Hadiah Hari Graduasi Untuk Diabadikan | Printcious Gifts - Syahirah Valiant

November 17, 2017

Hadiah Hari Graduasi Untuk Diabadikan | Printcious Gifts

Hadiah Hari Graduasi Untuk Diabadikan | Memang sekarang musim hari graduasi ye. Rata-rata tempat pengajian tengah sibuk untuk selesaikan acara paling gemilang untuk para graduan yang bakal mengambil sijil masing-masing tak kira la diploma, degree dan pangkat pengajian yang paling tinggi.

Alhamdulillah. Nurul dah selesai hari graduasi Nurul dalam bidang Diploma Kesetiausahaan Pentadbiran. Bila cakap je pasal hari graduasi, mesti la kita nak beli hadiah. Hadiah untuk yang diraikan. Tak kira la bunga ke, coklat ke atau teddy bear. Rata-rata berebut nak beli benda-benda ni semua kan.

Tapi kali ni Nurul nak share dengan korang idea hadiah yang mungkin unik untuk korang hadiahkan kepada yang diraikan. Abang, kakak, adik. Ibu ayah pun boleh baca entri Nurul ni. Mana la tahu boleh dapat idea untuk hadiahkan anak-anak kan ^^

Korang pernah dengar tentang Printcious kan? Dah famous dah ni. Hehehe. Memang best sangat buat customize hadiah dekat sini. Hari tu Nurul ada ulas tentang idea untuk bagi hadiah hari jadi. Korang dah baca?

Alaaaa. Belum lagi? Takpe-takpe, korang boleh klik sini ye untuk baca entri tu ^^ 




Asyik hadiah yang sama je time hari graduasi. Apa kata kita buat style lain pula kan. Kita letak gambar yang diraikan tu dekat bantal ke, mug ke. Kan lagi boleh jadikan kenangan ^^


Tapi sebelum nak edit-edit gambar tu, korang kena ada akaun Printcious tau. Kalau dah ada, terus je log in ^^


HADIAH - HADIAH YANG BOLEH DIPILIH












Jeng jeng jeng ~ Ini lah antara hadiah yang korang boleh pilih. Cantik kan design-design daripada Printcious ni. Kalau korang rasa nak buat design sendiri, boleh je. Lagi bagus kan. Idea kita sendiri dan orang tu akan ingat. Mesti korang pernah dengar kan, kalau nak bagi hadiah tu, bagi hadiah yang seseorang tu boleh guna lama ^^


Tak tahu nak design macam mana? Takpe-takpe, meh Nurul tunjuk dekat korang ye ^^ Tapi first sekali korang kena pilih hadiah mana yang korang nak k.

1. Firstly, korang kena klik sini untuk ke bahagian shopping di printcious ^^ KLIK SINI


Korang klik button start designing tu selepas korang dah pilih hadiah apa yang korang nak.


Lepas tu, korang dah boleh design ikut kreativiti masing-masing. Korang boleh la letak gambar yang korang nak. Nama dia ke. Macam-macam yang boleh korang design dekat situ. Design pun free tau. Memang best sangat.

Lepas dah siap design, korang klik done ^^



Yeahhh ! Dah siap. So korang dah boleh buat payment untuk hadiah korang tu.


Mudah je kan. Sekarang ni semua serba senang. Jadi korang cuma perlu gunakan je semua tu. Hadiah dah siap, tarikh graduasi pun dah tahu, tunggu apa lagi. Boleh la kasi hadiah yang special ni untuk diabadikan sampai bila-bila ^^


1 comment:

Setiap kata-kata anda akan memotivasikan diri seorang gadis yang ingin menjadi yang terbaik. In Sha Allah :D