DIY

Kegunaan Planner Dalam Kehidupan Seharian

By Nurul Syahirah - November 26, 2017

Kegunaan Planner Dalam Kehidupan Seharian | Dalam kesibukan aktiviti kita seharian, pasti ada sesuatu yang bakal kita lupa. Mungkin sesuatu tu adalah benda yang penting. Ada juga sesetengah orang nakkan aktiviti mereka disusun dengan sempurna dan teratur. Macam Nurul, Nurul seorang yang sangat teliti. Kalau sesuatu kerja Nurul tu Nurul tak siapkan daripada A, sampai ke Z Nurul takkan buat selagi A tak siap.

Memang agak leceh. Hahaha. Nak buat macam mana kan. Itu cara Nurul bekerja. Sebab tu jarang sangat Nurul adakan entry Nurul ke draft. Sebab sekali Nurul dah start, Nurul akan habiskan. Sebab itu lah planner merupakan sesuatu perkara yang wajib Nurul ada. Kalau takde benda tu, memang tunggang langgang aktiviti seharian Nurul.

diary image

Kalau korang bukan bekerja macam Nurul pun, korang pun sepatutnya memerlukan planner. Memang boleh ada planner dekat dalam fon. Maklum lah, zaman semakin canggih kan. Semuanya dalam gadget. Tapi Nurul tak puas hati ! Hahaha. Nak juga planner buku-buku macam budak sekolah ni. Baru rasa lengkap. Lagipun Nurul ni style yang suka men-DIY. Tu jadi macam gitu.

Jadi, kalau korang perlukan planner, korang cari planner yang boleh puaskan hati korang. Bila korang suka atau mungkin korang dah falling in love dengan planner tu, memang korang akan usung je planner tu kemana-mana.

Dan pilihan planner Nurul bersaiz A6. Dia memang agak bersaiz kecil. Tapi memang cukup segala maklumat Nurul nak sumbat dalam tu. Dengan saiz ini, agak mudah untuk Nurul letak dalam handbag dan bawa ke mana sahaja Nurul nak ^^

Ada yang buntu nak pilih planner yang macam mana. Jangan risau sangat pasal tu. Macam Nurul cakap tadi, cari planner yang korang akan suka. Mungkin bersaiz A4, mungkin bersaiz A5 atau mungkin bersaiz A6. Semuanya bukanlah sesuatu yang sukar untuk korang pilih. Yang penting, korang kena pastikan planner tu korang akan tulis dalam tu ye. Bukan sekadar hiasan semata-mata. Hehehe.

art, doodle, and journal image

Ok, itu pasal saiz. Sekarang ni pasal design pula. Ada sesetengah orang yang sukakan planner yang sudah siap design. Maksudnya kita beli tu segala info ada dalam tu. Kita tinggal tulis je. Tapi Nurul lain sikit. Hahaha. Saje je kan nak mencari kerja. Nurul jenis yang suka DIY, maksudnya memang Nurul akan DIY planner Nurul. Kalau rasa malas sangat, Nurul beli je inserts untuk planner Nurul. Yang isi-isi dalamnya memang Nurul akan hias sendiri. Baru la kita puas hati kan ^^

Contoh macam dalam gambar ni la ye. Tapi ni bukanlah planner Nurul. Nanti Nurul release planner Nurul ye :D Itu semua depends pada korang. Kalau korang takde masa untuk buat semua tu, senang-senang beli je yang dah siap. Asalkan planner juga kan :D

art, journaling, and travel journal image

Kalau ini jenis TN Planner atau nama panjangnya Traveller Notebook Planner. Yeahhh ! Ini adalah favourite Nurul. Hehehe. Tapi kenapa? Nanti-nanti Nurul story ye. Planner ni sangat comel dan sangat convenience untuk dibawa ke mana sahaja. Ada yang panggil sebagai Midori Planner juga. Sebenarnya planner ni ada macam-macam jenis. Yang itu pun Nurul akan story kemudian ye ~ ^^

Dah nak masuk tahun 2018 da ~ Planner korang untuk 2018 dah ready? Jangan lupa siapkan tau. Pastikan aktiviti untuk 2018 korang lebih teratur ^^


  • Share:

You Might Also Like

27 Comments