekualiti dan telah temasuk antara jenama yang berkualiti di antarabangsa. Lee Kum Kee telah menjadi sebuah syarikat China yang terkenal di seluruh dunia yang menawarkan lebih daripada 200 pilihan sos dan rempah kepada lebih dari 100 negara dan wilayah.

Nak tahu lebih lanjut, boleh layari laman web www.LKK.com


DESA HOME

Ditubuhkan pada tahun 1995, Desa Home adalah peruncit hiburan dan peralatan rumah yang menawarkan pelbagai produk untuk keperluan rumah tangga pelanggan. Desa Home telah memenangi Anugerah Lima Bintang Tertinggi Malaysia bersama-sama dengan jenama terkenal antarabangsa seperti Sony, Samsung dan LG. 

















Para peserta yang bertanding di pusingan akhir.


Untuk sebarang pertanyaan, korang boleh je singgah facebook my fun cooking ni tau. Dari semasa ke semasa mereka akan membuat pertandingan yang mungkin korang boleh join ^^



PENAJA UTAMA






1 comment:

  1. wah !! bagusnya konsep dia ya.. gabungan ibu / bapa bersama anak.. sudah tentulah tarikan kimia mereka semakin kuat..

    ReplyDelete

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D